Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

Seperti yang dijanjikan mereka suami isteri bertolak dari Melaka ke Kuala Lumpur selepas zohor. Encik Iman langsung tidak singgah di mana - mana kawasan hentian atas arahan Puan Alia. Katanya dia mahu sampai awal ke rumah anak menantunya.

Encik Iman hanya menurut arahan isterinya kerana tidak mahu memanjangkan isu. Sepanjang perjalanan Puan Alia banyak berzikir, langsung dia tidak bercakap dengan suaminya. Yang dia tahu mereka selamat sampai ke rumah anak menantunya.

Tepat jam 5 lebih mereka berdua sampai di hadapan rumah anak mereka. Memandangkan pagar rumah anak mereka tidak bertutup, terus sahaja Encik Iman memakir keretanya di dalam kawasan rumah anaknya.

Puan Alia terus sahaja membuka pintu kereta dan menuju ke arah pintu utama. Pintu di ketuk berulang kali.

"Kejap ya."sahut seseorang dari dalam rumah.

Puan Alia dan Encik Iman menanti dengan sabar. Tidak sampai beberapa minit pintu rumah dibuka oleh pembantu rumah.

"Oh, Encik dan Puan rupanya. Jemput masuk."ujar bibik sebelum dia membuka pintu rumah dengan lebih luas lalu dia memberi ruang buat kedua orang itu masuk. Beg yang di bimbit oleh Encik Iman di ambil lalu di hantar ke dalam bilik. Usai itu dia menuju ke dapur.

"Ibu? Ayah? Bila sampai?"soal Nura lembut. Dia yang baru turun segera mendapatkan ibu dan bapa mertuanya. Tangan tua itu di salam dan di kucup penuh hormat.

"Baru je Nura. Anak - anak mana?"soal Puan Alia matanya meliar mencari kelibat cucu - cucunya.

"Ada dekat atas bu. Nura turun ni pun sebab nak bancuh susu Arfan dengan Arfa."terangnya.

"Duduk lah dulu ayah ibu. Hilangkan penat tu. Nanti Nura suruh bibik buatkan air."tutur Nura lembut.

Encik Iman dan Puan Alia hanya mengangguk sebelum duduk di sofa di tengah ruang tamu itu. Kelihatan baby swing dan permainan di sudut ruang tamu itu.

"Ibu tunggu kejap ya. Nura ambil budak - budak dekat atas."ujar Nura sebelum dia naik ke tingkat atas.

"Jemput minum Puan dan Encik."bibik yang sedang menghidang air itu segera menjemput ibu bapa majikannya itu untuk minum.

"Terima kasih bik."ucap Puan Alia bersama senyuman nipis.

Bibik hanya mengangguk sebelum beredar ke dapur.

Tidak lama selepas itu, muncul Nura sambil memimpin tangan Arfan manakala sebelah lagi mengendong Arina. Deniel di belakang pula memimpin tangan Arfa.

"Nenek! Atok!"jerit mereka dua beradik sebelum berlari mendapatkan atok dan nenek mereka. Tersenyum lebar Puan Alia dan Encik Iman apabila diterpa oleh cucu - cucunya. Arfan yang kecil itu pun tidak melepaskan peluang memeluk tubuh tua itu.

"Mana Aliff? Tak balik lagi ke?"soal Encik Iman.

"Belum lagi yah. Dia balik lewat sikit, sebab banyak kerja dekat office tu."jawab Nura. Dia menyerahkan Arina pada ibu mertuanya sebelum dia duduk di sofa lain.

Encik Iman hanya mengangguk. Arfa dan Arfan yang masih menempel disebelahnya itu segera dipeluk erat.

Haih lah cucu, makin debab semuanya.

......

Tepat jam 8 malam baru Aliff muncul di rumah. Tie yang terikat di leher di longgarkan sedikit. Dia meletak beg bimbitnya di tepi pintu rumah sebelum stokin di buka.

"Baru balik ke?"soal Encik Iman yang baru muncul.

Terkejut Aliff melihat ayahnya yang terpacul di hadapannya.

"Ayah? Bila sampai ni? Aliff tak tahu pun."kata si anak yang masih lagi terkejut itu.

"Petang tadi ayah dengan ibu sampai. Memang lah tak tahu dah kalau ayah tak bagitahu kamu laki bini yang kami ni nak datang."ujar si ayah.

Aliff mengangguk.

"Elok lah kamu dah balik. Siap, lepas ni kita boleh berjemaah."pesan Encik Iman lagi.

"Err, ayah. Aliff ada meeting dengan klien lah kejap lagi."kata Aliff.

"Solat dengan keluarga atau klien lagi penting?"soal Encik Iman dingin.

Aliff tersentak. Dia mengepal tangannya. Apa yang dia mahu buat sekarang. Dia sudah berjanji dengan Anissa untuk membawa gadis itu keluar makan kerana gadis itu sudah merajuk dengannya.

"Lain kali boleh kan."jawabnya acuh tak acuh.

"Memang boleh. Tapi ayah nak sekarang ni, bukan lain kali. Kalau lain kali lebih baik ayah dengan ibu tak payah datang."marah Encik Iman.

"Yang ayah nak marah kenapa? Aliff cuma ca–"

"Abang, Aliff apa ni bertekak ni. Cepat siap kita solat berjemaah sekali."ajak Puan Alia sedikit ceria.

"Tak payah. Anak awak ada meeting dengan klien, jadi dia tak boleh solat dengan kita. Klien dia lagi penting dari ahli keluarga kan."dingin suara Encik Iman sebelum beredar ke tingkat atas.

Aliff masih mendiamkan diri.

"Tak apa lah kalau macam tu. Ibu naik dulu."ujar Puan Alia seakan berjauh hati.

Dia hanya memandang langkah ibunya yang naik ke tingkat atas itu.

"Apa yang kau dah buat ni? Kau dah kecewakan mak bapak kau?"soalnya seorang diri sebelum langkah di bawa ke tingkat atas.

Sampai sahaja di atas kelihatan, Nura dan Deniel sedang berura - ura mahu ke bilik solat.

"Nura."panggilnya mendatar.

"Ya. Saya nak cepat ni, baju abang saya dah sediakan."ujar Nura lalu dia beredar meninggalkan Aliff di depan pintu bilik.

Aliff dengan segera mengeluarkan telefonnya. Aplikasi whatsApp dibuka tetingkap pesanan Anissa di tekan.

Sorry Nissa. Abang tak jadi keluar bawa Nissa sebab ibu dengan ayah ada sini. Sorry okey.

Selepas menghantar pesanan itu, Aliff segera masuk ke dalam bilik untuk mengambil wuduk. Usai itu, dia berlari masuk ke dalam bilik solat. Kelihatan ahli keluarganya sedang membaca yaasin sementara menunggu waktu Isyak. Dia terus mengambil tempat di sisi Deniel.

.....

"Haish tak guna betul lah. Penat - penat aku siap, lepastu suka hati dia je batalkan. Yang orang tua ni pun menyusahkan aku lah. Sakit pula hati aku."bentak Anissa sebaik sahaja menerima pesanan dari Aliff.

Dengan muka sebal, dia melangkah keluar dari bilik tidurnya. Hanis yang kebetulan baru sahaja keluar dari bilik tidurnya segera menyapa Anissa yang duduk di ruang tamu.

"Kau kenapa? Bukan kata nak keluar dating ke?"soalnya.

"Mak bapak dia ada dekat rumah. Tak jadi keluar."dingin sahaja nada suaranya. Tv yang gelap itu diperhatikan bagai mahu tembus.

"Oh, tak pe - tak pe. Jangan stress, jom ikut aku. Aku buat stress kau hilang."ajak Hanis.

"Malas lah."mendatar sahaja nada suaranya.

"Ala, jom lah. Aku yakin lepas ni kau takkan stress lagi dah."pujuk lagi Hanis.

"Kau nak bawa aku pergi mana?"soal Anissa. Dia dengan malas bergerak masuk ke dalam biliknya lalu beg tangannya di capai. Usai itu dia keluar semula dari bilik tidurnya.

"Syurga dunia."kata Hanis bersama senyuman lebar.

Sampai sahaja di hadapan pintu kelab, Anissa berasa gerun pula. Selama dia hidup, tak pernah dia menjejakkan kakinya di kelab malam. Buat pertama kalinya dengan ajakan sahabat, dia bakal menjejakkan kakinya di kelab malam itu.

"Let's go."ajak Hanis.

Mereka berdua masuk ke dalam kelab itu, ramai kawan - kawan lelaki Hanis menyapa mereka berdua.

"Ni siapa?"soal seorang lelaki sebaik sahaja melihat Anissa.

"She is my friend."ujar Hanis sedikit kuat. Bunyi lagu yang berkumandang itu membuatkan mereka terpaksa menguatkan suara.

"Your friend? She look so beautiful."jerit lelaki itu.

"Of course. Try lah tackle dia Joe. Mana tahu sangkut."kata Hanis sebelum dia beredar meninggalkan Anissa dan Joe.

"Hey."panggil Joe.

"Ya."sahut Anissa. Dia tidak selesa.

"Jangan takut. I takkan apa - apakan you. Jom duduk dekat sana."ajak Joe.

Anissa yang sedari tadi meliar memerhati sekeliling kelab terus sahaja di tarik oleh Joe ke tempat duduk. Anissa terus duduk di sisi Hanis.

"Hanis, bagi lah dia air. Takkan you je yang minum."kata Joe.

Hanis tergelak sebelum gelas yang berisi air arak itu di hulur pada Anissa. Anissa teragak - agak mahu mengambilnya.

"Don't worry Nissa. Air ni akan buat kau lupa semua benda and apa yang kau nak ialah heaven."bisik Hanis.

Anissa meneguk air itu sedikit. Tekaknya terasa agak perit saat air itu masuk ke dalam kerongkongnya.

"It's a party time!"jerit Joe.

......

Pagi itu, Aliff tidak ke pejabat. Nura memerhati suaminya yang masih lagi lena diulit mimpi. Lagi pula semalamAliff tidak dapat tidur dengan nyenyak. Sebaik sahaja dia minum air yang di beri oleh bapanya badannya menjadi lemah dan tidak bermaya. Dia juga mengalami muntah yang teruk.

Sepanjang malam Nura lah yang menjaga Aliff, nasib ada bibik dan Puan Alia yang membantunya menjaga anak - anak mereka. Terkejut dia sebaik sahaja Encik Iman mengatakan yang Aliff sudah terkena buatan orang. Sampai hati pelaku itu. Kasihan suaminya terpaksa menanggung segala keperitan.

Encik Iman memapah tubuh lemah Aliff ke dalam bilik tidur. Di baringkan tubuh anaknya dengan perlahan - lahan di atas katil.

"Tidur lah. Ayah keluar dulu."kata Encik Iman lalu dia melangkah keluar dari bilik tidur anaknya.

Sebaik sahaja Encik Iman keluar, Aliff membuka baju yang dipakainya. Terasa bahang di dalam bilik tidurnya itu walaupun penghawa dingin elok terpasang.

"Abang okey tak?"soal Nura yang baru masuk sambil menatang dulang yang berisi mangkuk, kain bersih serta gelas kosong.

Aliff hanya mendiamkan dirinya.

"Nak minum?"soal Nura lagi.

Namun keadaan masih sama. Nura mengeluh seketika. Dia mengambil mangkuk lalu di bawa masuk ke dalam bilik air.

Nura dengan linangan air mata terus sahaja mengelap tubuh suaminya dengan kain basah. Penuh berhati - hati dia mengelap tubuh suaminya. Aliff hanya memerhati, mahu mengangkat tangan juga tidak mampu. Segala urat sarafnya sakit - sakit.

"Abang tidur lah. Nura jaga abang."kata sang isteri dengan suara serak.

Aliff tanpa kata segera memejamkan matanya sebelum lena dibuai mimpi. Nura mengusap kepala suaminya perlahan - lahan.

"Semoga abang sihat seperti selalu. Nura sayang abang. Siapa pelakunya, Nura harap satu hari nanti mereka dapat balasan yang setimpal dengan perbuatan dorang."

"Sa...yang."panggil Aliff dengan suara serak. Tekaknya perit.

Nura masih lagi termenung sambil mengusap kepala suaminya.

"Sa...yang."panggilnya sekali lagi.

Nura yang seakan tersedar segera mengalihkan pandangannya, dia memandang ke arah suaminya dengan senyuman manis.

"Abang nak apa? Nak air?"soalnya.

Aliff mengangguk perlahan.

Nura segera menuang air ke dalam cawan, sebelum disua kan pada sang suami. Hanya dua teguk sahaja kemudian dia menolak.

Nura meletak semula cawan di atas meja.

"Sorry, for everything."ucapnya perlahan.

"No, it's not your fault. Semua ni dah tertulis."tutur sang isteri dengan lembut.

"Abang berdosa dengan sayang, ayah dengan mama papa lepastu anak - anak. Paling teruk abang tampar sayang dengan tangan abang sendiri. Allah berdosanya abang."rintihnya.

"Dah - dah. Jangan cakap apa - apa. Abang rest okey."



























.......
Tada.... Jumpa esok...

Esok kita tgok apa jadi dekat Nissa dengan mak dia...





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro