bab 20
Tertunduk Nura sebaik mendengar segala cerita dari mulut ibu bapa mertuanya. Berita tentang kemalangan Puan Asmah membuatkan dia rasa bersalah walaupun wanita itu telah melakukan pelbagai cara untuk memisahkan dia dan Aliff.
'Innalillaahiwainnailaihirojiun, semoga mak su tenang di sana. Nura maafkan segala perbuatan mak su pada Nura dan anak - anak.'doanya dalam hati.
"Ni ibu ayah nak gerak balik Melaka ke?"soal Nura sebaik melihat kedua orang mertuanya yang memakai jubah dan baju melayu itu.
Encik Iman mengangguk.
"Haah, Nura. Kamu nak ikut kami ke?"soal Puan Alia. Dia menatap wajah putih menantunya itu. Rindu tak terkata.
"Err tak kot bu. Nura datang cuma nak serah anak - anak dekat Aliff je, budak - budak tu dah rindu sangat dekat daddy dia."jawab Nura sedikit perlahan.
"Sayang, ni bukan salah Aliff. Dia di perangkap oleh Nissa dan arwah Mak Usu."
"Maafkan Nura bu. Nu–"
"Daddy!"
Ketiga - tiga beradik itu berlari mendapatkan Aliff yang baru muncul. Mereka memeluk tubuh sasa Aliff dengan erat.
Aliff seakan bungkam bila tubuhnya diterkam oleh anak - anak yang dirindui. Bagai tidak percaya yang akhirnya dia dapat berjumpa dengan anak - anaknya.
"Betul ke ni?"soalnya bingung.
"It's me daddy, Deniel."kata Deniel lalu tangan Aliff digoyang - goyangkan.
Dia memandang tubuh yang membelakanginya itu. Tubuh yang amat dirinduinya. Puan Alia dan Encik Iman memandang ke arah Aliff sebelum mereka menganggukkan sedikit kepala.
"Sa...sayang."panggil Aliff dengan suara bergetar.
Nura hanya diam, dia menahan dirinya dari terus mengalirkan air matanya.
Arina yang nyenyak tidur itu ditepuk perlahan.
"Sayang."
"Stop calling me 'sayang'"tegas Nura.
Aliff terdiam seketika.
Dia segera bangun dari duduk sebelum tubuh Arina diserahkan pada ibu mertuanya.
Dia memandang tepat ke arah Aliff. Nafas ditarik sedalam - dalamnya sebelum dilepaskan.
"Abang rindukan sayang dengan anak - anak. Terima kasih sebab sudi balik dekat rumah ni."
Dia berjalan mendekati Aliff sebelum senyuman manis terukir di bibirnya. Aliff turut mengukir senyuman manis buat isteri kesayangannya itu. Anak - anak dikerling sekilas.
"Terima kasih untuk semuanya. Saya hargai sangat, dari awal kita kahwin sampailah sekarang. Apa yang jadi semua ujian tapi saya dah tak tahan dengan semua ni. Maafkan saya, saya balik hanya untuk pulangkan anak - anak. Dorang rindukan awak, jaga anak - anak dengan baik."kata Nura perlahan
Aliff mengerutkan dahinya.
"Apa yang sayang cuba sampaikan ni, abang tak faham."
"Lepaskan saya."
"Allah!"
.........
"Apa yang akak fikir ni?"soal Marvin. Dia duduk di sebelah kakaknya itu.
"Akak buat untuk kebahagiaan semua Marvin."jawab Nura, dia menghela nafas. Ingatkan bebannya berkurangan namun makin berat pula beban yang perlu dipikulnya.
"Mama dengan papa tak sangka yang Nura sanggup buat macam ni dekat Aliff. Aliff tu tak salah Nura, semua ni salah Anissa. Takkan kamu tak kenal dia tu macam mana."nada suara Encik Nadim seakan kecewa dengan pilihan yang di buat oleh anaknya sendiri.
Nura diam. Salahkah apa yang dia buat, dia buat demi kebahagiaan semua orang. Walaupun dia yang akan merasa sakit itu.
"Salah ke apa yang Nura buat ni pa, ma? Ni semua untuk kebahagiaan semua orang."soalnya.
"Bahagia? Aliff tu bahagia ke bila bercerai nanti?"soal Puan Maria.
"Suka hati kamulah Nura. Rumah tangga kamu, papa dengan mama tak nak masuk campur."ujar Encik Nadim lalu dia beredar meninggalkan anak serta isterinya.
"Fikir baik - baik Nura. Mama tak nak kamu silap langkah."kata Puan Maria lalu mengekori langkah suaminya.
"Akak."panggil Marvin.
"Hah ya. Ada apa?"
"Dari tadi Marvin cakap, akak tak dengar ke? Akak fikir apa?"soalnya.
"Entahlah Vin. Akak tak tahu dah apa yang akak nak buat."luahnya.
"Berbaik je dengan abang. Fikir anak - anak. Fikir tentang diri dan kebahagiaan akak."nasihat Marvin.
Saya nak jumpa awak.
-My wife-
Pesanan itu dibaca berkali - kali. Hampir dua hari dia menunggu panggilan mahupun pesanan dari isteri tersayang. Dalam masa dua hari itu dia banyak menghabiskan masa bersama anak - anak yang dirinduinya.
Terus sahaja dia masuk ke dalam bilik pakaian untuk bersiap - siap. Usai sahaja siap segera dia melangkah keluar dari bilik. Dengan langkah yang laju, dia menuruni anak tangga.
"Bik, tengokkan budak - budak. Saya nak keluar kejap."pesannya pada bibik sebelum dia beredar.
......
"Sayang dah fikir masak - masak ke?"soalnya dengan satu harapan.
"Dah, saya dah fikir masak - masak and saya dah buat keputusan yang saya akan –"kata - kata Nura di potong oleh Aliff.
"Sayang, takkan lah kita nak bercerai. Fikirkan lah anak - anak."pujuk Aliff.
Nura memejam matanya seketika.
"Cuba awak bagi saya habis cakap dulu. Jangan nak main potong je."bebel Nura.
"Oh hah okey. Cakap lah abang dengar."kata Aliff bersama sengihan di bibir.
"Hmm. Saya dah buat keputusan yang saya akan stay dengan awak. Tapi untuk anak - anak je, saya masih perlu masa dan ruang untuk berfikir saya harap awak faham."
"Abang tak kisah sayang, asalkan sayang dengan anak - anak ada dekat sisi abang sampai abang pejam mata."katanya dengan tubir mata yang sarat dengan air mata.
'Alhamdulillah akhirnya isteriku balik padaku Ya Allah.'
"Okey lah kalau macam tu. Saya nak balik dulu."kata Nura lalu dia berpaling ke belakang.
"Sayang."panggil Aliff.
Nura berhenti. Dia berdiri tegak membelakangi suaminya. Dari tadi dia tahan air matanya dari menitis.
"Awak nak apa lagi?"soal Nura dengan sebak.
"Abang nak minta maaf. Demi Allah sayang abang tak sentuh Nissa. Abang pun tak tahu dia mengandung anak siapa. Please sayang, abang berani sumpah mmg anak yang Nissa kandung tu bukan anak abang."
"Habis tu abang nak cakap yang Nissa mengandung anak lelaki lain. Macam tu ke?"marah Nura.
"Yes. Tu bukan anak abang sayang."nafi Aliff.
"Abang jangan nak tipu. Jujur je lah dengan wife abang ni."muncul Anissa tiba - tiba.
Sakit hati dia mendengar apa yang keluar dari mulut Aliff.
"Hmm, okey lah Nissa pun dah ada. Maybe korang nak dating kan, Nura balik dulu. Assalamualaikum."ujar Nura dengan langkah perlahan dia berjalan meninggalkan taman itu.
"Nura."panggil Anissa.
Dia berhenti melangkah.
"Aku nak bagitahu kau, nanti masa wedding kitorang kau datang eh. Sebab kau kan bakal madu aku."kata Anissa selamba.
"Insya Allah. Tengok pada keadaan, nanti kalau perlukan pertolongan bagitahu je, Nura tolong."sebak nada suaranya.
"Hmm, buat masa sekarang tak kot. Semuanya dah nak settlekan abang."
Dia paut manja lengan Aliff.
"Nissa, kau me–"
"Abang please jangan nak pura - pura depan wife abang ni. Dia okey je kan."kata Anissa manja.
"Oh, kalau takde apa - apa Nura balik dulu."
"Pergi lah balik. Kitorang nak pergi fitting baju kahwin ni."
Dengan deraian air mata, Nura beredar meninggalkan taman itu. Hatinya seakan remuk.
"Betul ke apa aku buat ni?"
.........
Sorry korang lambat....
Ni minggu final, jd mmg tkde masa sgt nk buka wattpad..
Sorry kalau tak best...
Korang dpt notification tak?
Dah lama tk bukak😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro