Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16

KEADAAN di Heathrow Airport begitu sesak dengan manusia-manusia dari pelbagai negara. Masing-masing dengan urusan sendiri. Mungkin mahu terbang bercuti, pulang ke kampung halaman atau ingin berhijrah.

   Benjamin tarik pilot flight bag hitam sambil berjalan beriringan dengan beberapa orang rakan sekerja di belakangnya. Blazer juruterbang berwarna hitam yang tersarung di tubuhnya membuatkan ada mata-mata yang tidak melepaskan peluang untuk menoleh beberapa kali. Benjamin buat tak endah. Dah biasa menerima jelingan yang sebegitu.

   "Ben!"

   Langkah Benjamin terhenti. Nafas dihela berat tatkala matanya menangkap langkah seorang wanita seksi yang sedang menghampirinya. Benjamin pandang rakan sekerja di belakang. Isyarat supaya mereka pergi dahulu diberikan.

   "Ben, you dah nak balik Malaysia ke?" manja suara gadis yang menyarung dress berwarna hitam separas peha itu, menyoal.

   "Yes."

   "Oh, Ben. You nak tinggalkan I kat sini ke? Jangan la balik lagi." Tangan gadis seksi itu dah merangkul lengan Benjamin. Benjamin lekas-lekas tarik lengannya dari pelukan gadis itu. Tidak selesa bila ada yang menjeling. Lagipun mereka sekarang berada di tengah-tengah lapangan terbang. Beribu-ribu mata memerhati.

   "I pilot. You expect plane nak terbang sendiri ke macam mana?" Benjamin menyoal, malas. Malas melayan. Memang silap besar lah dia menegur gadis itu ketika dia sedang bersiar-siar di Eel Pie Island iaitu sebuah pulau kecil yang terletak di Twickenham tempoh hari. Dia ingatkan pertemuan itu cuma terhenti di situ. Tak sangka pula gadis seksi bernama Miranda itu mengejarnya.

   "Then, you kasi lah apa-apa alasan. Contoh, you sakit kepala ke... demam ke. Please, Ben? Temankan I kat sini lagi seminggu. Lepastu kita balik Malaysia sama-sama." Miranda senyum menggoda.

Benjamin mendengus. Semudah itu? Miranda ingat kerjaya seorang juruterbang ni macam bawak kereta sewa ke? Boleh pulak senang-senang nak mintak excuse. Tanggungjawabnya besar kut. Dia membawa beratus-ratus nyawa penumpang di dalam sebuah pesawat. Kalau sesuatu buruk berlaku, dia orang pertama yang akan dipersoalkan. Penumpang bergantung harap padanya untuk sampai ke destinasi.

   "Please, Miranda. Jangan childish sangat boleh? You ingat senang-senang ke I boleh kasi alasan macam tu? Kalau you nak stay kat sini lagi, then stay. I nak balik." Benjamin berura-ura mahu pergi sebelum lengannya kembali dipaut Miranda. Wajah gadis itu dipandangnya sekilas.

   "Sampai hati you kan, Ben?"

   "Look, apa masalah you sekarang ni Miranda? Enough, I've to go. Take care!" Benjamin tarik lengannya dari pautan Miranda lalu cepat-cepat bawa langkah pergi dari situ. Panggilan Miranda tidak diendahkan. Lantak lah kalau nak terpekik terlolong sekalipun. Dia sendiri yang tanggung malu.

Benjamin melangkah masuk ke dalam ruangan kokpit. Blazer berwarna hitam yang tersarung di tubuhnya tadi ditanggalkan. Tangan lincah menyalakan sistem pesawat.

Airspeed warning, check.

Stall warning, check.

   Benjamin ambil duduk pada kerusi di sebelah kiri sebelum tangannya menekan-nekan butang yang ada di situ. Co-Pilot di sebelah juga memainkan peranan. Selesai melakukan beberapa pemeriksaan, pesawat mula bergerak menuju ke arah landasan.

   "Ready?"

   "Ready."

   "Flight attendants, prepare for take-off please."

   "Flight attendants, please take your seats for take-off."

Pesawat mula bergerak laju di atas landasan sebelum mula naik ke udara. Benjamin liarkan pandangan ke luar cermin pesawat, melihat keadaan di luar. Saat pesawat mula berada di atas awan, Benjamin mematikan lampu tali pinggang keselamatan.

   "Ladies and gentleman, the captain has turned off the Fasten Seat Belt Sign, and you may now move around the cabin. However we always recommend to keep your seat belt fastened while you're seated. In a few moments, the flight attendants will be passing around the cabin to offer you hot or cold drinks, as well as a snack. Now, sit back, relax and enjoy the flight. Thank you." Suara kabin krew mula kedengaran memenuhi ruang kabin yang kini berada di atas udara.

*****

"ALLAH!"

Mak cik Salmah menunduk mencapai pinggan plastik yang tadinya tertepis jatuh dari atas meja. Beberapa biji kuih badak sudah bergolek-golek atas lantai. Mak cik Salmah mengeluh. Bukan rezeki.

   "Ya Allah, mak cik. Kenapa ni?" Maysara yang tiba di ruangan itu pantas mendapatkan Mak cik Salmah. Wanita awal 60-an itu kelihatan membongkok mencapai pinggan sambil sebelah tangan memegang bahagian pinggangnya. Maysara membantu Mak cik Salmah untuk berdiri dulu sebelum dia mencapai pinggan plastik tersebut. Beberapa biji kuih badak dikutip lalu dimasukkan ke dalam plastik. Dah kotor, tak boleh nak makan lagi.

   "Mak cik tak sengaja tertepis pinggan tu. Kuih dah kotor, takde rezeki nak makan lagi." Keluh Mak cik Salmah.

   "Takpe lah, mak cik. Nanti Sara belikan sesuatu untuk mak cik makan ya?"

   "Eh, tak payah lah. Mak cik makan dah tadi. Itu baki kuih. Sengaja mak cik beli lebih hari ni, boleh kongsi-kongsi. Tapi itu lah, terjatuh pulak..."

Maysara senyum nipis.

    "Takpe, dah Allah kata bukan rezeki. Mak cik okey tak ni? Kenapa Sara tengok muka mak cik macam pucat aje?" Maysara memimpin Mak cik Salmah ke arah bangku panjang. Didudukkan wanita itu penuh berhati-hati.

   "Okey aje. Cuma hari ni rasa macam tak sedap badan pulak."

   "Kalau tak sedap badan, kenapa mak cik datang kerja jugak? Kalau jadi apa-apa macam mana? Mak cik pergi lah balik, kejap lagi Sara bagitahu dekat Encik Mawi." Pujuk Maysara. Mak cik Salmah menggeleng.

   "Takpe, ada sikit aje lagi kerja yang mak cik kena buat. Lepas dah habis, mak cik balik lah."

   "Tapi kalau nanti mak cik pengsan ke apa ke macam mana?"

   "Kalau mak cik pengsan, nanti ada lah pilot handsome tolong sambutkan macam Sara hari tu." Perlahan Mak cik Salmah menepuk pipi Maysara. Maysara tarik muncung sedepa. Tak suka Maysara dengar pasal tu balik. Sakit hati bila teringatkan lelaki sombong tu.

   "Hesy, jangan la sebut-sebut lagi pasal tu. Sara tak suka,"

   "Yelah-yelah. Mak cik tak sebut lagi. Dah, mak cik nak pergi sambung kerja balik." Perlahan-lahan Mak cik Salmah bangun dari duduknya. Sesekali wajahnya berkerut sambil sebelah tangan menyentuh pinggang.

   "Sara risau lah mak cik. Betul ke ni okey?"

   "Mak cik okey. Jangan risau lah!"

   "Hati-hati tau, mak cik."

   "Tahu lah."

Maysara pandang belakang tubuh wanita itu sehingga hilang dari pandangan. Keluhan dilepaskan. Dia ingatkan dia sorang aje yang degil kat sini. Rupanya, Mak cik Salmah pun sama naik. Tahu diri tak sihat tapi gigih juga nak selesaikan tugas. Dua kali lima sama dengan sepuluh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro