Bab 16
Selepas sahaja sarapan Aliff, Nura dan Marvin menghantar Deniel ke Taska.
Dari rumah hingga ke taska mengambil masa selama 15 minit, memandu kereta dengan tenang. Sesekali matanya melirik ke arah Nura yang diam sedari tadi.
"Sayang, okey tak?"soal Aliff lembut
Sepi.
"Sayang."
Diam.
Aliff menggenggam tangan Nura membuatkan Nura tersentak.
"Kenapa?"soal Nura terkejut
"Are you okey?"soal Aliff semula
"Okey je."balasnya sambil tersenyum nipis
Aliff membalas senyuman Nura.
"I love you."ucap Aliff romantis
Membahang muka Nura. Tapi dibalasnya juga.
"Love you too."
Ehem ehem
Deheman di belakang membuat Nura dan Aliff tersentak.
Nasib tak terkejut.
"Kot ye nak sawit dekat sini walaupun tak berapa sawit sangat, almaklumlah dua - dua kayu kan. Janganlah nak bersawit depan kami ni.. ada budak under 18 kot."celah Marvin selamba
Nura diam. Aliff hanya berselamba.
"Pak su sawit tu apa?"sampuk Deniel
"Sawit tu buah kelapa. Tapi bukan kelapa yang kita minum tu. Ni kelapa untuk minyak masak."terang Nura
"Tapi kan Den, sawit yang ni khas untuk orang bercinta dan baru kahwin."sambung Marvin
"Hah dah tak payah sembang. Den jom turun dah sampai school. Daddy nak jumpa teacher sekali. Sayang jom. Marvin stay in the car."celah Aliff
"Bye paksu."ucap Deniel lalu turun dari kereta setelah Nura membuka pintu penumpang belakang
"Assalamualaikum teacher."ucap Deniel
"Waalaikumussalam Deniel."balas teacher Laily
"Masukkan kasut dalam loker lepastu macam biasa jumpa cikgu Nora untuk periksa kesihatan."arah Teacher Laily
"Teacher."sampuk Aliff
"Ye En.Aliff . Ada apa ye?"
"Saya nak bagitau yang dalam dua minggu ni, Deniel akan datang dan balik dengan sepupu saya, Adriana. Lagipun dia kan dah tak nak naik van so, sepupu saya yang akan hantar or kalau bukan dia mungkin nenek dia yang akan hantar, Datin Adria. Saya dah bagi number phone sekolah dekat mereka dan yang ni kad mereka. Kalau ada apa - apa teacher boleh whatsApp dengan wife saya."terang Aliff sambil menghulur kad
"Oh okey. Encik boleh bagi nombor isteri encik."
"012-2743462, Nura Medina."
"Terima kasih."
"Sama - sama. Kami minta diri dulu."
Nura bersalaman dengan teacher Laily sebelum sama - sama melangkah menuju ke kereta. Sebaik masuk ke dalam kereta mereka disoal oleh Marvin.
"Asal lambat sangat?"soal Marvin
"Bagitau cikgu tu yang Kak Ad akan ambil dan hantar Den kat sekolah."balas Nura
"Hmm."
"Now dah jam 8 pagi sebelum pergi renew passport, abang nak singgah office jap. Ada barang tertinggal."tutur Aliff sebaik sahaja kakinya menekan pedal minyak menuju ke syarikatnya
.........
Selepas settle semua hal untuk penerbangan, mereka singgah di Mid Valley.
"Nak buat apa ni?"soal Nura
"Jalan - jalan. Beli barang nak bawa pergi Aussie. Dengan barang untuk Marvin."balas Aliff sambil mematikan enjin kereta
"Bang, Marvin takde duit lah. Ngam - ngam je duit dekat sana."tutur Marvin perlahan
"Aish apa pula. Abang nak belanja Marvin. Lagipun nanti dekat sana Marvin akan dapat scholarship under syarikat abang. So, don't worry okey about the money."
"Tak susahkan abang ke?"
"Apa pula yang susahnya. Marvin adik abang juga."
Marvin mengangguk.
Aliff tersenyum.
Nura terharu kerana dikurniakan suami sebaik Aliff.
"Jom kita pergi cari luggage dulu."ajak Aliff
Mereka mengangguk tanda setuju.
............
Penat seharian berjalan di Mid Valley, mereka singgah di sebuah restoran terkemuka di tanah air.
"Order sir."ujar pelayan wanita itu
Matanya tidak habis melirik ke arah Aliff di sebelah Nura.
"Give me one hot cappucino and one spaghetti oglio olio. Sayang?"soal Aliff
"Give me one fresh orange and one steak."ujar Nura
"Give me one ice latte and one spaghetti carbonara."ujar Marvin
Pelayan itu mengangguk lalu tersenyum ke arah Aliff sebelum beredar.
"Menggeletisnya perempuan tu. Sama je dengan Kak Amy."rungut Marvin
Aliff dan Nura tergelak.
"Eh jap. Kak tak sangkakan dah nak masuk dua bulan dah akak dengan abang kahwin kan."ujar Marvin gembira
"Tu lah. Rasa macam semalam baru nikah je."tutur Aliff
Nura tersenyum.
Senyumannya pudar bila kepalanya berpusing dan rasa mual.
"Nura nak pergi tandas jap."tuturnya lalu bangun
Baru setapak dia melangkah tubuhnya seperti terhuyung - hayang.
Dia meneruskan langkahnya walaupun kepalanya terasa berat serta matanya berpinar.
Setapak lagi dia melangkah, terasa kelam dunianya. Nura rebah dan tidak sedarkan diri.
"Sayang!"
"Akak!"
.........
Nura dikejarkan ke hospital setelah pengsan di restoran.
Aliff mundar - mandir di hadapan bilik yang menempatkan isterinya.
Marvin telah menelefon Datin Adria dan Adriana.
Derapan tapak kaki membuatkan Aliff mengangkat kepalanya. Terus disambut bapa dan emak saudaranya itu sebelum menyalami tangan tua itu.
"Macam mana dengan Nura?"soal Dato' Kamal
"Tak tau pa. Doktor pun tak keluar lagi."balasnya lemah
"Sabarlah."pujuk Edriana
Seketika pintu bilik terbuka dan muncul doktor yang merawat Nura.
"Suami Puan Nura."panggilnya
Dengan pantas Aliff berdiri diikuti dengan yang lain.
"Macam mana dengan isteri saya?"soalnya risau
Doktor itu mengeluh.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro