Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

"KAK Sara dah jumpa ke dengan Kapten Ben? Ayu baru aje tadi selisih dengan dia. Rasa macam baru keluar kabin tu." Ayu menegur Maysara yang sedang menggigit roti. Waktu tengahari ni rasa macam tak ada selera pulak nak makan nasi. Dengar aje nama Kapten Ben meniti di bibir Ayu, serta merta Maysara rasa darah dia mendidih. Panas balik hati ni bila teringat kembali kebiadapan lelaki itu tiga hari lepas. Mulut mintak kena sula!

   "Dah." Pendek Maysara membalas.

   "Dah? Bila Kak Sara jumpa dia?" soal Ayu, pelik.

   "Tiga hari lepas."

   "Tiga hari lepas kan cuti. Kak Sara jumpa dia kat mana?"

Maysara diam dulu. Nak jawab jumpa dekat rumah Kapten Ben. Tapi nanti dari A sampai Z Ayu soal dia. Ah, malas nak jawab satu-satu!

   "Kak Sara terserempak dekat bandar. Alang-alang tu Kak Sara tegur lah. Kalau nak tunggu jumpa dekat sini, alamatnya berjanggut lah. Dia tu orang sibuk." Jawab Maysara. Terbit juga rasa bersalah sebab menipu tapi itu lah. Dia betul-betul malas nak jawab segala persoalan yang bakal Ayu muntahkan padanya kalau dia ceritakan perkara sebenar. Sorry, Ayu. Kak Sara minta maaf!

Mulut Ayu membentuk 'o'.

   "Lepastu Kapten Ben cakap apa?"

Maysara telan roti yang digigitnya itu.

   "I takde niat pun nak sambut you masa tu. You know, natural reaction. I pun tak tahu kenapa I tetiba pergi sambut you. Sepatutnya I biarkan aje you terbaring kat situ. Biar dramatik sikit."

Ahhh! Sakitnya hati. Pedih betul!

   "Kak Sara? Okey tak ni?" Ayu pelik bila wajah Maysara berkerut seperti geramkan sesuatu. Baki roti dekat tangan dah terpenyek ditekannya. Maysara pejam mata. Inhale, exhale! Wajah Ayu yang penuh persoalan itu dipandang.

   "Takde apa lah, Ayu. Kapten Ben tak cakap apa pun dia cuma cakap... okey."

   "Oh, yeke? Bagus lah."

Fuh! Nasib baik Ayu tak korek pasal hal tu lagi. Hati dia sekarang ni tengah bengkak balik ni bila teringatkan pilot sombong tu. Tenang, Maysara... tenang.

   "Kak Sara nak pergi surau ni. Nak solat zohor. Ayu dah solat?" habis sahaja sebungkus roti di tangan, Maysara bangun dari duduknya. Ayu geleng.

   "Ayu cuti, Kak Sara."

   "Kalau macam tu, Kak Sara pergi surau dulu lah."

   "Okey!"

*****

BERKERUT muka Maysara sepanjang dia berjalan usai menunaikan solat zohor di surau tadi. Apa taknya, flight attendants M-Sky Airlines yang sebelum ni bukan main ketat lagi muka, hari ni tiba-tiba muka tu semanis buah strawberry. Paling buat Maysara pelik bila semua flight attendants yang berselisih dengannya berikan dia senyuman. Sebelum ni tak pernah pun!

Ke... doa aku masa solat zohor tadi dah termakbul? Doa supaya Allah tarik rasa sombong dan megah dalam hati flight attendants M-Sky Airlines. Kalau lah betul, hari ni aku ingat nak buat pulut kuning. Nak buat kenduri kesyukuran dekat mana-mana masjid. Maysara dah tersenyum sendiri. Rasa bersyukur tiba-tiba.

Tapi, senyuman yang bergayutan di bibir Maysara terus sirna tatkala matanya menangkap susuk tubuh seseorang yang cukup dikenalinya. Daddy! Apa daddy buat kat sini? Daddy nak fly pergi mana-mana ke? Tapi, tak bagitahu apa-apa pun pagi tadi. Langkah Maysara dilajukan ke arah lelaki yang bersut hitam itu. Daddynya itu hadir ditemani dengan pembantunya berserta dua orang pengawal di belakang.

   "Psttt! Daddy!" Maysara menyembunyikan tubuh langsingnya pada tiang besar. Tan Sri Malek yang mendengar bunyi itu segera menoleh. Berkerut dahinya memandang si anak gadis yang berdiri menyorok di belakang tiang. Kaki menapak menghampiri.

   "Sara..." Tan Sri Malek menyapa.

   "Daddy buat apa kat sini? Daddy ada nak pergi mana-mana ke?" sedaya upaya Maysara cuba merendahkan nada suaranya. Dia tak mahu ada orang dengar dia panggil pengerusi syarikat penerbangan ini dengan panggilan 'daddy'. Tapi mujur lah port dia sekarang ni agak jauh sikit dari tempat laluan orang. Selamat lah sikit.

   "Takde, daddy tak pergi mana-mana pun. Saja daddy datang buat spot check,"

   "Spot check?"

   "Yelah, hari tu bukan ke Sara mengadu dekat daddy cakap flight attendants M-Sky Airlines tak mesra lah, sombong lah, apa lah. Ni daddy datang secara mengejut nak tengok betul ke tak apa yang Sara cakapkan tu. Tapi daddy tengok, okey aje. Mesra aje dia orang dengan pelanggan. Senyum aje memanjang." Jelas Tan Sri Malek. Maysara julingkan mata ke atas. Patut lah pun hari ni semua flight attendants M-Sky Airlines berperangai pelik macam kena sampuk. Rupanya bos besar turun buat spot check!

   "Hmmm memang lah dadddy nampak semuanya okey. Takkan lah dia orang nak tunjuk perangai sebenar depan daddy? Depan daddy dia orang buat-buat lah baik. Senyum sampai ke telinga. Belakang daddy? Mata Sara sendiri jadi saksi. Dasar hipokrit semuanya." Rengus Maysara. Kepala Tan Sri Malek tergeleng-geleng.

   "Hesy, tak baik cakap macam tu Sara. Mungkin kebetulan aje kut Sara nampak sisi buruk dia orang. Tapi sebenarnya dia orang okey aje." Tan Sri Malek cuba menenangkan si anak gadis. Beberapa malam yang lepas, Maysara ada datang mengadu padanya. Macam-macam yang anak gadisnya itu cakap pasal flight attendants M-Sky Airlines yang perangainya tak semenggah. Sombong, poyo, pembuli dan macam-macam lagi. Kerana tak mahu mendengar sebelah pihak sahaja, hari ni dia turun melawat. Tapi apa yang diberitahu Maysara meleset sama sekali. Dia tak nampak pun sisi buruk flight attendants syarikatnya ini. Semuanya nampak baik-baik sahaja.

   "Dah daddy ada kat sini, memang lah dia orang okey aje. Cuba daddy takde? Sara berani potong jari yang dia orang semua tu cuma berlakon. Sara tahu lah, Sara kerja kat sini. Sara jadi kuli kat sini. Dan dia orang pernah buli Sara!" Maysara dah buat muka tak suka. Tak suka bila daddynya itu tak nak percaya apa yang dia cakap. Dia tak tipu lah! Perangai manusia-manusia tu semua tak macam hari ni.

Tan Sri Malek gelak kecil.

   "Kalau Sara tak nak dia orang buli Sara, masuk ofis. Tak payah kerja jadi kuli kat sini lagi."

   "No, daddy. Bukan sekarang."

   "Habis tu bila? Abang Hadif tu tunggu masa aje nak keluar sebab nak tolong bisnes Marissa. Dah la kakak Sara tu tengah pregnant."

   "Eei, daddy. Tak payah la cakap pasal tu kat sini. Nanti-nanti lah kat rumah."

   "Yelah tu. Kat rumah kalau daddy cakap pasal ni, Sara lari masuk bilik. Sama aje cakap dekat mana pun, Sara bukan nak dengar."

   "Daddy pleaseeee?" Maysara tayang muka tak suka. Termuncung-muncung bibirnya. Tan Sri Malek hela nafas panjang.

   "Dah tak payah buat muka macam tu lagi. Daddy nak balik ofis pulak ni. Kerja elok-elok." Tangan Tan Sri Malek naik mengusap kepala Maysara yang ditutupi dengan tudung sarung berwarna hitam. Kepala Maysara terangguk-angguk.

   "Daddy jangan letak tangan lama-lama atas kepala Sara. Kang kalau orang nampak lepastu syak something, boleh pecah tembelang Sara!" Maysara tolak perlahan tangan Tan Sri Malek yang mendarat elok di atas kepalanya.

   "Bagus lah kalau pecah. Tak payah Sara jadi kuli lagi kat sini."

   "Daddy, kerja kuli ni pun kerja halal. Kerja mulia lagi tau."

   "Ya, daddy tahu lah. Dah, daddy balik dulu. Jumpa dekat rumah."

   "Alright, daddy. Hati-hati tau!"

   "Iya..."

Maysara menghantar pemergian lelaki kesayangannya itu hingga hilang dari pandangan. Nafas dihela pendek sebelum dia berlalu pergi untuk menyambung tugas mulianya. Tanpa sedar, ada mata yang memerhati.

*****

"HAH! Tengah membawang pasal apa tu?" Maysara menerjah bila kelihatan beberapa orang manusia sedang duduk membawang. Ayu dan Kak Ani juga ada sekali di situ.

   "Kita orang tengah membawang pasal flight attendants M-Sky Airlines yang hari ni nampak baik sangat. Senyum sampai nampak gusi kut." Ayu menjawab sambil bibirnya dah terjuih-juih. Maysara gelak.

See! Punya lah obvious perubahan perangai yang ditunjukkan flight attendants M-Sky Airlines hari ni sampaikan geng-geng cleaner ni buat modal nak membawang. Bukan dia aje yang perasan, malah semua orang pun perasan.

   "Mahunya tak senyum sampai nampak gusi kalau tiba-tiba bos besar turun buat spot check." Maysara henyak punggung pada bangku kosong.

   "Bos besar? Maksud Sara, Tan Sri Malek ke?" Kak Ani menyoal.

   "Yelah, siapa lagi? Tadi Sara ada nampak Tan Sri Malek datang dengan PA dia. Buat spot check lah kut. Itu yang bukan main suci lagi perangai flight attendants M-Sky Airlines. Takkan lah dia orang nak tunjuk bad side dia orang pulak kan?" balas Maysara. Dia dah mula mengeluarkan bunga-bunga bawangnya. Kepala yang lainnya dah terangguk-angguk. Bersetuju dengan apa yang diperkatakan Maysara. Tak ada manusia yang nak tunjuk perangai hodoh depan orang.

   "Hmmm hari ni aje lah kita dapat tengok perangai suci dia orang tu. Esok, kembali pada asal." Kak Ani bersuara.

   "Betul tu. Ah, tak tahan la dengan dia orang punya perangai. Flight attendants syarikat yang lain okey aje kut. Tapi bila sampai dekat M-Sky Airlines, hampeh! Perangai tak semenggah langsung. Kalau macam ni la punya perangai, bankrap lah syarikat M-Sky Airlines lepasni." Tersentap kejap Maysara dengar komen yang keluar dari mulut Isma. Terkebil-kebil Maysara pandang wanita yang umurnya sudah pertengahan 30-an itu.

Bankrap? Syarikat milik keluarganya akan bankrap ke kalau perangai flight attendants M-Sky Airlines macam tu? Eei, tak boleh jadi! Syarikat yang diusahakan oleh daddynya sudah hampir lima belas tahun itu harus dipertahankan. Dia takkan biarkan M-Sky Airlines terkubur. Oh, tidak! Aku kena buat sesuatu.

   "Sara? Maysara?"

Maysara tersentak kecil. Terus dipandangnya sekumpulan rakan sekerja yang sedang merenungnya.

   "Ya?"

   "Sara fikirkan apa tu? Jauh termenung. Kita orang ada salah cakap ke?" penuh berhati-hati Isma menyoal. Maysara pantas menggeleng.

   "Eh, takde lah. Takde apa-apa," Maysara sengih.

   "Tapi Sara setuju tak dengan apa yang Kak Isma cakap tadi?"

   "Yang mana satu?"

   "Yang syarikat M-Sky Airlines akan bankrap tak lama lagi."

Maysara terdiam. Liur diteguk perlahan.

   "Err no comment. Sara tak tahu..."

   "Tapi betul lah apa yang Kak Isma cakap tu. Kalau pihak atasan tak alert pasal ni, silap hari bulan pelanggan semua lari pilih syarikat airlines yang lain. Bukannya M-Sky Airlines tak bagus, cuma perangai sesetengah flight attendant tu tak semenggah. Kalau pihak atasan ambil serius pasal ni, mungkin M-Sky Airlines boleh diselamatkan lagi. Setuju tak?"

   "Setuju!"

Maysara gigit bibir bawah. Alamak, Kak Isma ni buat aku takut lah pulak! Memikirkan perkara yang tidak-tidak, buat Maysara resah. No, dia takkan biarkan!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro