Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

HUJUNG minggu yang membosankan. Maysara meniarap di atas katil bersaiz queen sambil menghadap skrin komputer riba jenama Apple miliknya. Laman sosial Facebook dibukanya. Dah lama rasanya dia tak jenguk muka buku itu memandangkan dia tak install pun aplikasi Facebook dekat handphone dia.

   Beratus-ratus friend request diterimanya. Mesej pun dah berderet-deret tak dibalas. Semuanya dari orang yang dia tak kenal. Dan kebanyakannya adalah lelaki. Maysara menggeleng. Mesej-mesej itu dibiarkan. Tak penting!

   Jemarinya dilarikan pada papan keyboard. M-Sky Airlines ditaipnya. Misi mencari laman akaun muka buku encik pilot buruannya bermula. Alahai, betapa susahnya nak dapat jumpa dengan encik pilot tu walaupun hampir setiap hari dia ada dekat lapangan terbang tu. Lelaki tu begitu sibuk terbang merata. Page Facebook M-Sky Airlines terpampang pada dada skrin. Profile photo gambar pesawat dan background photo barisan krew-krew M-Sky Airlines.

   Scroll, scroll dan scroll ke bawah. Tiada apa yang menarik, cuma update semasa berkenaan harga tiket dan jadual penerbangan. Maysara mengeluh dulu sambil tangan masih scroll news feed pada page M-Sky Airlines berkenaan. Agak lama begitu, jari Maysara terhenti pada satu posting. Posting sebulan yang lepas.

   Majlis ulang tahun kelahiran Kapten Benjamin Abdullah. Serta merta mata Maysara yang mula kuyu tadi kembali segar bugar. Laju sahaja gambar-gambar yang dimuat naik itu dilihatnya satu persatu. Ya, ini lah encik pilot yang dia kejar tempoh hari tapi gagal disebabkan insiden yang menyakitkan hati. Cis, bengkak balik hati ni kalau diingat kembali. Boleh pulak main tahan-tahan kaki macam tu.

M-Sky Airlines with Ben Abdullah.

   Terus Maysara menekan nama akaun Facebook lelaki itu dan tak sampai beberapa saat laman akaun lelaki itu terpampang pada dada skrin. Profile photo lelaki itu yang segak berpakaian uniform juruterbang direnung Maysara. Gosh, maskulinnya. Aura seorang juruterbangnya begitu menonjol. Aummm.

   "Patut lah minah-minah stewardess M-Sky Airlines jealous dengan kau, Sara. Encik pilot ni handsome nak mampus." Gumam Maysara. Dia mencebik bila tiada apa yang menarik pada garis masa lelaki itu. Posting lelaki itu cuma mutual friends aje boleh tengok. Tak public langsung.

   "Tapi kejap. Kenapa muka dia macam familiar eh? Muka dia nak serupa dengan muka siapa eh?" wajah Maysara berkerut-kerut. Sungguh dia yakin yang wajah encik pilot ni ada iras dengan wajah seseorang. Tapi siapa? Dia pun tak ingat.

Ah, sempitnya otak kau nak ingat balik Maysara!

*****

TADI masa tengah scroll news feed dekat Facebook, tiba-tiba naik iklan Sushi King. Rasa nak meleleh aje air liur tengok iklan siap dengan video lagi. Disebabkan lama tak makan benda alah tu, laju aje Maysara bersiap untuk keluar. Destinasi utama, restoran Sushi King! Nasib baik hujung minggu, terus aje drive kereta ke restoran Sushi King.

   Selesai melabur duit di situ, Maysara angkat kaki. Niat nak makan dekat situ aje, tapi rasa macam tak best pulak sebab sorang-sorang. Tengok orang lain siap ada couple, bawak family lagi. Dia? Sendunya nak kasi hashtag forever alone. Hahaha!

   Maysara tekan alat kawalan jauh dekat tangan sambil kaki melangkah menuju ke arah kotak pakir mendapatkan Honda Civic merah. Ingat nak bawak BMW M850i miliknya tapi entah kenapa hati mendesaknya untuk capai kunci kereta honda belakang pintu tadi. Honda Civic itu milik Puan Sri Zurina. Memandangkan mummynya itu tak pergi mana-mana, cepat sahaja dia minta izin untuk memandu pacuan empat roda itu. Baru aje nak buka pintu, mata Maysara menangkap susuk tubuh seseorang.

Puan Maria!

   Maysara senyum lalu kaki melencong mendapatkan wanita yang sedang berdiri di bawah pokok itu.

   "Mak cik Maria," sapa Maysara, penuh santun. Puan Maria menoleh dan automatik bibirnya merekah dengan satu senyuman. Setelah pertemuan beberapa minggu lepas, dia sudah tidak bertemu dengan gadis itu lagi. Rasa ralat pula kerana tidak meminta nombor telefon Maysara untuk berhubung. Kalut-kalut sangat dalam keadaan hujan tempoh hari. Ditambah lagi dengan dia yang tak bawa telefon bimbit bersama.

   "Eh, Maysara..." tangan Puan Maria dicium Maysara penuh santun.

   "Ingat lagi mak cik dekat Sara. Ingat dah lupa," seloroh Maysara. Puan Maria gelak kecil.

   "Hesy, takkan la mak cik senang-senang nak lupa gadis cantik macam Maysara yang dah tolong mak cik tempoh hari." Balas Puan Maria. Maysara sengih menayang barisan giginya yang tersusun elok.

   "Mak cik tunggu siapa kat sini?" soal Maysara. Tertanya-tanya juga kenapa Puan Maria berdiri di sini. Macam tertunggu-tunggukan seseorang. Nasib baik ada pokok, boleh juga berteduh dari panas matahari.

   "Tunggu grab. Mak cik nak balik rumah. Disebabkan Sara hari tu, mak cik mintak anak mak cik download kan aplikasi grab tu. Membantu sangat bila mak cik nak pergi mana-mana. Kalau ada anak mak cik, tak kesah sangat. Waktu dia tak ada, kan susah. Terima kasih tau Maysara." Tersengih Puan Maria. Orang tua seperti dia tidak tahu sangat dengan kemudahan yang cuma ada di hujung jari. Lagi pula dia bukan sejenis yang pandai menggunakan teknologi. Telefon bimbit touch screen tu pun Benjamin yang berikan dan ajar dia sampai dia reti guna. Kalau tak, memang dah macam orang buta teknologi.

   "Lah, tunggu grab ke? Cancel aje lah, mak cik. Sara boleh hantarkan mak cik balik." Pelawa Maysara. Laju saja Puan Maria menggeleng.

   "Eh, tak payah susah-susah la Sara. Mak cik dah panggil pun grab tu, tunggu dia datang aje." Tolak Puan Maria.

   "Mana ada susah. Kan Sara yang pelawa mak cik."

   "Takpe lah. Lagipun jalan nak ke rumah mak cik kan tak sama dengan jalan nak ke rumah Sara. Buat penat aje nanti Sara kena drive pusing balik. Tak payah la, mak cik boleh balik sendiri." Puan Maria usap perlahan lengan Maysara.

   "Sara tak kesah pun la mak cik. Sara okey aje."

Pin! Sebuah kereta jenis Toyota Vios berhenti betul-betul di hadapan mereka. Maysara cepat-cepat membuka pintu bahagian penumpang sebelah.

   "Bang, maaf ya. Saya cancel lah grab. Ni duitnya." Maysara hulur not bernilai dua puluh ringgit. Teragak-agak pemandu grab itu mahu mengambil. Yalah, dah cancel tapi tetap dapat tip.

   "Err..."

   "Takpe, ambil aje. Anggap tanda maaf saya sebab cancel grab abang hari ni."

   "Terima kasih ya cik."

"Sama-sama. Maaf tau!" Maysara senyum lalu menutup kembali pintu kereta. Maysara kembali mendapatkan Puan Maria yang dah terpinga-pinga. Dia sengih. Suka hati dia aje pergi cancel grab tanpa bertanyakan kepada wanita itu dulu.

   "Jom mak cik, Sara hantarkan mak cik balik."

   "Tapi, Maysara..."

   "Saya dah cancel tau grab tu tadi. Jom lah." Maysara paut lengan Puan Maria. Lambat-lambat Puan Maria angguk kepala lalu berjalan menyaingi Maysara di sebelah. Ini kali kedua dia bertemu dengan Maysara. Dan dapat dia simpulkan bahawa gadis ini seorang yang sangat baik dan penuh santun. Cantik pulak tu. Memang perfect. Kalau buat jadi menantu pun sesuai ni. Eh!

*****

TEMPOH hari dia tak sempat singgah masuk pun ke dalam rumah Puan Maria. Tapi hari ni, wanita itu mengajaknya masuk. Niatnya cuma mahu menghantar sahaja. Tak terlintas pun sampai nak masuk ke dalam rumah.

   Maysara liarkan pandangan ke sekeliling ruang tamu. Luas dan kemas. Maysara menghampiri kabinet jati yang terletak di ruang tamu itu. Ada sebuah replika kapal terbang bersaiz besar di situ. Tersusun jugak beberapa buah mini plane yang comel-comel. Dahinya berkerut apabila terpandangkan topi juruterbang yang turut ada di situ.

   "Anak mak cik pilot. Itu semua barang koleksi dia" Puan Maria muncul dari ruang dapur sambil menatang sedulang minuman sejuk. Mulut Maysara membentuk 'o'. Patut lah ada banyak mini plane atas ni. Anak Puan Maria pilot rupanya.

   "Anak mak cik yang kerja pilot tu lelaki ke perempuan?" soal Maysara sambil berjalan ke arah sofa. Dijeling juga kut-kut ada gambar dekat situ tapi takde. Mungkin keluarga kecil ini tak gemar menayang gambar. Mungkin lah. Maysara buat spekulasi sendiri.

   "Lelaki."

   "Sekarang ni dia tengah kerja eh?"

   "Haah. Rasanya hari ni dia balik dari Vietnam. Eh, duduk lah minum Sara. Sejuk lagi ni."

Macam burung belatuk kepala Maysara terangguk-angguk. Patut la rumah Puan Maria terletak di kawasan perumahan yang boleh dikatakan agak mewah ni. Rupanya anak lelakinya seorang juruterbang. Maysara labuhkan duduk di atas sofa kulit itu.

   "Ni, tadi saya pergi beli sushi. Mak cik makan tak sushi ni?" soal Maysara sambil mengeluarkan bekas berisi sushi dari dalam plastik. Takde la banyak sangat benda alah tu dia rembat tadi. Ada lah dalam dua puluh biji. Eh, tak banyak lagi ke tu Maysara?

Puan Maria menggeleng.

   "Tekak mak cik ni tak boleh la nak telan benda alah tu, Sara. Lagi-lagi benda mentah. Loya tekak mak cik." Puan Maria dah sentuh lehernya. Maysara gelak kecil.

   "Mak cik ni sama aje dengan mummy saya. Dia pun tak boleh go dengan makanan mentah ni. Tapi ni favourite saya tau mak cik. Sedap!"

   "Sara makan lah. Kejap mak cik ambilkan pinggan dekat dapur."

   "Terima kasih, mak cik."

Maysara pandang belakang susuk tubuh Puan Maria menghilang ke arah dapur. Tak sampai seminit Puan Maria menghilang ke dapur, Maysara menangkap bunyi kereta memasuki perkarangan rumah. Dahi Maysara berkerut. Anak Mak cik Maria dah balik kerja ke? Kenapa aku rasa berdebar pulak ni?

Tok! Tok! Tok!

   "Maysara, boleh tak tolong buka kan pintu? Anak mak cik tu mesti lupa nak bawa kunci rumah. Itu yang tak boleh masuk sendiri." Laung Puan Maria dari dalam dapur.

   "Okey, mak cik!" lekas-lekas Maysara berjalan ke arah pintu. Selak pintu ditolak sebelum tombol pintu itu ditariknya. Saat matanya terpandang susuk tubuh lelaki beruniform juruterbang yang berdiri di luar, mata Maysara membuntang luas.

   "Awak?!"

   "You?!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro