Bab 9
SETELAH dua hari bercuti sakit, Maysara kembali berkerja. Demam dah kebah cuma batuk sikit-sikit aje. Penangan ubat paling kuat dan mujarab dia mintak dekat pharmacist hari tu. Nah, tiga hari aje dah kebah demam. Macam biasa, Maysara bersiap-siap. Tudung favourite kalau pergi kerja, tudung sarung hitam macam mak cik-mak cik. Nak atau tak nak, dia terpaksa akui tudung sarung lah yang paling selesa sekali nak pakai. Tak payah pakai pin, tak payah belit-belit sampai nak tercekik batang leher.
"Betul ni dah kebah demam?" soal Puan Sri Zurina bila Maysara muncul di tingkat bawah. Maysara angguk kepala.
"Dah, mummy. Sara dah sihat!"
"Hmmm tak nak breakfast dulu?"
Maysara geleng.
"Sara breakfast dekat airport aje nanti. Pagi-pagi ni selalu jalan jammed, Sara tak nak lewat." Balas Maysara sambil menyarung kasut bertutup di kaki. Puan Sri Zurina memeluk tubuh memandang si anak gadis. Melihatkan penampilan Maysara, Puan Sri Zurina hela nafas. Kalau orang cakap si Maysara ni anak kepada seorang pemilik syarikat penerbangan, mesti orang takkan percaya. Tengok lah dressing dia. Selekeh.
Tapi kalau dia asyik bersungut pasal dressing Maysara, laju aje anak gadis dia menjawab.
"Yang penting tutup aurat, mummy."
Hmmm. Nasib sayang anak. Ikutkan aje lah mana yang betul.
"Mummy, Sara pergi dulu. Kesian Pak cik Mael tunggu dari tadi." Maysara hulur tangan. Belakang tangan Puan Sri Zurina dicium lembut sebelum dia berlari anak menuju ke arah Toyota Vellfire putih yang dah menanti dia. Siap masuk dalam kereta, Pak cik Mael selaku driver keluarganya mula memandu keluar.
*****
Setiap pagi, Pak cik Mael akan menghantarnya sehingga ke perhentian bas tidak jauh dari Alba Height. Disebabkan security perumahan Alba Height agak ketat, jadi pemandu grab tidak dibenarkan masuk. Maka terpaksa lah dia menyuruh Pak cik Mael menghantarnya sehingga ke perhentian bas dan selepas itu dia akan menaiki grab ke KLIA yang mengambil masa lebih kurang tiga puluh minit. Lagipun, payah la nak jumpa penduduk di taman perumahan Alba Height guna khidmat grab. Kalau ada pun, mungkin cuma dia sahaja.
"Terima kasih, Pak cik Mael hantarkan Sara. Bawak kereta elok-elok tau." Ujar Maysara bila Toyota Vellfire yang dipandu Pak cik Mael berhenti di bahu jalan. Pak cik Mael angguk kepala.
"Cik Sara baru baik dari demam, tak nak pak cik hantarkan sampai KLIA ke?"
"Eh, tak payah. Nanti kalau orang nampak, habis satu airport asyik bergosip pasal Sara. Tukang cuci datang naik Vellfire. Berita panas tu Pak cik Mael!" Maysara gelak lepas disambut oleh driver keluarganya itu. Maysara tutup pintu kereta lalu memandang pacuan empat roda itu beredar pergi. Aplikasi grab dibuka.
Macam biasa lah, order grab untuk ke KLIA. Rasanya dia adalah regular customer kalau guna servis grab ni. Sepatutnya CEO grab kena kasi dia diskaun sebab boleh dikatakan tiap-tiap hari melabur duit naik grab. Huhu.
*****
MAYSARA memasuki pantri sambil memegang plastik berisi dua bungkus nasi lemak dan sebungkus teh ais. Pagi-pagi dah minum ais. Bagus lah, Maysara. Kau baru aje kebah demam!
"Eh, Kak Sara! Demam dah baik ke?" Ayu terperanjat kecil bila Maysara muncul di pantri. Maysara sengih.
"Dah baik dah. Jangan risau, hari ni Kak Sara dah tak pengsan lagi." Balas Maysara.
"Betul ni dah betul-betul sihat?"
"Hundred percent! Ayu tak payah la risau sangat. Kalau Kak Sara pengsan lagi, Kak Sara yang malu tau. Tapi kalau ada pilot handsome tolong sambutkan macam hari tu, best jugak kan?" menyeringai Maysara tayang gigi. Ayu gelak.
"Eei, kantoi yang Kak Sara suka Kapten Ben jadi tukang sambut hari tu. Nak bagitahu Kak Ani lah macam ni. Kalau kita orang tahu, awal-awal lagi kita orang biarkan aje Kak Sara dengan Kapten Ben masa tu." Balas Ayu.
Masyara dah gelak berdekah.
"Hesy, gurau aje lah. Gila ke apa? Encik pilot tu sombong kut. Reject la buat calon suami. Tak hingin pun!" Maysara tayang muka tak suka. Ayu dah pincingkan mata.
"Eleh tak hingin konon. Silap hari bulan, Kapten Ben jodoh Kak Sara!"
"Kak Sara harap hari bulan tu tak silap lah. Lagipun, takkan lah Kapten Ben tu nak pandang tukang cuci macam kita ni, Ayu? Ayu takpe lah masih muda belia. Cantik, manis. Bergetah lagi. Kak Sara ni? Umur dah lanjut kata orang. Siapa nak pandang?" lirih aje balasan Maysara. Ayu ketuk tangan Maysara atas meja dengan sudu bersih.
"Aww Ayu!"
"Tak payah nak berdrama sangat lah Kak Sara. Ingat Ayu tak tahu ke ada aje staff-staff KLIA ni asyik jeling Kak Sara? Ingat Ayu tak tahu ke dah berapa banyak surat cinta yang Kak Sara dapat dari anonymous, secret admirer? Tapi Kak Sara tu yang jual mahal." Terjuih-juih bibir Ayu. Maysara sengih.
"Bukan jual mahal. Cuma tak ready lagi lah nak ada hubungan yang serius. Kak Sara lebih suka hidup single macam ni. Tak payah susah-susah jaga hati orang dan Kak Sara bebas buat apa aje yang Kak Sara nak tanpa ada yang kongkong. Ayu pula kalau ada lelaki ajak bercinta, tinggalkan aje. Melainkan kalau dia tunjuk effort nak bawak hubungan tu ke arah yang lebih jauh. Zaman sekarang ni, Ayu... lelaki tak boleh dipercayai sangat even though pakai serban sebesar raga atas kepala. Tak handsome takpe, Ayu. Janji tahu hukum agama dan boleh jaga kita dan keluarga kita. Done tazkirah dhuha daripada Ustazah Maysara." Panjang lebar Maysara bertazkirah pagi itu. Ayu tepuk tangan.
"Motivated betul lah Kak Sara ni. Untung tau Ayu dapat kenal Kak Sara!"
"Hehe, Kak Sara share apa yang Kak Sara rasa perlu. Cuba tengok betapa ramainya kawan-kawan sebaya Ayu yang bercinta bagai nak rak tanpa ada tujuan. Cuma seronok-seronok aje. Bazir masa, bazir data internet. Lagi teruk jaga jodoh orang. Better fokus masa depan aje, Ayu. Siapa lagi nak tolong diri kita sendiri kalau bukan kita? Betul tak?"
Terangguk-angguk kepala Ayu.
"Terima kasih Kak Sara sebab selalu kasi kata-kata motivasi dekat Ayu. Ayu hargai sangat-sangat tau." Luah Ayu sedikit terharu. Dari awal-awal dia kenal dengan Maysara, gadis yang dia sudah anggap kakak ni selalu kasi positive vibe dekat dia. Tiap hari ada aje 'tazkirah' ringkas yang Maysara kongsikan dengannya. Gadis berusia 28 tahun ini begitu matang. Beauty with brain kata orang.
"Dah, tak payah nak touching-touching sangat. Makan nasi lemak tu cepat, kang nak kena buat kerja." Maysara menghalau suasana syahdu itu pergi. Ayu sengih lalu kembali menyuap makanan ke dalam mulut. Sesekali dia jeling Maysara di hadapan. Kenapa dia rasakan Maysara ada sembunyikan sesuatu daripadanya?
Tapi apa?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro