Bab 14
"Kenapa kahwin cepat sangat?"soal Mak cik Gayah
"Kena tangkap khalwat lah tu."balas Amylia
"Eh Ya. Baik kamu diam sebelum aku halau kamu."marah opah
Amylia mencebik.
"Patutnya nikah lagi 2 bulan. Tapi mama papa suruh nikah awal. Lagipun papa dengan abang tak nak jadi wali untuk Nura. Papa suruh ambil wali hakim je."terang Nura perlahan
"Dah kenapa dengan papa tu Nura?"soal Acu Syana
"Mama papa dah buang Nura."balasnya bersama air mata
Aliff menggosok bahu isterinya.
Semua disitu terkejut.
"Astaghfirullahalazim. Dah gila ke apa? Habis tu Marvin pun sama ke?"soal Pak Teh Khairi
"Eh tak Pak Teh. Marvin yang nak keluar."balas Marvin
"Apa dah jadi dengan mak bapak korang ni. Tak faham aku dibuatnya."rengus Opah Hasinah
.......
"Opah, kami nak keluar sekejap. Nak pesan apa - apa tak?"soal Aliff
"Tak de pape lah."balas Opah Hasinah
Aliff tersenyum lalu keluar dari rumah.
Nura sudah menunggu di dalam kereta kerana Deniel panas.
Aliff membuka pintu kereta dan masuk ke dalam perut kereta.
Laju sahaja kereta meluncur keluar dari perkarangan rumah.
"Abang saya nak minta maaf bagi pihak Amylia tu ye."ujar Nura
"No worries lah sayang. Ni nak pergi mana ni?"soal Aliff
"Kita pergi pekan lah. Cari aiskrim untuk Deniel."balas Nura
Kring kring
Nura mengeluarkan IPhonenya lalu menjawab panggilan dari Mama Adria.
"Hello assalamualaikum ma."
"Waalaikumussalam. Kat mana ni? Mama datang rumah, rumah gelap."
"Oh lupa call mama tadi. Kami balik Perak. Nanti lepas dari Perak kami singgah rumah mama ye."
"Hah ye lah. Den mana?"
"Ada ni ma."
"Kirim salam dia. Okeylah mama letak dulu. Edriana panggil."
"Okey ma."
Terus ditamatkan panggilan.
"Mama tanya kita kat mana."
Aliff mengangguk.
"Tu bang Seven E."ujar Nura
.........
Pagi itu Aliff membawa satu keluarga keluar sarapan diluar dan selepas itu mereka sekeluarga terus ke Menara Condong Teluk Intan dan Zoo Taiping.
Muka Nura kelihatan muram bila Amylia sibuk naik kereta bersama mereka.
Bukannya apa, dia buat Nura seperti tidak wujud di dalam kereta.
"Abang, kenapa abang tak jumpa Yaya je. Mesti nanti kalau jumpa kita kahwin kan."ujar Amylia gedik
Nura tersentak.
"Bukan jodoh lah tu."selamba jawapan Marvin
"Kau diam."marah Amylia
Aliff mampu tersenyum hambar. Pantas tangannya menarik tangan Nura disebelah.
Nura diam.
"Abang, kenapa abang kahwin dengan dia ni ehh. Bukannya cantik mana pun. Cuba tengok Yaya ni, dahlah cute, comel, cantik, ayu lagi."pujinya
'Aduhmak puji diri sendiri pulak minah ni.'getus hati Aliff
"Kak Yaya, kalau cantik tapi tayang dekat orang takde gunanya. Cantik orang terletak pada budi dia. Kalau macam akak pakai tudung atas dada tu apa pulak. Nak tayang nasi lemak akak tu ke. Eh kak, abang Aliff tak heran lah dengan nasi lemak akak yang kecik tu. Dah lah kecik sikit pulak tu isi dia."sembur Marvin
Aliff tahan tawanya dari meletus.
"Marvin, kenapa cakap macam tu. You need to respect her. Dia kakak faham."tegur Nura
"Kau patut ajar adik kau ni. Kurang ajar, biadap pulak tu."marah Amylia
"Sebab dia dah belajarlah, dia ajar awak Yaya. Maaflah saya cakap ye. Saya tak suka awak hina anak isteri saya. Sabar saya ada had juga. Jangan nanti awak menyesal."tegas Aliff memberi amaran
Amylia diam.
"Daddy, Den nak air milo."ujar Deniel setelah penat melayan youtube bersama Nura
"Nanti kita singgah dekat kedai ye beli air. Nanti Den ambiklah air apa yang Den nak daddy bayar."ujarnya
"Okey. Mummy, mummy nak air tak daddy belanja."ujarnya
"Mummy nak mineral water je."balas Nura
"Paksu nak air tak?"soalnya
"Ermm, paksu nak air red bull."
"Makcik pun nak air jugak. Air 100+ dengan susu calpis vanilla."sampuk Amylia
"Eh, makcik. Makcik bukannya keluarga Deniel pun. So, makcik tak boleh. Nak beli sendiri, mak cik dah besar bukannya budak - budak macam Deniel pun."bantah Deniel
"Ala, macam aku hadap sangat dengan duit bapak kau ni."sembur Amylia
Pantas Aliff memberhentikan keretanya di tepi jalan.
Kesemua 9 biji kereta berhenti dibelakang kereta Aliff.
Tok tok
"Kenapa berhenti ni Aliff?"soal pak ngah
"Kejap ye pak ngah."balas Aliff lalu keluar dari kereta
Kereta wira di tuju.
Tok tok
"Hah kenapa ni Aliff?"soal Pak Cik Hamzah
"Pak cik, boleh tak bawa Amylia naik kereta pakcik."ujar Aliff sambil menghiraukan soalan tadi
"Kenapa? Apa yang dia buat?"soal mak cik Gayah
"Firstly, saya minta maaf takut terkurang ajar. Anak mak cik tu bising sangat, dia boleh tanya saya kenapa saya kahwin dengan Nura, dia boleh bergaduh dengan anak saya. Mak cik saya tak hairan kalau dia nak hina or caci saya tapi saya tak nak dia hina dan caci anak bini saya."terang Aliff
"Apa nak jadi lah dengan budak tu. Apa yang dia tak puas hati pun tak tau lah."rungut Pak Cik Hamzah lalu keluar dari kereta
Kereta Aliff dituju. Pintu bahagian penumpang dibuka.
"Kamu naik kereta ayah. Biar atok dengan opah naik dengan Aliff."arah pak cik Hamzah
"Tak nak. Yaya nak naik sini."bantah Amylia
"Kau jangan nak melampau Nur Amylia Faiqah. Sebelum aku naik hantu. Kau jalan naik kereta sekarang!"marah Pak cik Hamzah
Amylia laju naik ke kereta Pak Cik Hamzah.
"Pakcik minta maaf ye Nura, Aliff."ucap Pak Cik Hamzah
"Eh takpe."balas Nura
"Okey lah baik kita gerak sekarang. Atok dengan opah pun dah masuk kereta."ujar Aliff
"Opah dengan atok sejuk ke?"soal Nura
"Sikit lah."balas opah
Nura menurunkan suhu air-cond.
Kereta Aliff meluncur laju diikuti dengan kereta 9 buah kereta di belakang.
.......
Aliff dan Nura nampak gembira bersama Deniel. Banyak gambar yang diambil oleh photographer tak berbayar. Siapa lagi kalau bukan Marvin.
"Bang! Apa ni? Asyik Marvin je yang ambil gambar korang. Habistu siapa yang nak ambil gambar Marvin?"soalnya tidak puas hati
"Apa? Nanti abang ambil lah gambar Marvin. Sekarang ni bagi kami ambil gambar kami sekeluarga."balas Aliff selamba
Amylia yang melihat mencebik.
Marvin dengan dalam keterpaksaan menurut perintah abang iparnya.
"Abang Aliff. Jom ambil gambar dengan Yaya. Yaya bosan lah bang."ujar Amylia dengan manja
"Sorry lah. Bukan mahram. Lagipun abang ada anak bini. Sorry."ujar Aliff
"Ala bang. Biar je lah dorang ni. Bukannya mati pun tangkap gambar dengan abang."pujuk Amylia
"Sorry again. Sayang jom lah pergi belah sana. Marvin pun jom. Kita pergi kedai cenderamata cari hadiah untuk orang dekat KL dan Melaka."ajak Aliff lalu mendukung Deniel sambil menarik lengan Nura
Amylia menghentak kakinya.
Hahaha
Pantas mata tajam Amylia memandang tepat ke arah Marvin.
Marvin dengan selamba melanggar bahu Amylia lalu pergi meninggalkan Amylia.
"Hish, apalah. Tak cantik ke aku ni. Aku rasa cantik je aku ni malah lagi cantik dari Nura."rungut Amylia
Sempat pula dia puji diri sendiri.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro