Bab 2
Tajam mata Puan Alia memandang ke arah dua orang wanita yang berdiri tegak di hadapan rumahnya itu. Sakit hati bila di kenangkan perbuatan mereka berdua terhadap menantunya itu.
"Kau nak apa datang sini lagi?"soal Pual Alia tegas.
Anissa menundukkan wajahnya. Nampak sangat yang mak ngahnya itu masih marah kepada mereka berdua.
"Kak ngah, Mah datang ni nak minta maaf. Mah tahu Mah dengan Nissa salah."ujar Puan Asmah perlahan.
"Tahu tak disebabkan korang, aku hilang cucu. Aliff hilang anak dia. Belum tentu lagi kalau aku maafkan korang, dorang laki bini nak maafkan korang."tegas Puan Alia berkata.
Tidak semudah itu mahu memaafkan. Perkara yang mereka berdua lakukan terlalu berat untuk di maafkan.
"Mak ngah, tolong lah, bagitahu Abang Aliff dan Nura. Maafkan kami. Kami tak tenang selagi tak minta maaf dengan dorang."rayu Anissa. Air mata yang mengalir di pipi di seka.
"Mak ngah tak boleh nak tolong. Biarkan dorang sati keluarga hidup bahagia. Korang jangan nak kacau rumah tangga anak aku, dah pergi balik!"halau Puan Alia.
Terus sahaja dia menutup pintu rumah. Cukup lah selama ini dia dengan murah hati, ingin memaafkan salah orang. Kali ini biar lah orang mengata dirinya sombong atau apa sekali pun.
"Mak ngah!"
"Mak ngah! Jangan macam ni, ampunkan kami."raung Anissa di luar rumah.
Puan Alia hanya membuat tidak tahu. Malas mahu melayan orang sebegitu. Walaupun darah dagingnya sendiri.
......
"Ye ke bu. Dah tu, sampai ke petang ke dorang depan rumah."ujar Nura. Dia melangkah ke arah ruang tamu usai sahaja turun dari tingkat atas. Pegangan telefon di tukar ke belah kiri.
"Entah. Biar lah dorang tu, ibu penat nak layan perangai dorang. Dorang tu bukannya jenis cepat sedar."kata Puan Alia di hujung talian.
"Tapi tak salahkan bu, kalau kita maafkan dorang."tutur Nura lagi.
Kasihan pula dia bila mendengar cerita itu.
"Memang tak salah tapi dorang tu tak akan serik kalau kita buat macam ni."tegas Puan Alia.
Aliff mencari kelibat isterinya. Kelihatan Nura sedang duduk berbual di telefon bimbitnya di ruang tamu. Langkah di atur ke arah isterinya, dilabuhkan duduk di sebelah sang isteri.
Nura memandang Aliff yang sudah selamat duduk di sebelahnya. Keningnya dijongket ke arah sang suami.
"Siapa call?"Aliff membuka mulut tanpa mengeluarkan bunyi.
"Ibu."jawab Nura.
Aliff hanya mengangguk. Dia berbaring di paha isterinya.
"Ikut lah bu. Nura tak kisah, cuma rasa kasihan lah dengan dorang."
"Tak payah lah kamu nak kasihan dengan dorang. Kasihan dengan diri kamu tu."tegas Puan Alia.
"Hmm, baik lah bu."Nura pasrah.
"Dah lah. Ibu nak letak dulu, ayah dah balik dari masjid tu."kata Puan Alia.
"Hah ye lah bu. Kirim salam ayah ya."ujar Nura
"Baik lah. Kirim salam dengan laki kamu tu, ciumkan dekat cucu - cucu ibu. Assalamualaikum."
"Baik bu. Waalaikumussalam."
Terus sahaja Nura menamatkan panggilan. Telefonnya di letakkan di sisinya. Rambut sang suami dielus lembut.
"Ibu nak apa?"soal Aliff.
"Ibu cerita hal petang tadi."ujar Nura.
"Cerita apa?"berkerut dahi Aliff.
"Mak su dan Anissa datang rumah ibu petang tadi."
Aliff yang tadi mengusap perut isterinya itu terus sahaja berhenti melakukan perbuatan itu. Tegang sahaja mukanya waktu ini.
"Buat apa dia datang rumah ibu?"suaranya berubah dingin.
Nura memandang sekilas ke arah suaminya. Dia mengeluh seketika.
"Entah, ibu kata dia datang sebab nak minta maaf."jawab Nura sambil memandang ke arah sang suami.
"Mulut je kata maaf tapi dalam hati dah rancang banyak benda."kata Aliff lagi. Dia menarik baju isterinya ke atas sebelum membenamkan wajahnya ke perut buncit si isteri.
Deruan nafas Aliff yang menampar kulit perut Nura membuatkan dia kegelian. Dia cuba menolak kepala suaminya namun Aliff hanya mengeraskan kepalanya.
"Abang, tak baik lah cakap macam tu. Itu kan mak saudara abang."kata Nura sambil menahan geli.
"Kalau dia anggap kita ni family dia, dia takkan buat sayang macam tu."tegas suara Aliff. Dia segera bangun dan memandang tajam si isteri.
"Tapi ab–"
"Stop it. Abang tak nak dengar apa - apa lagi yang keluar dari mulut sayang pasal dorang berdua."marah Aliff lalu beredar naik ke tingkat atas.
Nura memandang ke arah kelibat suaminya yang semakin hilang di balik dinding. Seketika dia mengeluh.
.....
Hujung minggu itu mereka sekeluarga menetap di rumah keluarga Nura. Bukan main riuh lagi dengan suara kanak - kanak. Tersenyum ke dua orang keluarga Nura melihat cucu - cucu serta anak menantu berkumpul di rumah.
"Abang tak balik ma?"soal Nura sebaik sahaja muncul di dapur.
Nuha dan Puan Maria segera memandang ke arah Nura sambil melemparkan senyuman manis pada wanita itu.
"Entah lah. Katanya balik tapi tak tahu bila dia balik, takut dia pergi rumah mertuanya."kata Puan Maria yang sedang menyiang sayur kailan.
Nura hanya mengangguk. Dia melabuhkan duduk di sebelah Nuha lalu mencapai pisau untuk menolong. Tapi di tegah oleh Nuha dan Puan Maria bila dia mahu mengambil bawang.
"Tak payah. Nura tu pregnant, duduk je diam - diam. Biar kitorang yang masak."tegas Nuha memberi amaran pada kakak kembarnya
"Alah, nak tolong."rengek Nura.
"No means no."marah Nuha.
Nura mencebik bibirnya. Ah, hidupnya tidak aman mahu membuat kerja rumah. Semuanya tidak boleh.
"Assalamualaikum."sayup - sayup kedengaran suara orang memberi salam.
Seketika kemudian, terdengar suara Amirul menjawab salam itu.
"Hah tu, pergi tengok siapa datang. Lepastu duduk je depan diam - diam."arah Puan Maria.
Nura dengan muka penuh keterpaksaan bangun dari duduk sebelum beredar keluar dari ruang dapur.
"Siapa yang da–"
"Eh, abang. Ingatkan siapa lah yang bagi salam tu."kata Nura lalu bersalaman bersama Emmylia dan Muiz.
"Ha, itu lah. Aliff yang call katanya mama papa nak makan ramai - ramai. Itu yang abang terus balik sini."ujar Muiz. Dia melabuhkan duduk di sofa.
"Nura dengan baby sihat?"soal Emmylia.
"Sihat kak."
"Alhamdulillah. Ni mana yang lain? Akak nampak Mirul je."soal Emmylia sambil matanya melilau memandang sekeliling.
"Mama dengan Nuha dekat dapur, Aliff kat atas tidurkan anak - anak. Papa keluar kejap beli barang."jawab Nura.
Emmylia mengangguk lalu berjalan menuju ke dapur untuk berjumpa dengan Puan Maria dan Nuha.
"Abang, Nura naik atas dulu eh. Tengok budak - budak dengan bapak budak."kata Nura dan naik ke atas.
Sampai sahaja di atas, kelihatan seorang dewasa dan empat orang kanak - kanak terbongkang tidur di atas toto. Sungguh bahaya kalau di biar begini, sudah lah Aliff tidak sedar jika tidur. Ini kalau si kecil jatuh tangga memang menangis tak berlagu lah jawabnya.
Dia duduk di sebelah suaminya. Di elus rambut sang suami dengan penuh lembut. Wajah si suami yang nyenyak tidur itu di pandang penuh kasih, dia meliarkan jarinya di sekitar wajah suami.
"Hmm."rengek Aliff dikalihkan wajahnya.
Nura tergelak kecil sebelum jarinya dimainkan di telinga sang suami.
"Janganlah."rengus Aliff. Tidak suka diganggu waktu tidur. Di tepis - tepis benda yang menganggu tidurnya.
"Auch!"Nura terjerit kecil.
Terus tersedar bila terdengar suara nyaring seseorang menjerit di tepi telinganya. Kelihatan sang isteri yang sudah memerah wajahnya memandang ke arahnya.
"Sayang kenapa jerit?"soal Aliff. Matanya di gosok - gosok.
"Abang lah. Nak tepis pun tepis lah elok - elok, sakit tahu tak abang pukul lengan Nura."marahnya. Lengannya yang di tampar Aliff di usap.
"Ala sorry lah. Yang sayang kacau abang tidur kenapa?"
"Dah tu abang tidur tak ingat dunia. Buatnya jatuh si kecil ni macam mana?"bebel Nura lagi.
"Ala, tak jadi apa lah sayang."ujar Aliff selamba.
"Kalau anak jatuh, abang tanggung."Nura terus sahaja berjalan masuk ke dalam bilik meninggalkan si suami.
"Teruk betul pregnant dia kali ni. Semua benda tak kena. Adeh lah Datin oh Datin."katanya seorang diri.
Arfan yang bergerak sedikit itu ditepuk biar lena. Belum masa untuk anak - anak bangun. Dia turut berbaring di sebelah Arfan sebelum matanya di pejam semula.
"Abang! Bangun. Jangan tidur!"laung Nura dari dalam bilik.
Terus terbuka luas matanya.
.....
Vote and comment please😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro