Bab 17
Pagi itu suasana di rumah Aliff agak riuh dengan suara mereka sedang berbual, walaupun kedua belah keluarga berkumpul tetap juga Aliff merasakan rumah itu sunyi. Aliff duduk termenung di tepi kolam renang, kenangan mereka sekeluarga bermandi - manda di kolam renang ini terimbau kembali.
Adriana yang baru keluar dari dapur itu segera mendapatkan Aliff, dia duduk di kerusi sebelah Aliff. Tanpa sedar, Adriana mengeluh perlahan. Kasihan dia melihat sepupunya itu.
"Kau tak tidur eh semalam?"soal Adriana sambil matanya menilik raut wajah tidak bermaya sepupunya itu.
"Tak. Aku tunggu Nura dengan anak - anak balik."jawabnya lemah.
Mata langsung tak dikalih ke arah lain.
"Tak sangka pula aku yang mak su dengan Nissa tu sanggup buat macam tu dekat korang."Adriana tumpang simpati dengan nasib keluarga Aliff.
"Biarlah Ana. Aku dah malas nak ambil tahu hal dorang, yang aku tahu aku nak anak bini aku balik dengan selamat."katanya mendatar.
"Jangan lemah. Aku tahu kau kuat, tenangkan diri kau tu. Bila kau dah okey, kau pergi cari anak bini kau. Kalau kau macam ni, kau ingat benda akan selesai ke?"Adriana cuba mengembalikan semangat Aliff.
"Separuh jiwa aku dah pergi."tutur Aliff lemah.
"Aliff yang aku kenal bukan lemah macam ni, dia kuat. Sangat kuat. Jadi diri kau yang lama, cari anak bini kau. Bawa dorang balik dekat rumah ni."
"Aku naik dulu. Nak baring."tutur Aliff lalu dia berdiri tanpa menunggu jawapan dari Adriana dia terus beredar meninggalkan Adriana.
"Assalamualaikum."sapa seseorang. Sampai sahaja di tangga terakhir dia berhenti. Segera dia menyorok untuk melihat permainan orang itu.
Suara itu, suara yang amat dikenalinya. Dia masih statik di tempat yang sama, tidak beranjak seinci pun.
.....
"Jagakan budak - budak kejap ya."ujar Nura
Sebaik sahaja bibik mengangguk, dia meninggalkan kawasan homestay itu. Bukannya dia kemana pun, dia cuma mahu mengambil angin. Menenangkan diri yang serabut.
"Nura rindu abang, anak - anak pun."ujarnya seorang diri.
Bunyi desiran ombak itu langsung tidak mampu membuatkan hati seorang wanita bernama Nura Medina tenang. Setiap masa dia pasti akan mengingati sang suami yang jauh di sana.
"Maafkan Nura bang. Nura keluar rumah tanpa izin abang."
Kenangan mereka sekeluarga yang suka berkelah di tepi pantai terngiang - ngiang di kotak minda. Riuhnya suara Deniel dan Arfa yang bermain pasir, Arfan yang mengamuk mahu bermain pasir juga terimbas kembali.
"Semua tu akan jadi kenangan buat kita je."bisiknya seorang diri.
Dia berjalan di tepi persisiran pantai itu, ombak - ombak yang menghempas kakinya itu dibiarkan.
"Abang."panggil Nura manja. Lengan si suami di peluk erat.
"Ya sayang. Kenapa ni?"soal Aliff prihatin. Tudung isterinya yang tidak betul akibat di tiup angin di betulkan sedikit.
"Kalau one day nanti, Nura takde abang akan cari yang lain ke?"soal Nura.
Soalan itu membuatkan Aliff mematikan langkahnya. Dia memusingkan tubuh isterinya berhadapan dengannya.
"Apa yang sayang cakap ni? Abang tak faham."
Nura menarik nafasnya sebelum dihembus perlahan. Senyuman manis terukir di bibir merah jambunya itu.
"Maksud Nura kalau satu hari nanti Nura mati ke Nu–"
"Kenapa nak kena sebut soal mati?"dingin suara Aliff. Dia tidak suka jika isterinya menyebut tentang kematian.
"Nura tak habis cakap lagi lah. Haish abang ni, kan ada perkataan kalau. Kalau Nura mati ke dah tak cantik macam dulu ke, abang akan cari lain ke?"
"Why should I? Untuk apa abang cari lain sedangkan yang depan abang ni adalah bidadari syurga abang, permaisuri untuk abang dan anak - anak kita. Sayang dah cukup sempurna untuk abang, bila sayang sanggup lahirkan zuriat abang, kita hadap sama - sama ujian yang Allah bagi. Perlu ke untuk abang cari lain, bodohlah abang kalau abang buta dalam menilai setiap kebaikan sayang. Abang bersyukur dikurniakan isteri sebaik sayang, ibu yang penyayang kepada anak - anak kita."panjang lebar Aliff berkata.
Menitis air mata Nura dibuatnya. Terharu dengan segala bait - bait ayat itu.
"Kalau Nura merajuk, Nura nak datang sini tahu. Dekat sini, Nura dapat tenangkan fikiran yang serabut."air mata di hapus sebelum dia tersenyum.
"Okey, kalau macam tu setiap kali sayang merajuk, abang akan bawa sayang dan anak - anak datang sini. Lepastu abang akan pujuk sayang dengan cara macam ni...."tubuh isterinya didukung gaya bridal style sebelum dia berpusing - pusing di kawasan itu.
"Ab...bang s...stop i...it. Ahahahah... Nu...ra ta...kut"ujarnya dia memeluk leher sang suami dengan erat. Takut jikalau dia terjatuh.
"NURA MEDINA, I LOVE YOU!"jerit Aliff sekuat hati.
"I love you too, Aliff Iman Shah."katanya malu - malu.
Menitis air matanya. Di sini lah tempat di mana dia dan suaminya mengucap ayat keramat itu. Di sinilah setiap kali dia merajuk, suaminya akan bawa. Di sinilah tempat di mana dia akan meluangkan masa bersama, melakukan aktiviti air dan sebagainya. Kini dia ke sini tanpa suaminya hanya anak - anak serta bibik yang selalu menolongnya.
"I love you abang so much."ucapnya bersama deraian air mata.
.......
"Apa yang kau nak lagi?"soal Puan Alia marah. Dia dan Puan Maria yang dari tadi ada di dapur segera masuk ke dalam.
Adriana juga turut melangkah masuk, kecil besar sahaja dia melihat orang itu. Nak juga dia tahu permainan mereka berdua. Licik! Walaupun ada sedikit kebodohan.
Dengan muka selamba, Puan Asmah dan Anissa berjalan masuk tanpa menghiraukan soalan dari Puan Alia itu. Dengan bersahaja juga mereka duduk di sofa sambil menayangkan wajah tidak bersalah.
"Mak Ngah, Abang Aliff kena bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat dekat Nissa."kata Anissa sambil memandang tepat ke arah wanita tua itu.
"Apa yang dia dah buat dekat kau?"
Terkejut mereka berdua sebaik terdengar suara itu. Liur di telan kesat.
"Abang Ngah jangan nak sibuk eh. Aliff kena bertanggungjawab juga dekat Nissa. Walau apa pun yang terjadi."tegas suara Puan Asmah walaupun pada mulanya dia rasa gentar juga. Berhadapan dengan Encik Iman bagaikan berdepan dengan raja hutan.
"Kenapa laki aku tak perlu sibuk pula? Aliff tu anak kami, jadi kami ada hak untuk tahu apa yang dia dah buat dekat Nissa."Puan Alia bersuara pula.
"Nissa dah mengandung. Mengandung anak Abang Aliff."sampuk Nissa yang sedari tadi diam. Tidak berani dia mahu memandang wajah Encik Iman itu.
"Kau yakin tu anak Aliff?"soalan yang terpacul dari mulut Adriana membuatkan Anissa menjelingnya tajam.
'Kacau betullah minah ni!'bentaknya.
"Kau jangan nak sibuk Ana. Ini bukan hal kau, ni hal aku dengan keluarga Pak Ngah kau."bentak Puan Asmah.
"Aku rasa aku tak pernah mengandungkan kau dan tak akan pernah mengandungkan kau."kata Aliff yang baru keluar dari tempat persembunyiannya.
"Apa abang cuba cakap ni? Abang kena bertanggungjawab juga."marah Anissa.
"Baik, aku akan bertanggungjawab kalau tu betul anak aku. Kalau tak, kau tahu nasib kau!"marah Aliff.
Pucat muka Anissa waktu itu. Apakah? Adakah dia sudah silap jalan.
"Berani kau muncul dekat depan keluarga aku eh perempuan jahanam! Kau dah guna - gunakan abang ipar aku, kau dah buat kakak aku lari dari laki dia, lepastu dengan senang hati kau nak jadi bini dia. Dasar perempuan tak reti malu!"amuk Marvin.
Baru sahaja dia mahu meluru ke arah Puan Asmah dan Anissa yang sudah berdiri akibat terkejut dari amukan Marvin.
"Sabar Marvin."ujar Encik Nadim.
"Marvin mungkin boleh sabar kalau benda lain, tapi kalau disebabkan kakak Marvin. Sorry, jangan harap."ujarnya dingin.
"Nak tahu tak sebab apa Abang benci dekat kakak time tu, mama papa."
"Sebab perempuan ni fitnah kakak, buruk - burukkan kakak sampai lah abang benci dia. Perempuan hati busuk ni elok campak je dalam jail, biar meringkuk sampai mati."sambung Marvin lagi.
"Eh, budak kau jangan nak biadap dengan aku eh, kira untung anak saudara aku ni kutip kau dengan kakak kau tu kau tahu!"tengking Puan Asmah.
"Siapa yang Mak Su kata Aliff kutip? Nura dengan Marvin? Eh, suka hati je cakap orang kutip. Kalau tak tahu apa - apa cerita lebih baik diam. Sebelum Aliff call polis, lebih baik korang berambus!"tempiknya kuat.
Tanpa banyak kata, Puan Asmah dan Anissa segera beredar dari situ. Risau juga kalau Encik Nadim naik angin, mahu pecah gegendang telinga mereka nanti.
'Siap korang!'
..... Sorry patutnya saya update ptg td... Tp saya ada hal emergency yg tk dpt nak dielakkan.... Ini saya baru free untuk pegang phone....
Maaf kalau ada yg terkurang atau terlebih...☺️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro