Bab 12
Selepas makan malam, Nura duduk di dalam walk in closet milik Deniel. Bagasi bersaiz sederhana besar di capai.
Dia membuka wardrobe yang pertama sekali, tersusun cantik baju - baju jalan
'Pandai Aliff kemas wardrobe Deniel.'getusnya
Wardrobe kedua pula tersusun baju untuk pakai di rumah.
Wardrobe ketiga tersusun baju tidur.
Wardrobe ke empat penuh dengan pelbagai jenis seluar jeans.
Wardrobe kelima seluar pendek.
Wardrobe ke enam penuh dengan seluar tidur dan seluar duduk rumah.
Selepas mengenal pasti kesemua wardrobe, Nura memulakan peranannya dengan mencari baju dan dipadankan dengan seluar.
Yang lelaki ada di bawah bermain Ps4. Jadi mereka tak menganggu kerja dia.
Hampir setengah jam juga mencari. 20 helai baju serta 20 helai seluar. Pakaian ini hanya untuk di kampungnya.
Di Melaka memang ada baju Deniel. Jadi dia tidak risau pakaian Deniel di Melaka.
Sebaik siap, dia meletakkan bagasi Deniel di tepi pintu walk in closet.
Dia keluar dari bilik Deniel dan menuju ke bilik dia dan Aliff.
Walk in closet dituju, dua bagasi bersaiz sederhana besar dan 2 bersaiz besar di capai.
Dia mengemas pakaian Aliff kemudian baru pakaiannya.
Sedang dia leka ingin menutup bagasi, pinggangnya dipeluk dari belakang.
"Buat apa ni? Hmm?"soal Aliff lembut
"Tengah siapkan barang lah."balas Nura
"Dah siap ke belum?"soal Aliff lagi
Kepalanya diletakkan di bahu Nura.
"Dah siap dah pun."balas Nura tangannya memegang lembut lengan Aliff yang berada dipinggangnya
"Kenapa abang manja sangat malam ni? Deniel mana? Marvin?"soal Nura
"Abang manja dengan sayang je. Deniel dah tidur, Marvin pun sama."
"Hmm ye lah. Dah lah, Nura nak tidur ni."ujar Nura
"Jangan tidur lagi sayang."
"Dah kenapa pulak?"
"Kita ada kerja malam ni."
"Kerja apa pulak."
"Bagi Deniel adik."
Terasa kelat air liur yang ditelan Nura.
"Bagi Den..."Aliff mencempung tubuh Nura dan di bawa ke katil
Tubuh Nura di letak dengan perlahan di atas katil.
Dia menindih tubuh isterinya.
"Can I have you tonight?"
Nura mengangguk perlahan.
Bulan bintang menjadi saksi mereka bersatu sebagai suami isteri.
.........
Pagi itu, Nura hanya memasak nasi goreng campak - campak sahaja. Ini kerana dia terlajak tidur sampai jam 8.30 pagi. Itu pun setelah pintu bilik diketuk oleh Deniel.
Cepat sahaja dia membancuh air teh. Jus oren dalam peti dikeluarkan dengan susu.
Dia hanya mengambil masa selama 20 minit sahaja, nasib semalam sebelum dia mengemas baju - baju dia sudah memasak nasi.
"Good morning kak."ucap Marvin
"Good morning mummy."ucap Deniel
"Morning. Meh duduk sini breakfast."
"Abang mana, kak?"soal Marvib setelah duduk disebelah Deniel
"Dekat atas. Karang turun lah tu. Korang makan dulu."balas Nura
"Mummy, nak nasi goreng."ujar Deniel
Pantas Nura menceduk nasi goreng dan diletakkan di dalam pinggan Deniel
"Marvin nak juga kak."
Dia menuruti kehendak adiknya.
"Den nak air apa?"soal Nura
"Susu."itu sahaja balasannya
"Oren."Marvin turut memberitahu
Nura menuang air susu serta oren kedalam dua buah gelas dan diletakkan di tepi pinggan Deniel dan Marvin.
"Morning."ucap Aliff
"Morning daddy."
"Morning bang."
"Morning."
"Wohoo,nasi goreng."ujar Aliff sebaik duduk dikepala meja
"Nasi lah bang. Takkan kuew teow pulak."balas Marvin selamba
"Dah lah cepat makan. Karang lepas makan kita nak pergi rumah mama papa pulak."ujar Nura
Semua di meja makan diam sambil menikmati nasi goreng campak.
"Abang nak air apa?"soal Nura
"Teh lah."balas Aliff
Nura pantas menuang air di dalam cawan.
Perjalanan dari Bandar Sri Hartamas ke Taman Sri Keramat mengambil masa 2 jam.
Deniel diam melayan youtube, Marvin duduk termenung, Nura terlelap kerana mengantuk. Aliff fokus dengan pemanduannya.
Sebaik sahaja kereta berhenti dihadapan pagar rumah Encik Nadim. Marvin terus keluar dari kereta, diikuti dengan Deniel.
Nura yang tersedar juga keluar dari perut kereta. Aliff mematikan enjin kereta dan terus keluar dari kereta.
Ting tong
Ting tong
Marvin menekan loceng rumah. Kelihatan Muiz keluar dari rumah dan menuju ke pagar.
"Assalamualaikum"ucap Aliff
"Waalaikumussalam"balas Muiz
"Nak apa?"soal Muiz
"Marvin nak jumpa mama papa."balas Marvin
"Hmm masuklah."ujarnya dingin
Nura dibelakang Aliff dijeling sekilas sebelum membuka pagar dan melangkah ke arah pintu.
"Hah duduklah dulu. Abang panggil mama papa."ujarnya lalu naik ke tingkat atas
Mereka duduk di sofa yang disediakan.
"Mummy, Den nak duduk dekat mummy."ujar Deniel rimas sambil berpeluh - peluh
"Meh sini. Den panas ye. Kejap mummy keluarkan portable fan."pujuk Nura lalu menyeluk handbagnya
Aliff menggeleng melihat tingkah Deniel. Deniel memang tak boleh panas, nanti habis satu badan merah - merah.
"Kenapa datang sini?"soal Puan Maria setelah duduk di sebelah Encik Nadim
"Marvin nak bagitau yang Marvin akan sambung belajar dekat Aussie."tutur Marvin
"Kau ingat kau kaya sangat ke!"sembur Nuha yang baru turun
"Marvin tau family kita ni tak kaya mana. Tapi Marvin datang pun sebab nak minta restu dekat mama papa je."balas Marvin selamba
Nura disebelah terus sahaja mencubit paha Marvin sebaik melihat wajah keruh mama dan papanya.
Marvin mengaduh sakit.
"Mana kau dapat duit pergi sambung belajar tu?"soal Muiz
"Saya yang akan support belanja pembelajaran dia."sampuk Aliff
"Jangan nak berlagak yang diri tu kaya sangat ye."sinis nada suara Nuha
"Abang Aliff tak kata pun dia kaya. Dia cuma cakap yang dia akan support duit belajar je. BM akak fail ke."sarkastik jawapan Marvin
Terdiam Nuha dibuatnya.
"Mummy, Den panas. Dah lah haus, takde air pulak tu."rengek Deniel
"Kejap ye sayang. Nanti kita beli air."pujuk Deniel
Aliff mengusap rambut Deniel.
Nuha mencebik.
"Bila pergi?"soal Encik Nadim
"Minggu depan."balas Marvin
Puan Maria dan Encik Nadim mengangguk.
"Papa bukan ke dulu ada aircond. Mana air cond ni. Tak cair ke PUTERI SALJU papa ni."tutur Marvin sambil menekan perkataan puteri salju
"Kau tak payah nak perli aku lah."bidas Nuha
"Air cond ni rosak. Nak repair tak de duit. Duduk je lah bawah kipas yang hidup segan mati tak mau. Lainlah korang, sorang dapat suami KAYA, yang sorang tumpang rumah ORANG KAYA."sindir Muiz
Nura diam.
"Papa dan mama perlukan duit ke? Kalau nak saya buat cek sekarang."ujar Aliff
Siapa je tahan dari tadi duk sindir- menyindir.
"Tak payah. Suami aku mampu lagi."tolak Puan Maria
Aliff tersenyum.
'Dah nak tolong, tolak pula. Berlagak.'
"Hmm takpe lah. Kami pun dah lambat. Nak balik kampung. Ada umur kita jumpa lagi."ujar Aliff lalu mendukung Deniel yang terlena di riba Nura
Marvin terus keluar dari rumah diikuti dengan Aliff.
"Encik Puan, saya pergi dulu. Assalamualaikum."ucap Nura lalu keluar dari rumah
"Berlagak."cemuh Nuha
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro