Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4 - Knowing You

-

A little bit cliche plot. Enjoy!

Andai masa boleh diputarkan semula, ingin sekali aku memeluk omma dan appa. Ya tuhan, sungguh. Aku sungguh merindukan mereka...

'Omma...appa...Nahyun rindu.'

Nahyun menyeka air mata yang mengalir. Melihat angin meniup sayu pokok-pokok di luar membuatkan dia berasa tenang. Segala memori bersama ibu bapanya dikenang. Sambil dia leka memandang luar tingkap, Nahyun tersentak apabila pintu bilik wadnya dibuka dari luar. Dia menoleh.

Nahyun terpana sebentar melihat lelaki yang baru masuk ini. Baju kemeja putih yang dituck-in. Lengan baju digulung sehingga paras siku. Seluar slack hitam yang memeluk rapi kakinya dan rambut hitam yang sedikit messy. Sungguh kasual personalitinya.

Seakan tersedar dia merenung, Nahyun melarikan pandangan matanya daripada bertembung dengan lelaki itu dan menoleh semula ke luar tingkap. Taehyung yang perasan dengan renungan Nahyun hanya tersengih.

"Nahyun, saya ada belikan awak makanan. Saya tahu awak tak makan lagi." Kata Taehyung sambil meletakkan sebungkus makanan di atas meja beroda pada hujung katil.

"..."

Taehyung yang membuka plastik bungkusan terus melirikkan mata memandang Nahyun apabila tidak mendengar respon. Nampaknya gadis itu termenung jauh. Dia menggaru kepala lalu menghela nafas dan duduk di kerusi bersebelahan katil gadis itu.

Nahyun sedikit menjauh apabila Taehyung duduk di sebelahnya. Tidak selesa. Bukannya Taehyung tidak perasan, tetapi dia hanya diam sahaja. Faham dengan keadaan gadis itu. Apetah lagi apabila selepas kejadian di dalam tandas semalam. Kedengaran pelik kan di tandas? Tapi, nak buat macam mana ... dah Nahyun masuk situ.

"Nahyun."

Nahyun menoleh. Dia memandang kakinya yang menjulur di hadapannya. Dia tidak memandang Taehyung tetapi dia hanya melihat dari sudut matanya. Dia menunggu lelaki itu bersuara.

"Doktor bagitahu saya, awak dah boleh discharge hari ini. Kalau awak ada apa-apa yang nak saya tolong, awak bagitahu saya, ya?" Lembut saja percakapannya. Sehingga Nahyun sendiri tidak percaya, masih ada manusia yang bertutur lembut seperti itu. Sepanjang hidupnya bersama ahjussi-nya, dia hanya tahu jeritan, tengkingan, dan makian.

Nahyun hanya mengangguk. Melihat anggukan Nahyun, Taehyung bangun untuk beredar. Memberi ruang kepada gadis itu untuk bersendirian.

"Saya nak keluar sekejap. Kalau awak nak makan, saya dah sediakan atas meja." Baru sahaja Taehyung ingin melangkah.

"A-awak..."

Taehyung memusingkan tubuh.

"Ya?"

Lama Nahyun berdiam. Matanya mengerdip beberapa kali. Taehyung hanya menunggu kata-kata Nahyun. Diperhatikan saja raut wajah gadis itu yang sepertinya menahan sesuatu.

"Nahyun, awak okay tak? Nak apa-apa ke?"

"Aniya. Urm...s-saya cuma nak tanya sesuatu."

"Okay...apa dia?" Taehyung mendekati Nahyun semula. Ditarik kerusi itu berjauhan sedikit dari tempat asalnya lalu dia duduk memandang Nahyun.

Nahyun menarik nafas lalu hembus perlahan. Tiba-tiba terasa gugup apabila lelaki itu merenungnya.

"A-ahjussi saya tak ada kat sini kan?"

"Hm...ani. Tak ada." Taehyung menggeleng sambil tersenyum.

"Awak pasti ke?" Kepalanya menunduk dan jarinya menguis-nguis selimut yang menutupi kakinya.

Taehyung mengangguk.

"Wae?" Soal Taehyung. Dia melihat gadis itu menunduk. Matanya tidak lepas memandang wajah tepi Nahyun. Entah mengapa, seperti ada tarikan yang membuatkan dia suka melihat wajah tersebut.

"Eo? Ah...t-tak ada apa-apa."

Taehyung hanya mengangguk.

"Nahyun...saya pula nak tanya awak sesuatu, boleh?"

Nahyun mengangguk.

"Awak ada keluarga lain selain ahjussi awak?"

Nahyun geleng kepala.

"Oh...jadi awak duduk dengan ahjussi je?"

"N-nae..."

Taehyung berfikir panjang. Hari ini Nahyun akan discas. Tidak lama lagi dia akan disuruh berkemas. Jika ahli keluarga lain tiada, ke mana dia ingin bawa gadis itu pergi? Takkan lah dia ingin memulangkan Nahyun kepada ahjussi-nya sendiri?

"Lepas awak discharge, awak nak pergi mana?" Soal Taehyung.

Lama Nahyun diam. Otaknya ligat berfikir. Tetapi, hampa. Dia sendiri tidak tahu ke mana dia akan pergi selepas ini. Maklumat dirinya, duit dan pakaian semua tiada. Semuanya ditinggalkan di rumah ahjussi-nya. Kau bodoh, Nahyun. Bodoh...

Nahyun menjadi sedih. Kepalanya yang sedikit tertunduk, ditundukkan lagi sehingga belahan rambut depannya menutupi seluruh wajahnya. Air matanya bergenang.

"Molla..." Bisik Nahyun perlahan. Dia menggeleng lemah kepalanya. Nahyun sangat malu dengan dirinya. Seakan menagih simpati terhadap orang lain. Walhal dirinya juga tidak mahu nasibnya begini.

Taehyung diam sementara. Terlintas satu idea.

Tak salah kan kalau ajak dia duduk rumah aku? Hmm...

"Nahyun...how about if you stay at my home?"  Pinta Taehyung.

Nahyun pantas menggeleng. Menidakkan kata-kata lelaki itu. Mana mungkin dia menumpang rumah orang yang tidak dikenali. Lelaki pula tu. Jika dia diambil kesempatan olehnya? Tidak naya kah dia? Cukuplah hanya seorang insan yang sepatutnya melindunginya memperlakukan dirinya seperti tidak bermaruah.

"A-andwae, saya taknak...umm takpe saya boleh c-cari tem-"

"Nahyun wait...dengar apa yang saya nak cakap dulu."

Gadis itu senyap.

"Buat masa ini, saya nak awak stay dekat rumah saya dulu. Mana lagi awak nak pergi Nahyun? Hotel? Awak ada duit tak sekarang ni? Takkan saya nak biar awak tidur kat tepi jalan, hm?" Kata Taehyung pedas.

Lama Nahyun diam. Dilemma.

"Family awak...macam mana?"

"Family saya jauh. Saya duduk sendiri."

"Tapi...saya t-taknak susahkan awak."

"Saya tak kisah, Nahyun. Awak tak menyusahkan saya pun. Saya cuma nak tolong je. Boleh kan?"

Niatnya betul. Takkanlah dia sanggup ingin melihat gadis itu tidak berteduh. Apa salahnya jika dia menghulurkan tangan.

"O-okay..." Nahyung mengangguk perlahan.

Dia termenung. Betul ke keputusan aku ni?

Taehyung tersenyum.

-

Taehyung membuka pintu dan masuk. Nahyun pula hanya tercegat di luar pintu.

"Come, get inside."

Nahyun teragak-agak membuka kasutnya dan masuk. Terasa sejuk kakinya apabila menjejakkan kaki ke lantai rumah Taehyung.

Nahyun berdiri tegak di hadapan pintu. Tangan disatukan dan jari-jemarinya disulam. Matanya sahaja bergerak memerhatikan Taehyung yang sibuk mundar-mandir meletakkan barang-barang.

"Hm...so inilah rumah saya. Tak besar pun. Biasa je." Kata Taehyung sambil meletakkan barangnya di atas kabinet dapur.

Nahyun memerhati sekeliling. Mulutnya sedikit melopong. Macam ni dia kata tak besar? Abistu rumah aku duduk dengan ahjussi tu apa? Reban ayam ke?

Taehyung tersengih melihat reaksi gadis itu. Nampak gaya macam terkejut. Dia melihat sekeliling juga, lalu mengangkat bahu sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar.

"A-awak kena bersyukur tau awak duduk rumah macam ni. Kalau nak dibandingkan dengan r-rumah saya. Ibarat langit dan bumi." Ujar Nahyun.

Taehyung mengabaikan kata-kata Nahyun dan hanya tersengih.

"Jom, ikut saya." Pelawa Taehyung sambil berjalan menuju ke bilik.

Nahyun yang terpinga-pinga tersebut hanya mengikuti langkah Taehyung. Mereka tiba di sebuah bilik kosong yang hanya mempunyai sebuah almari dua pintu dan tilam bersaiz queen. Dan sebuah pintu yang Nahyun rasakan adalah bilik air. Boleh tahan besar.

"So, from now on...awak duduk dalam bilik ni-"

"M-mwo?" Nahyun terkejut. Takkanlah...

"Apa yang awak terkejut sangat ni?" Taehyung terhibur melihat reaksi Nahyun sehingga menampakkan barisan gigi hadapannya yang tersusun cantik.

"Aniya...s-saya ingatkan awak nak bagi saya t-tidur ruang tamu."

Taehyung menggeleng keras. Tergamak betul Nahyun berfikir dia seperti itu. Dia masih gentleman tau! Takkan mahu biar anak gadis tidur bergelimpangan di ruang tamu?

"Sampai hati awak fikir saya macam tu. Saya masih ada perikemanusiaan tau."

"M-mianhae..." Wajah gadis itu semakin merah.

Taehyung senyum. "Aniya, takde apelah. So, Nahyun...saya nak pergi dapur kejap. Awak buatlah macam rumah sendiri. Nak apa-apa panggil saya, jangan malu." Taehyung menghadiahkan senyuman dan terus menonong keluar lalu menutup pintu meninggalkan Nahyun seorang.

Nahyun menghela nafas. Langkahnya menuju ke jendela besar yang ditutupi dengan tirai. Dia membuka tirai tersebut dan secara langsung wajahnya disinari dengan cahaya pada waktu petang.

Angin yang meniup lembut menyapa wajahnya membuatkan Nahyun menutup mata. Menenangkan diri untuk menghargai waktu-waktu sebegini. Sudah lama dia tidak berasa bebas seperti ini. Dengan udara yang segar mengosongkan mindanya sementara.

Jika malam itu dia tidak lari, kemungkinan dia masih berada di bawah telapak kaki ahjussi-nya. Dijadikan hamba untuk kesenangan dan kepuasan diri sehingga lupa bahawa anak gadis itu adalah darah dagingnya sendiri. Mengenangkan perkara itu, serta merta air matanya jatuh.

Malang betul hidup kau, Nahyun. Sampai menagih simpati dengan orang lain. Kau tak malu ke menyusahkan orang?

Air matanya bergenang. Wajahnya berkerut menahan tangisan. Penglihatannya semakin kabur. Imej-imej landskap yang dilihat semakin mengembang menandakan matanya penuh dengan air mata.

Anak malang. Omma appa kau mati pun sebab kau. Kau memang pembawa malang, Nahyun. Sampaikan ahjussi kau pun benci dengan kau.

"Hiks..." Nahyun tidak tahan. Esakannya yang halus semakin kuat. Terus ditutup mulutnya dengan tapak tangan. Bimbang jika Taehyung dengar. Dia tidak mahu lagi menyusahkan lelaki itu. Cukuplah dengan menumpangkan rumah.

Menangis dengan banyak membuatkan kepala Nahyun mula pening. Dia menahan beban badannya dengan memegang bar di jendela. Esakannya yang tidak dapat ditahan membuatkan Nahyun sesak nafas.

Tolong berhenti...sakit.

Kepalanya berdenyut kuat. Tidak dapat menahan sakit, kakinya terhuyung-hayang sehingga dia terlanggar objek yang dia tidak perasan itu terjatuh sehingga menghasilkan bunyi kuat seperti objek berat yang jatuh. Nahyun juga ikut jatuh terbaring.

Serta-merta pintu bilik dibuka dari luar dan bunyi derapan tapak kaki melangkah laju ke arah Nahyun.

Pandangan Nahyun samar-samar.

"Nahyun?!"

Dan gelap.

I want to be by your side...to protect you. It seems weird, but I don't know why I feel so warm with you when I just met you for the first time, girl.

TBC

I'm sorry. I'm not a really good author with frequently updates. Sometimes busy and asyik lupa je nak siapkan one chapter, and biasalah...drain ideas! Sorry wahai para pembaca ku sekalian.

***

Vote dan comment amat dialu-alukan ❤️

-taemy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro