Bab 7
GARA-gara demam, lepas subuh Maysara sambung tidur balik. Pukul sepuluh pagi baru dia terjaga itu pun sebab dengar bunyi alarm dari telefon bimbitnya. Kalau tak, mungkin masuk tengahari pun dia masih berselubung bawah comforter. Usai membersihkan diri, Maysara turun ke tingkat bawah.
"Mummy..." sapa Maysara sambil menarik kerusi di meja makan. Tudung saji dibukanya. Makaroni goreng masih berbaki di dalam mangkuk. Tak menunggu lama, laju sahaja dia mencedok ke atas pinggan. Dia lapar. Dah la skip breakfast tadi.
"Eh, mummy ingat Sara kerja hari ni. Itu yang mummy tak kejutkan Sara bangun." Puan Sri Zurina menghampiri meja makan. Pelik dia bila Maysara tiba-tiba menyapanya yang sedang bertukang bersama pembantu rumah di dapur untuk makan tengahari.
"Sara demam sikit. Tapi hari ni dah rasa macam okey dah." Balas Maysara. Tangan Puan Sri Zurina dah naik melekap di dahi Maysara.
"Panas ni, Sara."
"Panas sikit aje mummy. Lepas makan ubat kang okey la tu. Don't worry." Maysara senyum nipis. Puan Sri Zurina geleng kepala.
"Kerja lagi jadi tukang cuci dekat airport tu. Kan dah demam!" rengus Puan Sri Zurina.
"Mummy... please? Sara demam takde kena mengena dengan kerja dekat airport tu. Sara demam sebab hari tu Sara terkena hujan. Mummy macam tak tahu pulak yang Sara boleh cepat demam kalau terkena hujan. Walaupun orang cakap demam takde kena mengena dengan hujan, tapi itu lah hakikatnya. Sara memang tak ngam dengan air hujan. My antibody is not strong enough." Balas Maysara lalu menyumbat sesudu makaroni bakar ke dalam mulut. Walaupun makaroni dah sejuk, tapi telan lah jugak. Malas nak panaskan dalam microwave.
Puan Sri Zurina jeling.
"Dah pergi klinik ke belum? Kalau belum, pergi bersiap. Mummy bawak pergi klinik." Ajak Puan Sri Zurina. Maysara geleng.
"It's okay mummy. Semalam lepas balik kerja Sara singgah beli ubat dekat farmasi. Kalau demam Sara tak kebah-kebah jugak, baru Sara pergi klinik okey? Alah, mummy tak payah nak risau sangat lah. Sara kan kuat!" Maysara sengih.
"Kalau Sara kuat, Sara tak demam okey!"
"Peace, mummy!"
Puan Sri Zurina hela nafas.
"Tengahari ni nak makan apa? Mummy masakkan." Soal Puan Sri Zurina. Maysara diam sejenak, berfikir.
"Sara rasa... Sara nak makan asam pedas ikan pari. Boleh tak mummy?"
"Hmmm, boleh aje. Nasib baik semalam mummy ada beli ikan pari dekat pasar. Kalau tak, tak merasa lah Sara asam pedas ikan pari hari ni." Puan Sri Zurina dah melenggang masuk ke ruang dapur basah. Pintu peti ais dibuka lalu dibawa keluar bekas berisi ikan pari yang sudah dicuci.
"Itu lah yang dinamakan rezeki Allah, mummy." Laung Maysara dari meja makan.
"Yelah!"
"Mummy, daddy dekat ofis eh?"
"Yelah, mana lagi dia nak pergi?"
"Daddy balik makan tengahari dekat rumah tak?"
"Balik rasanya. Tadi daddy ada call cakap nak balik."
"Great! Mummy, Kak Rissa macam mana? Dia tak balik sini ke?"
Puan Sri Zurina tiba-tiba muncul dengan segelas susu. Diletaknya gelas tinggi tersebut di atas meja.
"Tak tahu lah. Cuba Sara call kakak tu. Dia sibuk dengan butik kut. Sekarang ni kan musim orang kahwin." Jawab Puan Sri Zurina. Anak sulungnya, Marissa merupakan seorang pemilik butik pengantin. Dah hampir lima tahun berkecimpung dalam dunia bisnes tu. Alhamdulillah, semakin hari semakin maju. Dah boleh berdiri setanding dengan butik international dah.
Marissa memang pandai mereka baju pengantin. Suaminya pula, Hadif kini membantu Tan Sri Malek menguruskan M-Sky Airlines. Mungkin nanti bila Maysara dah bersedia untuk menjadi sebahagian daripada M-Sky Airlines, Hadif akan kembali menguruskan butik bersama Marissa. Di Malaysia sahaja, sudah ada hampir lima cawangan butik pengantin milik Marissa. Insya-Allah akan bertambah cawangannya nanti.
Marissa Bridal House. Itu namanya dan dikenali setiap golongan bermula dari golongan bangsawan sehingga lah rakyat marhaen.
"Okey. Kejap lagi Sara call dia. Rindu nak bergosip dengan Kak Rissa."
*****
PINTU sebuah kafe ditolaknya dari luar. Benjamin melangkah masuk lalu terus sahaja menghampiri kaunter pelayan.
"Maligayang pagdating sa Ferreros Cafe. Anong gusto mo? (Selamat datang ke Ferreros Cafe. Apa yang awak mahu?)" soal pelayan wanita yang memakai apron berwarna merah. Terpampang logo Ferreros Cafe di situ. Ferreros Cafe adalah sebuah kafe yang terkenal di kota Cebu, Filipina. Servisnya ala-ala kafe Starbuck.
"One cup of Caramel Macchiato. Add on raspberry syrup." Pesan Benjamin tak menunggu lama. Jika dia ke Cebu, memang dia takkan miss untuk singgah ke kafe ini. Ferreros Cafe boleh dikatakan port kegemaran disebabkan minuman yang dijual di sini sangat sedap dan menepati seleranya. Dan paling utama sekali, halal. Kalau di Malaysia, dia lebih gemarkan minuman di Starbuck. Rasanya, pekerja-pekerja lama di kafe ini sudah mengenali dirinya.
"That's all sir?"
"Yes."
"Your order will be delivered in five minutes."
Benjamin angguk kepala. Dia menghampiri meja yang terletak betul-betul di tepi cermin. Punggung dihenyak di situ lalu dia duduk menyilang kaki. Pandangan dilemparkan ke luar cermin memandang kenderaan yang berpusu-pusu di atas jalan raya. Sibuk. Seketika Benjamin tersentak bila pelayan memghampiri mejanya dengan minuman Caremel Macchiato yang dipesannya tadi.
"Salamat! (Terima kasih)" ucap Benjamin dengan seulas senyuman. Pelayan wanita itu mengangguk kepala.
"Walang anuman. (Sama-sama) Enjoy your drink, sir."
Benjamin angguk kepala. Perlahan-lahan cawan minuman itu dibawa ke mulut lalu disisip perlahan. Sedap!
Telefon bimbit di atas meja dicapai. Seperti biasa, update di Twitter. Berbanding instagram, Benjamin lebih gemar bersosial di laman Twitter. Kerana baginya Twitter agak private. Dia bebas update apa sahaja di situ. Bukan dia tak main instagram, tapi jarang. Gambar pun sebulan sekali baru post.
Dia mengambil gambar cawan yang masih penuh dengan Caramel Macchiato itu.
One cup of Caramel Macchiato in Cebu, Philippines. Good morning!
Tweet!
Benjamin menyandarkan tubuh. Hari ni dia rasa malas nak berjalan-jalan di sekitar bandaraya Cebu. Banyak kali juga dia ke sini dan rasanya semua tempat sudah dijejakinya. Dia akan berada di sini pun untuk dua hari. Lusa dia akan terbang pulang ke Malaysia kembali. Nak cari jodoh orang sini, tapi awal-awal lagi Puan Maria dah melarang.
Mae nak menantu melayu original.
Au mae!
"Ben!"
Terus Benjamin angkat kepala. Zetty dah tersenyum-senyum menarik kerusi kosong di hadapannya. Benjamin tak beriak. Rezeki Zetty mungkin dapat terbang sekali ke Cebu bersamanya. Dan dia? Rimas!
"You minum apa tu? Nampak sedap aje." Soal Zetty menjuihkan bibir ke arah cawan minuman lelaki itu.
"Caramel Macchiato."
"I guess it's your favourite. Dekat starbuck pun you selalu order air ni."
"Hmmm..."
"Ben, teman I jalan-jalan hari ni? Ini kali kedua tau I datang Cebu dan I belum sempat nak tour satu Cebu ni. Please, Ben? You jadi tour guide I since you dah familiar dengan tempat ni. Macam mana?" Zetty menongkat dagu. Matanya galak memandang Benjamin di hadapan. Haih, handsome betul. Bertuah badan kalau dapat si pilot captain ni.
Benjamin geleng pantas.
"I'm not in mood. I nak rehat for these two days sebelum fly balik Malaysia. Sorry." Tolak Benjamin. Dia baru aje plan tak nak pusing-pusing satu Cebu tapi alih-alih si Zetty ni ajak teman pulak.
Zetty dah tarik muncung sedepa.
"Alah, Ben."
"You can ask Ramesh. Dia pun familiar dengan tempat ni." Usul Benjamin. Ramesh yang berbangsa India itu adalah first officer yang terbang bersamanya ke Cebu. Filipina. Kerap juga dia dan Ramesh terbang bersama ke sini.
"Tapi I nak you, Ben."
"Sorry. I'm not available."
"Kalau dengan I, memanjang aje you tak boleh kan? Bila aje boleh? Penat la asyik terkejar-kejarkan you ni." Zetty merengus lalu memeluk tubuh. Benjamin jongket sebelah kening. Tak suruh kejar pun! Try hard sangat dah kenapa?
"I nak balik hotel."
"Ben! Benjamin!"
Menonong Benjamin melangkah keluar dari Ferreros Cafe sambil sebelah tangan memegang secawan Caramel Macchiato. Zetty laju sahaja mengejar dari belakang. Jaket kulit Benjamin ditarik.
"Ben..."
"Hand off, Zetty."
Zetty lepaskan jaket kulit yang tersarung di tubuh tegap Benjamin. Wajah tak puas hati diatayang.
"Bukan berat sangat pun permintaan I. Bawa I jalan-jalan dekat-dekat sini aje pun. Itu pun you tak boleh nak tunaikan ke?"
"Tak boleh."
"Ben! Why you kejam sangat dengan I? Why Benjamin?!"
Benjamin hela nafas. Alaaa, penat la nak melayan perangai macam ni.
"Look, Zetty. I penat dan I memang takde mood nak jalan-jalan. Boleh tak you faham I? Lagipun ramai lagi orang yang you boleh minta tolong. Ramesh, Danny, Yan and the other cabin crew yang lain kan ada. You ajak lah dia orang." Rengus Benjamin, geram. Zetty gigit bibir bawah.
"Tapi I nak you..."
"I'm not available. Sorry and have a nice day, Zetty." Benjamin sambung langkah. Jeritan Zetty yang dah melaung memanggil dia beberapa kali tidak diendahkan. Hotel bertaraf empat bintang yang terletak tidak jauh dari kafe pantas dihampirinya. Dia tak sabar-sabar nak baring atas katil dan tidur.
Dua hari di Cebu, Filipina akan dia habiskan dengan berada di dalam bilik sahaja.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro