Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

Tajam pandangan Aliff menikam ke arah Puan Asmah dan Anissa yang duduk berhadapan dengannya. Nura di sebelah hanya mampu memandang, jika dia bersuara pasti di bantah oleh sang suami. Jadi lebih baik dia diam.

"Mak su sedar tak apa yang maksu cakap?"soalnya dingin.

"Mak su sedar. Bukan banyak yang mak su minta, kami cuma nak kemaafan dari korang berdua je."kata Puan Asmah.

Dia memandang tepat ke arah Nura. Nura yang sedar dirinya dipandang segera menekur ke lantai. Takut dengan pandangan itu.

"Susah untuk saya maafkan. Kalau saya maafkan mak su, mak su boleh kembalikan anak saya ke?"soal Aliff tegas. Dia tidak mahu berlembut lagi. Biarlah apa orang kata.

"Hei, kamu ni tak reti belajar terima qada' dan qadar ke? Terima saja lah yang kamu berdua tak ada rezeki untuk timang anak."bengang pula Puan Asmah dibuatnya.

Anissa di sebelah sudah mencuit bahu emaknya.

Aliff tersenyum sinis.

"Terima qada' dan qadar Allah. Mak su dan Anissa terima ke qada' dan qadar, bila saya kahwin dengan Nura. Masa arwah puan meninggal ada ke mak su terima. Mak su salahkan Nura, mak su pukul dia separuh mati sampai kami hilang anak!"bergema suara Aliff. Nura mengusap bahu suaminya yang jelas marah.

Terdiam Puan Asmah.

"Balik! Saya tak nak tengok muka korang berdua dekat sini."kata Aliff lalu beredar masuk ke dalam bilik. Tangan Nura ditarik supaya mengikutinya.

Puan Alia yang baru muncul dari dapur terus sahaja duduk di sofa. Di pandang wajah adik serta anak saudaranya itu. Keluhan berat di lepaskan.

"Balik lah Mah. Kejap lagi buatnya Aliff keluar lepastu nampak korang dekat sini lagi satu hal pulak."kata Puan Alia sambil memandang tepat ke arah adiknya itu.

"Susah sangat ke dorang nak maafkan. Benda dah lepas kot."ujar Puan Asmah sedikit tidak puas hati.

"Sikit kau kata. Disebabkan perangai korang lah, aku hilang cucu."marah Encik Iman. Habis tegang wajah lelaki tua itu.

Anissa menepuk perlahan paha ibunya itu.  Gerun melihat wajah tegang Encik Iman. Puan Asmah yang mahu membuka mulut itu terus tidak jadi bersuara, dia menjeling sekilas ke arah abang iparnya itu.

"Erm, pak ngah mak ngah. Nissa dengan mak balik dulu lah ye. Dah lewat petang ni."katanya lalu berdiri. Dia menyalami tangan ibu dan bapa saudaranya itu sebelum melangkah keluar dari rumah itu.

Puan Asmah turut melakukan hal yang sama, dia menyalami tangan kakaknya itu sebelum beredar. Puan Alia memandang suaminya yang duduk menonton televisyen itu. Sebelum bangun mengangkat dulang.

......

"Ei, sakit hati aku dengan pak ngah kau tu. Kau tahu tak."bebel Puan Asmah usai sahaja masuk ke dalam rumah. Tudung yang tersarung di kepalanya itu di buka kasar. Dilabuhkan punggungnya di atas kerusi yang tersedia di ruang tamu.

"Sabar lah mak. Dah memang perangai pak ngah macam tu kan."kata Anissa yang sudah membuka suis kipas. Dia duduk berhadapan Puan Asmah.

Dia melihat sekeliling rumahnya itu, kosong. Sejak bapanya menceraikan ibunya, bapanya terus keluar dari kampung ini. Lihat lah apa yang tinggal hanya sebuah televisyen, set sofa yang tidak begitu lusuh dan sebuah meja kayu.

"Senang lah kau cakap. Kau tengok rumah kita ni apa yang ada. Nak harapkan kau kerja herm memang mati kebulur lah kita ni."sindir Puan Asmah. Tudung di tangannya dikipas - kipas ke arah wajahnya, panas.

Anissa mencebik bibir.

'Eh, salahkan aku pula orang tua ni.'bebelnya dalam hati.

"Nanti - nanti Nissa pergi lah mana - mana tempat cari kerja. Mak tak payah lah nak perli - perli Nissa."rungut Anissa.

"Itu lah jawapan kau. Nanti - nanti, kejap - kejap. Sampai kesudahnya aku juga lah yang nak kena menanggung biawak hidup macam kau."marah Puan Asmah terus dia bangun lalu membawa diri ke dalam bilik tidur.

"Dah tu takkan aku pula yang kena kerja sorang lepastu nak tanggung kau."katanya perlahan. Alat kawalan jauh televisyen diambil.

Sambil mencari siaran tv3, otaknya ligat berfikir idea untuk kerja. Tidak sampai beberapa minit satu senyuman terukir di bibir tebal miliknya.

"Abang, jom makan malam. Kesian ibu dah masak lauk kegemaran abang."ajak Nura.

Tubuh Arfa di dukungannya di betulkan seketika. Adeh, semakin berat anak gadisnya itu. Deniel sudah selamat di dapur bersama Encik Iman.

Tidak sampai beberapa saat, pintu biliknya terbuka dari dalam. Sebaik terpandangkan sang isteri yang berdiri tercegat di hadapan pintu bilik sambil mendukung si anak membuatkan nafasnya hampir sesak.

"Kenapa dukung Arfa? Arfan mana?"soal Aliff. Tubuh Arfa di ambil dari sang isteri.

"Tahu saja lah perangai anak abang ni kalau dah bangun tidur tu macam mana. Arfan macam biasalah kalau dah kenyang. Tidur lah jawapan dia."jawabnya selamba.

Aliff menggeleng.

"Tak sayang mommy eh?"soalnya pada anak.

"Ayang."jerit si anak riang. Kakinya di sepak - sepak ke perut bapanya.

"Arfa. Sakit daddy."tegur Nura yang melihat wajah suaminya itu berkerut seribu.

Gerakan kakinya di hentikan sebelum mencium wajah handsome Aliff. Mereka berjalan menuju ke arah dapur.

"Hah keluar pun dari bilik."tegur Puan Alia sebaik nampak kelibat anak lelakinya itu.

Sejak dari petang, Aliff terperuk dalam bilik. Marah sungguh dengan sikap Puan Asmah.

Aliff menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia melabuhkan duduknya di berhadapan dengan Puan Alia. Arfa di letakkan di dalam kerusi makan bayi.

"Takkan lah pasal petang tadi kamu sampai tak nak keluar bilik."kata Encik Nadim tiba - tiba.

Terasa suasana di meja makan itu sedikit tegang. Bukan apa Aliff cuma tidak suka hal berkaitan Puan Asmah dan Anissa di bangkitkan.

"Abang. Makan dulu ya, kan ada cucu dekat sini."tegur Puan Alia.

Dia perasan riak wajah Aliff sudah berubah sedikit keruh. Nura pula hanya mendiamkan diri sambil menyuap Arfa makan.

"Deniel baca doa makan."kata Encik Iman. Tangannya di tadah untuk membaca doa, diikuti dengan yang lain.

Deniel membaca doa makan sebelum menjamah nasi.

......

Aliff memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta. Usai itu, dia segera menghidupkan enjin kereta sebelum meletakkan tubuh Arfa di dalam car seat.

Puan Alia dan Nura sedang berbual - bual kosong sebelum berangkat pulang. Encik Nadim pula sibuk melayan Deniel yang petah berbicara. Baru umur 7 tahun mulutnya petah sungguh bercakap, semuanya straight to the point.

"Ibu, kani balik dulu lah ya. Takut kalau petang - petang jalan jam, faham - faham lah KL tu macam mana nak pula time cuti hujung minggu."kata Aliff yang berdiri di sebelah sang isteri.

"Hah iya lah. Hati - hati bawa kereta tu."kata Puan Alia.

Nura yang mahu menyalaminya itu di sambut dengan penuh sayang. Tubuh berisi wanita itu di peluk erat.

"Bu, kitorang balik dulu ya. Nanti kitorang balik lagi ya."ujar Nura sebaik melepaskan pelukan dari ibu mertuanya.

"Iya. Jaga cucu ibu ni baik - baik."nasihat Puan Alia lagi. Perut Nura di usap penuh kasih.

Kemudian, Aliff turut melakukan hal yang sama kepada kedua ibu bapanya. Nura juga bersalaman dengan bapa mertuanya itu.

Usai itu mereka melangkag masuk ke dalam kereta. Sebaik menekan sedikit hon,  barulah kereta mewah Aliff bergerak perlahan keluar dari kawasan rumah Puan Alia.

"Sunyi dah rumah kita."kata Puan Alia tiba - tiba.

"Haah."

"Nak ikut tak?"soal Encik Iman.

"Ikut pergi mana?"

"Mancing dekat pengkalan balak."jawab Encik Iman.

"Boleh juga tu. Kejap saya nak siap."terus sahaja dia naik ke rumah.

"Cepat sikit!"laung Encik Iman dari luar rumah.

















...,......
Maaf lambat... Sibuk sikit nak siapkan assignment..

Vote dengan komen cepat - cepat....



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro