Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

Hampir dua hari berkampung di hospital, akhirnya Nura dapat balik ke rumah. Rindu pada anak - anak sangat menebal dalam hati. Suami? Tipulah kalau dia kata dia tak rindukan Aliff. Itu suaminya sudah semesti dia rindu.

Usai sahaja dia membayar bil hospital, dia terus mengambil grab dan pulang ke rumah Puan Maria. Dalam fikirannya penuh dengan suaminya sahaja. Kenapa suaminya berubah dingin dengannya.

"Puan."panggil pemandu teksi itu.

Nura hanya sepi melayan perasaan.

"Puan!"suaranya dikuatkan sedikit sambil tangannya ditepuk di hadapan muka Nura membuatkan wanita itu tersentak.

"Ya pakcik."

"Dah sampai."kata lelaki tua itu.

Nura memerhati sekeliling sebelum dia mengeluh. Dia berisghtifar dalam hati. Macam mana lah dia boleh termenung.

"Terima kasih pakcik. Berapa ya?"soal Nura. Dia mengeluarkan beg duitnya.

"RM20 je."Nura tersenyum nipis seraya mengeluarkan duit not 20.

"Ni pakcik. Terima kasih ya."kata Nura sebelum melangkah keluar dari perut kereta.

"Sama - sama."sebaik sahaja Nura menutup pintu kereta, pemandu kereta itu terus sahaja memandu kereta.

Nura tanpa melengahkan masa terus sahaja masuk ke dalam kawasan rumah ibu bapanya.

"Assalamualaikum."pintu diketuk tiga kali.

"Waalaikumussalam. Kejap."laung orang di dalam rumah.

Nura menanti dengan sabar. Sebaik sahaja pintu dibuka, Nura tersenyum manis.

"Ya Allah Nura. Kenapa balik tak bagitahu mama. Boleh mama suruh Aliff ambil kamu."kata Puan Maria, dia memeluk anaknya erat.

Mendengar sahaja nama Aliff membuatkan senyuman Nura mati.

"Abang ada sini ke ma?"soal Nura perlahan.

"Tak ada, dia kan kerja. Tapi setiap petang dia singgah jenguk budak - budak."kata Puan Maria tanpa mengetahui perkara sebenar.

Nura seakan terkelu. Dia mengukirkan senyuman pahit kepada ibunya.

"Ma, apa buat dekat luar tu lama - lama. Masuk lah."kata Emylia yang baru muncul dari belakang.

"Haah lah. Lupa pula mama. Mari masuk kami semua baru nak makan tengah hari ni."kata Puan Maria. Dia menarik lengan Nura agar mengikutinya.

"Meh beg tu Nura, akak bawakan."Emylia terus sahaja mengambil beg baju milik adik iparnya itu.

"Mommy!"jerit Deniel dan Arfa. Mereka berlari mendapatkan Nura.

Nura tersenyum nipis, dia menahan air matanya dari mengalir. Dia melutut di hadapan anak - anaknya sebelum kedua tubuh itu dipeluk erat.

"Rindu mommy."

"Mommy pun rindu anak - anak mommy ni. Ada nakal - nakal tak dekat rumah nenek?"soal Nura.

Kedua beradik itu hanya menggeleng.

"Dah jom makan."Encik Nadim yang sudah duduk di meja makan itu segera mencelah.

Nura dan anak - anak segera ke meja makan.

......

Malam itu mereka sekeluarga bermalam di rumah keluarga Nura. Nura yang sedang menyusukan Arina itu seakan tidak senang duduk. Bunyi kuakan pintu bilik membuatkan dia gementar. Terasa berpeluh dahinya walaupun air cond sudah dibuka.

Aliff hanya menghiraukan Nura yang duduk di tepi katil itu. Dia mengambil bantal lalu diletakkan di sebelah Deniel.

"Abang."panggil Nura takut - takut.

"Aku nak tidur."dingin sahaja nada suara Aliff.

Nura menggigit bibirnya.

"Abang tidur atas lah. Biar Nura tidur bawah dengan anak - anak."kata wanita itu perlahan.

"Kau tidur je lah atas tu diam - diam."

Nura mengeluh seketika.

"Esok badan abang sakit pula. Tak apa abang tidur je atas biar Nura dengan anak - anak dekat bawah."pujuk Nura.

"Kau tak faham ke aku cakap apa? Kau tidur je lah atas tu! Jangan nak bagi aku angin Nura!"marah Aliff.

Bengang pula Aliff dibuatnya. Dia kembali memejamkan matanya.

Arina yang bergerak akibat suara Aliff itu segera di tepuk perlahan. Air mata diseka perlahan. Dia bangun dari katil Aliff yang tidur itu dihampiri perlahan - lahan. Dia duduk di sisi Aliff.

Takut - takut dia ingin menyentuh rambut suaminya itu. Makin deras air mata yang mengalir.

"Ab...bang Nu...ra t...tak ta...hu a...apa sa...lah Nu...ra de...kat ab...bang. Nu...ra t...tak per...nah cu...rang den...gan ab...bang. Nu...ra ma...sih ta...hu ba...tas Nu...ra seb...bagai se...orang ist...teri."teresak - esak dia menangis.

"Nu...ra sa...yang ab...bang san...gat - san...gat."tangisnya.

Aliff yang tidur itu merasa bingit saat dengar suara orang sedang bercakap sambil menangis. Dia membuka matanya lalu terpampanglah wajah lenjun Nura dengan air mata itu.

"Apa kau buat ni?"soalnya dingin.

Nura terkejut lalu dia menjauhi suaminya.

"T...tak a...ada a...pa - a...pa."air mata diseka laju dengan hujung baju.

Aliff bingkas bangun. Darahnya naik, pantang baginya jika orang menipu.

Dihampiri sang isteri yang berdiri agak jauh darinya.

"Kau cakap apa yang kau buat?"suaranya di celah gigi sahaja. Dia cuba mengawal suaranya agar tidak terlalu kuat.

"Sum...pah b...bang. Nu...ra t...tak bu...at a...pa p...pun."dia masih lagi menjauhi sang suami.

Terketar - ketar dibuatnya.

"Kau tahu aku tak suka orang main sumpah ni kan. Tambahan lagi, menipu. Aku memang pantang betul lah."marahnya.

Nura menunduk.

"Baik kau cakap betul - betul, apa yang kau buat tadi."dia berbisik di tepi telinga isterinya.

Nura menggeleng.

Aliff menghembus kasar nafasnya. Panas hatinya.

"Kalau kau tak buat apa - apa, kenapa kau melalak dekat tepi telinga aku. Kenapa! Kau tahu aku nak tidurkan."makin tinggi suaranya.

Terhinjut bahu Nura dibuatnya.

"Nu...ra cu...ma n...nak –"

"Nak apa!"sergahnya.

"Nak tengok abang. Nura rindu abang."laju dia menjawab.

Aliff tersenyum sinis. Dia menolak dagu isterinya ke atas.

"Kau rindu aku?"soalnya

Nura pantas mengangguk.

"Aku pun rindu kau. Tapi sebab kau dah menyundal belakang aku, aku jadi benci dengan kau. Kau tahu?"nadanya sinis sungguh.

"Nura tak curang bang."

"Jangan nak menipu lah perempuan"usai sahaja habis berkata, entah kenapa tangannya seakan ringan melayang di pipi sang isteri.

Pang

Kuat tamparan itu sehingga isterinya boleh terjatuh. Kuat tangisan Nura bergema di dalam bilik tidur itu. Arina yang tidur itu terus menangis sebaik sahaja terjaga dari lena.

"Kau pergi tidurkan anak tu. Aku nak tidur, aku tak nak dengar satu bunyi pun. Kau faham!"

Nura mengangguk pantas.

Dia segera bangun dan menuju ke arah Arina di atas katil. Tubuh si kecil itu ditepuk.

"Aku dah kata yang aku tak suka orang menipu.  Memang tu lah makan dia."marah Aliff sebelum berbaring di tempatnya. Matanya dipejam erat.

Entah kenapa dia rasa menyesal dengan perbuatannya tadi, tapi perasaan marah menyelubungi hatinya.

......

"Kenapa pipi tu?"soal Nuha sebaik sahaja kelibat Nura menyapa pandangannya.

"Tak ada apa - apa lah. Arfan semalam baling botol susu dekat Nura."dalihnya laju sahaja kakinya mahu melangkah memasuki ruangan dapur.

Nuha memandang pelik ke arah kakak kembarnya. Itu bukan kesan di baling botol. Tapi itu kesan di tampar.

"Aliff tampar ke?"soalnya lagi.

Soalan itu membuatkan langkah Nura terhenti. Tapi dia terus menuju ke dapur untuk membasuh botol susu anaknya.

"Answer me, Nura Medina."paksa Nuha.

"Tak lah."Nura tertinggikan suaranya. Seketika kemudian, dia menekup mulutnya. Sedar akan keterlanjurannya.

"Sorry Nuha. Nura tak sengaja, Nura nak cepat ni. Nak balik rumah, sebab Aliff nak kerja."dia terus menuju ke singki.

Kelibat Aliff di ruang tamu yang sedang mendukung Arfan sangat menakutkan. Nuha pula seakan terkejut dengan Nura yang tetiba meninggikan suaranya.

"Apa yang bising - bising ni?"soal Puan Maria yang baru masuk ke dalam rumah.

"Tak ada apa lah ma. Kami nak balik dah ni."kata Aliff.

"Awalnya nak balik. Makan tengah hari dulu lah."kata Encik Nadim pula.

"Tak apa lah ma. Lagipun bibik dah siap masak dekat rumah tu."tutur Aliff.

"Habistu Nura, anak - anak?"soal Puan Maria.

Nura yang sedang memasukkan botol susu anaknya ke dalam beg itu segera mengangkat wajah tapi dia masih cuba melindungi kesan merah di pipi.

"Nura kena balik ma. Deniel kan sekolah, abang pun kerja."ujarnya.

"Hmm tak apa lah kalau macam tu."pasrah saja suara Puan Maria.

"Emy  ada, Nuha dengan keluarga dia ada, Nura sekeluarga pula tak ada. Muiz pun takde sebab outstation."sedih je suaranya.

Marvin jarang balik kerana sedang sibuk dengan peperiksaan akhir.

"Ma, jangan sedih. Dua minggu lagikan Marvin balik sebab cuti sem, nanti kita gathering ramai - ramai okey."pujuk Nuha. Dia memeluk bahu ibunya itu.

"Hmm."

"Ma kami balik dulu. Nak singgah beli barang dapur sikit."Aliff segera mencelah. Dia terus menyalami tangan kedua ibu bapa mertuanya.

Nura tanpa kata terus sahaja bersalaman dengan ibu bapanya serta yang lain. Kali ini dia tidak mencium pipi seperti selalu kerana takut.

.....

Sampai sahaja di rumah, Aliff menukar kereta dan meninggalkan Nura dan anak - anak. Dia sudah berjanji mahu berjumpa dengan Anissa di restoran. Gadis itu kata ada benda yang mahu diberitahu.

"Apa yang Nissa nak bagitahu dekat abang?"soal Aliff sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di kerusi.

"Nura masuk wad kan bang?"soal Anissa.

Aliff mengerutkan dahinya. Rasanya dia tak ada bagitahu sesiapa. Tapi macam mana gadis ini tahu.

"Macam mana Nissa tahu?"soalnya pelik.

"Kawan Nissa nampak dia, ada sorang laki ni bawa dia pergi hospital."tutur Anissa selamba.

"Apa?"soalnya tidak percaya.

"Ya. Kawan serumah Nissa nampak dia dengan lelaki tu masuk dalam bangunan hospital. Kawan Nissa time tu nak pergi jenguk kawan dia yang masuk wad dekat situ jugak."cerita Anissa.

"Mana Nissa tahu?"

"Dah dia kawan serumah Nissa. So, dia lah yang cerita dekat Nissa. Kesian abangkan dapat isteri yang perangai tak semenggah. Betul lah apa yang mak cakap tu pasal wife abang."dia berpeluk tubuh.

Berkerut dahi Aliff.

"Apa yang mak su cakap?"

"Isteri abang tu tak ikhlas dengan abang. Dia nak harta je."

Rahang Aliff bergerak - gerak. Api kemarahan membuak - buak.

"Relaks bang. Ni air abang, minumlah."pelawa gadis itu.

Aliff tanpa kata terus sahaja minum kopi ais miliknya.

Dalam diam Anissa mengukir senyuman sinis tanpa disedari oleh Aliff.

"Aku benci kau Nura."katanya penuh dendam.

"Abang nak buat apa dengan perempuan tu?"

"Abang nak seksa dia macam mana dia seksa abang."

"Maksud abang?"

"Anissa, jadi girlfriend abang."putusnya.

"Serius bang."katanya seakan tak percaya.

"Yurp."

"Hmm baik."kata gadis itu dengan senyuman tak lekang di bibirnya.

'Akhirnya kau jatuh juga dalam perangkap aku.'getus hatinya.

Dan tanpa sesiapa sedari, ada seseorang yang sedang merekod segalanya.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro