Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

"GOOD morning mae," pipi Puan Maria dicium sekilas sebelum dia menarik kerusi kayu. Punggung dilabuhkan di situ.

    "Good morning, Ben." Balas Puan Maria. Tangan menuang perlahan teh panas ke dalam cawan kecil. Berkepul-kepul asap nipis keluar. Benjamin capai sekeping roti yang sudah dibakar. Usai membaca bismillah, hujung roti digigitnya perlahan.

   "Hari ni flight ke mana?" soal Puan Maria, mengambil duduk di hadapan anak lelakinya itu.

   "Bali."

Puan Maria angguk kepala, mengerti. Suka atau tidak, dia harus terima yang kehidupan anak bujangnya itu begitu sibuk. Nak nampak lekat dekat rumah pun susah sekali. Sekejap flight ke sana dan sekejap ke sini. Hendak dihalang, itu cita-cita Benjamin sedari kecil lagi. Benjamin begitu gemarkan dunia penerbangan.

   "Lately ni jarang betul mae nak nampak Ben dekat rumah. Dalam seminggu, mungkin dua tiga hari aje mae boleh nampak batang hidung Ben," tutur Puan Maria. Benjamin senyum nipis. Wajah muram emaknya itu dipandang.

   "Mae, jangan lah macam ni. I'm a pilot. Bukan pemandu teksi,"

   "Mae sunyi dekat rumah, Ben. Lepas papa kamu meninggal, tinggal kita berdua aje kat rumah ni. Bila Ben asyik fly, mae sorang-sorang kat rumah. Takde kawan nak ajak menyembang. Mae bosan, Ben." Adu Puan Maria. Sudah hampir setahun suaminya, Encik Ilyas meninggal dunia akibat dari serangan jantung. Hasil perkahwinannya dengan Encik Ilyas tidak dikurniakan hatta seorang cahaya mata pun. Tapi mereka tidak kesah. Mungkin tiada rezeki mereka untuk menimang cahaya mata. Sudahnya, hanya Benjamin satu-satunya pewaris mereka walaupun pada Encik Ilyas, status Benjamin hanya lah anak tiri.

Benjamin mengeluh. Tangan Puan Maria digenggam.

   "Ben minta maaf, mae. Ben minta maaf sebab selalu tinggalkan mae sorang-sorang kat rumah. Ben takde niat nak buat mae macam ni. Tapi mae kena faham kerja Ben sebagai seorang juruterbang. Ini cita-cita Ben. Dah memang tugas Ben bawa penumpang, mae. Ben tak boleh tinggal macam tu aje." Balas Benjamin.

   "Takpe, mae faham."

   "Macam ni lah, mae. Apa kata kalau Ben carikan mae pembantu rumah. Paling kurang, mae tak bosan kalau duduk sorang-sorang dekat rumah. At least, ada teman berborak. Macam mana?" usul Benjamin dan Puan Maria balas dengan gelengan kepala. Dahi Benjamin berkerut dulu.

   "Mai aw! (Tidak mahu)"

   "Tham mai khab khun mae? (Kenapa, mak?)"

Puan Maria merengus.

   "Daripada Ben carikan mae pembantu rumah, lebih baik Ben carikan menantu untuk mae. At least, mae ada menantu dekat rumah ni untuk temankan mae. Lepastu, ada cucu. Itu yang mae nak, Ben! Lagipun, cuba tengok umur Ben sekarang ni. Dah 32 tahun, umur pun dah lanjut. Patutnya umur macam Ben sekarang ni, dah ada dua atau tiga orang anak!" Pandangan mata penuh makna diberikan kepada Benjamin. Benjamin terdiam dulu. Bila Puan Maria bangkitkan soal isteri, automatik dia rasa tak senang duduk.

Oh, come on. Dia baru 32 tahun kut. Lelaki kalau umur 32 tahun tetap nampak muda apa? Awal lagi kut. Dia masih belum puas enjoy.

   "Mae, stop. I think we're out from our topic."

   "Itu aje lah alasan dia. Lari topik, lari topik. Mae tengah serius ni, Benjamin!"

   "Mae... please?"

   "Mae tak mahu menantu luar. Bali ke, USS ke, Thailand ke. Mae tak mahu! Mae nak menantu melayu. Original melayu."

Mata Benjamin membulat.

   "Mae! Tham mai khab? (Kenapa?)"

   "Sebab syarat untuk jadi menantu Maria Abdullah, mesti lah perempuan melayu original. Kalau boleh, mae nak yang pakai tudung. Sedap sikit mata memandang."

   "Au mae!"

   "Arai? (Apa?)"

Benjamin berdecit perlahan. Terbayang-bayang 'girlfriends' nya di setiap negara. Di Bali dia ada Claudia. Di Ho Chin Minh City, dia ada Kimly. Di Singapore dia ada Leena. Dan di Bangkok dia ada Jenny. Girlfriends banyak tapi tak sesuai untuk dia jadikan isteri. Oh, tolong lah. Seteruk mana pun lelaki, dia tetap mahukan perempuan yang baik-baik untuk dijadikan isteri.

Puan Maria minta gadis melayu original. Mana dia nak cari? Zetty? Oh ni satu lagi! Zetty tak masuk dalam list!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro