Bab 8
MAYSARA bersiap ringkas. Seluar slack hitam straight cut dipadankan dengan blouse berwarna putih. Tudung bawal berwarna pink elok terletak di atas kepalanya. Agak lama berdiri di hadapan cermin, Maysara capai sling bag di atas katil. Oh, tak lupa juga mask yang menutup separuh wajahnya. Dia masih belum seratus peratus kebah dari demam dan dia tak mahu pula nanti virus demamnya berjangkit dekat orang lain.
Turun ke tingkat bawah, Tan Sri Malek dan Puan Sri Zurina masih ada di ruang tamu.
"Mummy, daddy. Sara pergi dulu ya?" menonong Maysara bergerak ke arah rak kasut. Sandal ditarik keluar.
"Demam tu belum kebah lagi, Sara. Nak pergi mana pulak?" soal Puan Sri Zurina.
"Nak pergi butik Kak Rissa. Dah lama tak bergosip dengan dia." Jawab Maysara menyarung sandal di kaki. Puan Sri Zurina pandang Tan Sri Malek lalu menggelengkan kepalanya. Serabutnya dia bila memikirkan anak dara yang seorang itu. Degil, keras kepala dan suka buat keputusan sendiri. Tan Sri Malek jongket bahu. No komen. Dia pun tak tahu Maysara mewarisi perangai siapa.
"Anak awak..."
Itu lah, itu! Kalau perangai tak semenggah sikit, anak awak. Puan Sri Zurina merengus.
"Jangan balik lewat sangat, Maysara." Pesan Puan Sri Zurina.
"Aip aip mummy!"
"Kirim salam dekat kakak kamu tu. Cakap dekat dia kalau free balik lah jenguk mummy kat rumah."
"Iya, tahu lah. Sara pergi dulu, assalamualaikum!"
Salam itu dijawab Tan Sri Malek dan Puan Sri Zurina perlahan. Maysara tekan alat kawalan jauh di tangan. BMW M850i miliknya itu dihampiri. Jarang sangat dia nak pandu kereta mewah ni. Pergi kerja pun dia lebih suka guna khidmat grab. Yalah, takkan dia nak pandu BMW M850i tu pergi airport? Mahu terjojol karang biji mata staff-staff kalau nampak tukang cuci macam dia datang kerja pandu BMW.
"How I miss you sweetie. Hari ni I bawak you jalan-jalan okey?" Maysara cium stereng kereta lalu diketuk perlahan. Boleh nampak tak betapa lamanya dia tak pandu keretanya ini? Pagi-pagi, Pak cik Mael selaku driver keluarganya lah yang akan tolong panaskan enjin kereta. Takut semput pulak nanti baby dia ni.
Usai membaca doa naik kenderaan, perlahan-lahan kereta mewah itu berundur meninggalkan perkarangan rumah agam itu. Jarak ke Marissa Bridal House mengambil masa lebih kurang setengah jam. Jauh jugak lah dari rumahnya. Nak kena hadap traffic jammed lagi... Rindu kakak punya pasal, traffic jammed pun sanggup ku redahi kononnya.
Hampir satu jam memandu, kereta mewah itu terpakir betul-betul di hadapan butik. Tadi sempat la dia singgah Secret Recipe. Itu yang dekat satu jam baru sampai dekat butik. Kotak kek dicapai lalu dia melangkah masuk ke dalam premis tersebut. Terpegun seketika Maysara dibuatnya bila matanya terpandang gaun-gaun yang terletak elok pada tubuh patung-patung di situ. Sumpah cantik gila. Elegent. Nanti kalau dia kahwin, memang dia tak cari butik lain dah. Kakak sendiri tukang design baju nanti. Indahnya hidup!
"Puan Marissa ada?" Maysara menyoal gadis yang berdiri di kaunter pembayaran.
"Ada. Nak saya panggilkan ke?" gadis remaja itu membalas mesra. Laju Maysara menggeleng sambil tersenyum walaupun senyumannya itu tak mampu dilihat kerana ditutupi oleh mask.
"Eh, takpe. Saya adik dia. Terima kasih ya?"
"Sama-sama."
Maysara berlalu ke arah pejabat Marissa. Pintu diketuk sekali sebelum dia memulas tombol. Terus bebola matanya terarah kepada Marissa yang sedang melakar sesuatu di atas sketchbook. Nampak serius betul.
"Knock knock can I come in?" soal Maysara sambil bersandar pada bingkai pintu. Marissa angkat kepala.
"Knock knock yes come in, Maysara Malek. Tolong tutup pintu." Jawab Marissa. Pensil yang dipegangnya tadi dilepaskan. Matanya menyoroti langkah si adik menuju ke arah meja kopi lalu diletakkan sekotak kek Secret Recipe.
"Wau, bawak kek." Bersinar-sinar mata Marissa. Laju sahaja dia bawa langkah ke arah meja kopi yang terletak di tengah-tengah ruang. Punggung dihenyak pada sofa sambil tangan membuka kotak kek. Lihat sahaja sebiji kek itu, pantas Marissa pandang Maysara.
"Oemgee. Sara macam tahu-tahu aje kan yang Kak Risa memang craving nak makan Yogurt Cheese ni." Marissa jilat bibir bawah. Ya Allah, dari malam tadi lagi dia teringin nak makan kek ni sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Tadi sebelum dia datang butik, dia ada singgah dekat Secret Recipe. Tak masih awal lagi, jadi belum buka. Niatnya lepas balik kerja nanti dia nak pergi beli tapi rezeki memang datang bergolek bila Maysara belikan kek yang dia idamkan itu.
Maysara sengih dulu.
"Itu tandanya Sara seorang adik yang memahami kakaknya." Maysara masuk bakul angkat sendiri. Marissa sengih sebelum dia melaung memanggil pembantunya. Tak sampai seminit, kepala Miza dah terjengul di sebalik pintu.
"Tolong ambilkan dua biji pinggan dekat pantri sekali dengan sudu ya."
"Okey, Puan Rissa."
"Thank you!"
Maysara berjalan ke arah meja kerja Marissa. Lakaran gaun pengantin yang baru separuh siap itu ditenung lama. Cantik. Nanti kalau dah jahit nanti mesti lagi cantik. Payah la nak nampak gaun rekaan Marissa tak cantik.
"Design baru ke Kak Rissa?" Maysara menyoal.
"Klien request. Kak Rissa tolong lakar aje untuk dia pilih nanti." Jawab Marissa. Dia masih menghadap sebiji kek yang dibawa Maysara itu. Sungguh dia terliur sekarang ni. Rasa nak ditelan sebiji kek tu terus.
"Mesti klien ni orang atasan kan, Kak Rissa?"
"Anak menteri."
"Patut lah!"
Miza muncul dengan dua biji pinggan kaca seperti yang diminta Marissa tadi. Laju dan penuh cermat Marissa memotong kek tersebut lalu diletakkan di atas pinggan. Lima slice.
"Nah, makan sekali Fifi dengan Thia." Marissa hulur sebiji pinggan itu kepada Miza. Melebar senyuman Miza bila Marissa hulur kek tersebut. Rezeki oi!
"Terima kasih Puan Rissa."
"Iya, sama-sama. Makan jangan sampai lupa customer kat luar tu tau!"
"Hehe. Baik, bos!"
Pintu pejabat ditutup. Maysara kembali duduk di atas sofa sambil memandang Marissa yang sedang menyuap kek ke dalam mulut. Berselera betul.
"Kak Rissa dah macam orang kebulur aje Sara tengok. Tadi tak lunch ke?" soal Maysara dengan dahi yang berlapis-lapis.
"Tadi lunch tak makan kek." Selamba Marissa menjawab.
"Kut ye pun makan lah slow-slow. Tersedak kang."
"Dari malam tadi lagi tau Kak Rissa mengidam kek ni. Tak sangka pulak Sara tolong belikan. Love you!"
Bibir Maysara dah terjuih. Bawak kek baru nak berlove you bagai!
"Mengidam? Kak Rissa pregnant eh?" tebak Maysara. Marissa berhenti menyuap potongan kek ke dalam mulut. Dia tersengih-sengih dulu.
"Kak Rissa... serius lah? Are you pregnant?" soal Maysara. Kalau betul lah Marissa sedang berbadan dua, dia lah manusia yang paling teruja kerana bakal menimang anak saudara sulung tak lama lagi. Marissa dah dua tahun kahwin tapi masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata. Tapi mungkin tahun ni rezekinya?
Marissa lap mulut dengan tisu.
"Kak Rissa baru nak buat surprise hujung minggu ni. Tapi Sara dah boleh agak. Bencinya!" Marissa jeling manja. Maysara terjerit kecil lalu berlari mengambil ruang kosong di sebelah kakaknya itu. Tubuh Marissa dipeluk dari tepi.
"Betul ke ni Kak Rissa? Tak tipu kan?"
"Dah tujuh minggu, Maysara."
"Oemgee. Tahniah Kak Rissa! Sara tak sabar nak tengok baby!"
"Jangan over. Lambat lagi lah. Kurang lapan bulan lagi baru baby keluar. Sekarang ni masih awal, sebab tu Kak Rissa malas nak expose sangat. Tapi actually, Kak Rissa baru plan nak bagitahu semua hujung minggu ni. Family mertua Kak Rissa pun tak tahu lagi tau. Saja Kak Rissa dengan Abang Hadif nak rahsiakan dulu. You know, surprise. Eh, dah lepaskan Kak Rissa. Sara dah la tengah demam, kang berjangkit pulak." Marissa sambung makan. Maysara lepaskan pelukan. Senyuman masih belum lekang dari bibirnya.
"Hehe. Sara happy sangat-sangat Kak Rissa!"
Marissa jeling.
"Yes, you should Maysara. Tapi please jangan bagitahu mummy dengan daddy dulu. Surprise tetap surprise hujung minggu ni. You better zip your mouth." Larang Marissa. Terangguk-angguk kepala Maysara mendengarnya.
"Eei, sumpah tak sabar. Rasanya Sara dah boleh fikir nak letak nama apa dekat baby Kak Rissa nanti."
Marissa tolak perlahan kepala Maysara dengan hujung jari telunjuk.
"Dia pulak yang over. Tu anak Kak Rissa, biar Kak Rissa dengan Abang Hadif yang fikir nak letak nama apa. Kalau nak letak jugak nama baby nanti, pergi kahwin. Sara tu umur dah nak dekat lanjut." Tutur Marissa. Giliran Maysara pulak jeling. Eei, rasa nak tarik-tarik aje tudung preggy mummy ni.
"Excuse me, umur 28 masih normal okey!"
"Takkan nak tunggu umur masuk 30 tahun baru terhegeh-hegeh nak cari calon, Maysara?"
Maysara mencebik.
"Biarlah. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?" Maysara meniru skrip iklan panadol yang dia lihat di kaca televisyen. Marissa jeling Maysara yang tayang muka tak berperasaan.
"Mummy dengan daddy yang sakit kepala dengan perangai Sara tahu tak?"
Maysara jelir lidah. Werk, tak kesah!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro