Bab 6
Bunyi riuh rendah di ruang tamu membuatkan Nura tersedar dari lena. Anak yang lena di sebelah di tepuk agar tidak terjaga dek bunyi bising itu. Tudung yang tergantung di kepala katil di ambil lalu di sarung di kepala.
Dengan langkah yang agak perlahan, dia keluar dari bilik. Mata digosok sedikit bagi menghilangkan kantuk yang masih tersisa.
"Itu lah lagi dah besar lagi nakal kalah si abang."kata Mak Cik Gayah sambil menggeleng kepala dengan teletah Arfa.
"Hah itu lah mak cik. Deniel ni pun tak selasak dia."ujar Aliff sambil tertawa kecil.
Arfa yang sedang ligat bermain itu segera berhenti lalu berlari ke arah Nura.
"Mommy!" Dipeluk erat tubuh Nura yang sedang berjalan itu. Yang lain turut mengalihkan pandangan mereka.
"Ha dah bangun."kata Opah Hasinah.
Nura hanya tersenyum lalu ingin mendukung Arfa.
"No!"jeritan kecil daripada Aliff itu memeranjatkan semua orang yang ada di dalam rumah milik atok.
"Dah kenapa kamu menjerit? Terkejut opah."marah Opah. Dia mengurut dadanya. Di jeling cucu menantunya itu.
Hehehe
Kepala yang tidak gatal di garu sebelum dia bangun dari duduknya untuk mengambil Arfa.
"Ingat awak tak sihat sepenuhnya. Jadi jangan berangan nak dukung anak."dijegil matanya ke arah sang isteri.
Nura hanya mencebik. Macam lah dia ni sakit teruk padahal esok dah hari akhir berpantang dah.
.......
Hari ini bermula lah tugas Nura sebagai seorang isteri setelah hampir 44 hari dia berpantang. Pagi - pagi lagi dia sudah bangun menyediakan sarapan buat ahli keluarganya. Nasi goreng kampung buat sang suami dan nasi goreng cina buat anak - anak.
Air kopi panas di bancuh lalu susu segar di dalam peti sejuk di keluarkan lalu di letak di atas meja makan.
Usai selesai dia memerhati meja makan dengan satu kepuasan. Puas kerana dapat menyediakan sarapan buat ahli keluarganya.
"Morning mommy."sapa Deniel yang segak berbaju sekolah.
"Morning sayang. Come duduk sini breakfast."ajak Nura dia menilik anak bujangnya itu.
Alahai makin besar makin handsome pula dia. Dengan berbaju kemeja lengan panjang beserta seluar slack berwarna kelabu. Patutlah bukan main ramai lagi peminat di sekolah.
Deniel hanya menurut perintah, dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Beg sekolahnya pula diletak di sisi meja. Nura dengan cermat mengisi nasi goreng cina ke dalam pinggan spiderman milik Deniel.
Susu pula di tuang ke dalam cawan spiderman si anak.
"Enjoy your breakfast. Jangan lupa baca doa makan."ujar Nura pada Deniel yang kelihatan tidak sabar mahu menjamah nasi goreng itu.
Dia tersengih lalu menadah tangan membaca doa makan.
"Macam mana sedap tak mommy masak?"
"As usual sedap mommy."tutur si anak siap tunjuk ibu jari ke atas.
"Thank you sayang."
"Hmm sedap bau. Morning sayang - sayang daddy."ujar Aliff yang baru tiba di ruang makan.
"Morning abang."
"Morning daddy."
Aliff mengambil tempat di kepala meja. Nura terus sahaja mengisi nasi goreng kampung ke dalam pinggan Aliff sebelum air kopi di tuang ke dalam cawan.
"Makan bang."ujar Nura lalu duduk semula di tempatnya.
"Thank you darling."kata Aliff sempat di cuit pipi Nura.
"Aip, anak ada ni kan."
"Opss."
"Sedap tak mommy masak Den?"soal Aliff.
"Of course sedap daddy."jawab si anak pantas.
"Mommy nak tambah lagi."ujar Deniel.
Nura tersenyum sebelum mengisi sesenduk nasi goreng buat Deniel.
"Abang nak lagi tak?"soal Nura saat dia mengerling kedalam pinggan Aliff yang sudah hampir kosong.
"Boleh jugak."
Perkara yang sama di lakukan dalam pinggan suaminya.
"Abang. Anak - anak tidur lagi eh?"soal Nura usai selesai menyendukkan nasi goreng.
"Abang lunch dekat rumah ke?"soal Nura.
"Tak. Abanag ada janji dengan Mirul."
Wajah Nura bertukar kelat. Jarang Aliff mahu lunch di luar, selalunya dia akan balik.
Aliff yang perasan terus sahaja melepaskan sudu di tangannya. Dia menggenggam erat tangan isterinya.
"Abang dah janji dengan Mirul. Okey abang janji dengan sayang hari ni abang balik awal. Sebelum pukul 6 abang balik."janji Aliff.
"Janji?"soal Nura mahu kepastian.
Aliff hanya mengangguk sebelum menyambung menyuap nasi ke dalam mulutnya.
.....
"Dato'. Encik Amirul datang."kata Hajar, setiausahanya melalui interkom.
Aliff yang sedang tekun menaip di komputer ribanya terus berhenti.
"Awal pula dia ni sampai."katanya perlahan sebelum butang interkom di tekan.
"Suruh dia masuk bilik saya."arah Aliff lalu butang interkom dilepaskan.
Aliff segera mengangkat kepala sebaik sahaja terdengar bunyi kuakan pintu. Pen yang berada di tangan dilepaskan sebelum badannya di sandarkan di kerusi.
"Awal kau sampai?"soal Aliff.
"Awal apanya. Kau tengok jam sekarang pukul berapa?"tutur Amirul sedikit geram. Penat dia menunggu birasnya merangkap sahabatnya itu di kafe.
Aliff segera melihat jam tangannya. Seketika kemudian dia menepuk perlahan dahinya. Di pandang wajah keruh Amirul sebelum dia tersengih.
"Sorry. Jam aku mati."jawab Aliff.
"Lain kali spare dua tiga pasang jam dekat office. Tapi tak guna jugak kalau jam dinding pun kau tak tengok. Kau campak je lah jam - jam kau tu, beli mahal - mahal pun tak reti nak tengok."bebel Amirul.
"Aku tahu kau lapar, tu yang kau banyak bebel tu kan. Jom kita pergi makan, aku belanja kau."ajak Aliff terus sahaja dia mengemas meja kerjanya sebelum dia mencapai telefon bimbit, dompet serta kunci keretanya.
Amirul hanya membontoti langkah Aliff.
"Kau nak makan dekat mana?"soal Aliff.
"Tempat biasa je."
Aliff hanya mengangguk sebelum menuju ke arah keretanya.
.......
"Dato' ada orang nak jumpa Dato'."kata Hajar.
Aliff yang baru duduk tidak sampai setengah jam itu terus sahaja memandang ke tepat ke arah PAnya itu.
"Awak kata saya tak ada apa - apa hal hari ni kecuali lunch dengan Mirul. Ni kenapa ada lagi yang nak jumpa saya?"soal Aliff
"Err, memang pun Dato', tapi yang ni dia kata urgent nak jumpa Dato'."kata Hajar sedikit gugup.
"Cakap dengan orang tu lain kali. Saya nak siapkan kerja ni lepastu nak balik sebab saya dah janji dengan isteri saya."
"Tapi Da–"
"Sekarang ni saya bos atau awak? Kalau saya kata lain kali means lain kali lah. Suruh orang tu set appointment dulu."potong Aliff.
Dia bukannya apa, dia cuma tak nak jadual kerjanya berterabur.
"Baik Dato' saya keluar dulu."kata Hajar.
"Hmm."
Baru sahaja Hajar ingin melangkah keluar, dia di tahan oleh Aliff.
"Hajar."
"Ya Dato'."
"Saya nak keluar kejap and mungkin tak balik office kot. Nanti jangan lupa kunci office saya."kata Aliff.
Hajar hanya mengangguk. Usai Hajar keluar tidak sampai beberapa minit kemudian, Aliff pula keluar.
Keluar sahaja dari lif dia berjalan menuju ke arah pintu lobi. Kereta yang berada di hadapan pintu lobi di tuju.
"Abang."
Terhenti langkah Aliff sebelum dia berpaling ke arah suara itu.
....
Sorry korang... Saya sibuk sikit lately ni... Sampai tidur pun tak berapa cukup...
Maaf jikalau hambar.... Insya Allah nanti saya akan usahakan yang lagi baik.... Doakan idea saya mencurah - curah keluar😅 baru settle update dua cerita... Ada lagi dua nak update mungkin slow sikit yang lagi dua tu...
Maaf sangat - sangat jikalau typo berleluasa...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro