Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 18

"Kalau Nura merajuk, Nura nak pergi sini tahu. Nak tenangkan fikiran yang serabut."bayangan yang membuatkan fikirannya terganggu.

"Sini tahu bang."

Aliff cuba berfikir di mana tempat itu. Bayangan itu seakan kabur. Makin berserabut kepalanya. Sudah hampir dua minggu wanita itu pergi meninggalkannya. Dalam masa itu juga lah dia tidak ke pejabat, hal - hal pejabat semua telah diserahkan pada Dato' Kamal dan dibantu oleh Marvin. Selagi dia tidak jumpa isteri serta anaknya, selagi itu dia tidak akan ke pejabat.

"Mari makan Aliff, kesian mama aku dengan mama Nura masak dekat bawah tu."ajak Edriana di muka pintu.

"Tak nak lah. Aku takde selera nak makan."jawabnya tanpa memandang ke arah muka pintu. Matanya statik di tempat tidur anaknya di tengah - tengah bilik.

Edriana mengeluh sebelum dia menapak masuk ke dalam bilik. Dia duduk di tepi katil.

"Kau tahu Nura ada bagitahu aku sesuatu sebelum ni."

Aliff diam tidak beriak. Walaupun dalam hati dia tidak sabar mahu tahu.

"Walau kau dah tak suka dia, benci dia. Kasih sayang dia tak pernah luntur. Dia tahu yang kau ada hubungan dengan Nissa lepas je dia tengok video yang kau lamar Nissa jadi girlfriend kau. Betapa luluhnya hati dia sebagai seorang isteri masa tu, dia rasa dia gagal jadi isteri kau. Tapi dia bersyukur bila ayah kau kata yang kau kena buatan orang, gembira dia rasa masa tu. Dengan gembira dia bercerita dekat aku, kau bawa dia dengan anak - anak pergi bercuti, celebrate birthday dia. Walau macam mana sekalipun, dia tetap gembira sebab kau bawa dia dekat tempat yang paling dia suka."cerita Edriana tanpa selindung.

"Video aku lamar Nissa? Aku rasa masa tu aku dengan dia je, takde orang lain."

"Haah. Kalau kau tanya mana video tu, aku memang tak ada. Katanya dia tak nak aku marah kau lepas tahu semua ni. Memang aku marah masa tu, masa tu aku nak call kau dah tapi dia halang. Katanya semua yang jadi ada hikmah."

"Ya Allah, berdosanya aku dengan dia."mengalir air mata Aliff buat kesekian kalinya.

"Hari - hari dia menangis Liff, hari - hari dia call bagitahu aku yang dia rindu kau yang dulu. Kau yang selalu belai dan manjakan dia, yang tak pernah marah dia, yang ada time dia susah dan senang, yang tak pernah naik tangan dekat dia, yang selalu tegur salah dia, kau tak pernah abaikan solat, layan anak - anak even kau penat."sebak Edriana bercerita.

Tertunduk Aliff mendengar luahan hati isterinya dari sepupunya sendiri.

"Aku memang suami tak guna Ana. Aku abaikan dia lama. Aku bodoh sebab percaya dekat mak su dengan anak dia. Bodohnya aku, Ana."tangisnya.

"Kau tak bodoh. Kau cuma silap langkah, dorang tu licik. Kuat Liff, pergi cari anak bini kau. Pergi pulihkan diri kau dulu, baru cari dorang. Banyakkan berdoa, Allah akan permudahkan segala urusan kau nak cari dorang. Yakin dengan diri kau."nasihat Edriana. Dia bangun ingin beredar dari situ.

"Bangun Aliff. Kuat! Jangan lupa turun makan, kalau kau tak makan macam mana kau nak cari dorang."usai itu dia meninggalkan Aliff di dalam bilik.

"Ya, aku kena kuat untuk cari anak bini aku."katanya seorang diri.

........

"Macam mana ni mak? Nissa whatsApp, dia tak balas pun."rungut Anissa.

"Kau jangan macam - macam Nissa. Kita kena pastikan yang dia tu kahwin dengan kau. Kau tahu tak? Dah lah Mak Lijah kau tu tiba - tiba je jatuh sakit."bebel Puan Asmah.

"Nasib dia yang sakit kalau mak yang kena, padan muka."ejek Anissa lagi.

Tepat dia memandang wajah anaknya dengan tajam. Dijeling anaknya itu. Panas pula hatinya.

"Alah, biar je lah kena orang tua tu biar cepat sikit matinya. Kau jangan nak mendoakan aku pula."katanya sambil matanya melirik ke arah televisyen.

"Apa lah mak ni, Nissa tak bodoh lagi nak suruh mak mati cepat. Tapi kalau dah ajal nak buat macam mana kan. Almaklumlah mak tu dah tua, bila - bila masa je mak boleh mati."

"Mulut kau ni kan!"bergema suara Puan Asmah di dalam rumah milik Hanis.

Nasib lah wanita itu tiada di rumah. Jika tidak mahu saja mereka berdua bertekak gara - gara menjerit di dalam rumah.

.....

"Dato' Kamal ada tak dekat dalam?"soal Marvin di hadapan Adillah.

"Ada. Encik Marvin nak jumpa Dato' ke?"soal Adillah.

"Haah. Dato' tak pergi pejabat dia ke?"soal Marvin sedikit pelik.

Adillah hanya menggeleng.

"Tak. Sebab Cik Edriana yang jaga sana buat sementara waktu ni."terang Adillah lagi.

"Oh okey. Saya masuk dulu."terus sahaja dia berjalan masuk ke dalam pejabat.

Tok tok tok

"Masuk!"laung Dato' Kamal dari dalam.

Marvin melangkah masuk ke dalam pejabat itu sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi di dalam bilik itu.

"Marvin. Ada apa datang bilik papa ni?"soal Dato' Kamal pada anak angkatnya itu.

"Tak ada apa pa. Marvin cuma rindukan kakak."katanya lirih.

Terdiam Dato' Kamal sekejap. Walaupun wanita itu bukan anak kandungnya tapi dia dan isterinya itu tetap sayang mereka berdua seperti anak kandung sendiri.

"Papa tahu. Papa dengan mama pun rindukan Nura, setiap malam mama dengan papa doa agar Nura lembut hati dan balik dekat kita semua."ujar Dato' Kamal.

"Nura off phone lagi ke?"soal Dato' Kamal.

Marvin hanya mengangguk sebagai jawapan. Pen di dalam kocek bajunya dikeluarkan lalu di pusing - pusing.

"Takde kerja ke?"soal Dato' Kamal kembali.

"Ada pa. Tapi biar lah dulu, Marvin malas duduk dalam bilik. Bosan."jawabnya biasa.

"Macam tu pula."katanya.

Marvin tersengih lebar.

"Pa, pejam celik pejam celik dah dekat sebulan kan kakak pergi."kata Marvin tiba - tiba.

"Haah. Kakak langsung tak on ke?"

"Kadang - kadang dia ada on. Tapi kakak tutup last seen dia pa, Marvin selalu check whatsApp kakak, nombor dia pun ada jugak Marvin call tapi tak angkat."kata Marvin.

"Hmm. Tak apa lah agaknya Nura memang nak tenangkan fikiran dia tu, kita biarkan dia rest. Doakan dia selamat."pesan Dato' Kamal.

Marvin hanya diam. Kepalanya diletakkan di atas meja.

'I miss you kakak.'

.....

Sayang. Sayang dah janjikan tak nak tinggalkan abang. Tapi sayang tinggalkan abang seorang diri, sayang pergi bawa anak - anak.

Abang tahu sayang kecewa tapi sayang ni semua tak betul. Abang berani sumpah yang abang tak sentuh Nissa. Apa yang dia cakap semuanya tak betul, masa tu fikiran abang bercelaru untuk percaya atau tak.

Balik lah sayang. Abang rindu sayang dengan anak - anak, sayang tak kesian dekat anak - anak. Balik sayang, abang tunggu sayang dengan anak - anak tahu.

Pesanan itu di baca berulang kali. Di pandang wajah anak - anak yang sedang tidur itu, dia mengeluh lagi.

"Nura rindu tapi Nura tak sanggup bang. Bagi Nura masa dengan anak - anak, lepas ni Nura akan serahkan anak - anak dekat abang."katanya perlahan.

Air mata sedari tadi mengalir.

'Sanggup ke nak berpisah dengan anak - anak dan suami kau sendiri Nura.'bisik hatinya.

"Tapi aku tak sanggup nak hidup bermadu."tangisannya bergema.

Pesanan itu dibiarkan. Dia menutup kembali telefonnya. Kepala direbahkan di atas katil, matanya cuba dipejam.

Sejak akhir - akhir ini, dia sukar untuk melelapkan matanya. Ingatannya selalu sahaja teringat akan Aliff yang ada di Kuala Lumpur. Rindu!

"Good night abang."




























......
Sorry lambat... Kelas dah start😭 lepas tu ingat time free nak update tp my mom tak sihat pula... Jadi tertangguh😭

Maaf hambar....😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro