2 - First Encounter
-
Nahyun membuka mata perlahan-lahan apabila terasa cahaya yang sangat terang menembusi kelopak matanya. Suasana di sekeliling semuanya kelihatan putih.
Dia bangun. Pergerakannya sangat perlahan memandangkan tubuhnya terasa begitu sakit dan lenguh. Keluhan terlepas. Mungkin terlalu lama agaknya dia baring sehingga badan rasa sakit-sakit begini.
Nahyun memerhatikan keadaan sekeliling. Agak lama untuk dia perasan yang dia berada di hospital sekarang ini. Yelah, kelihatan seperti mewah sahaja, macam bukan hospital. Tetapi, apabila terpandangkan segala alat dan jarum di tangannya, dia tahu.
Nahyun mencabut jarum di tangannya. "Ah...." Rasa sakit ditahan. Dia turun dari katil dan melangkah ke pintu. Tapak kakinya terasa sejuk menjejak lantai marmar. Niatnya hanya ingin keluar sahaja. Dia hairan, bagaimana dia boleh berada di hospital? Siapa yang membawanya ke sini?
Dia menjengah kepalanya keluar. Melihat ke kiri dan ke kanan. Setelah memastikan tiada sesiapa di ruangan koridor tersebut, dia keluar. Tetapi, langkahnya terus terhenti sebaik sahaja dia keluar dari bilik wadnya.
Jantungnya seakan terhenti melihat gerangan lelaki berusia yang sedang berjalan sambil berbual bersama lelaki yang kelihatan seperti doktor. Mulutnya sedikit terbuka.
Ah-ahjussi...
Nahyun memusingkan tubuh dan terus berlari ke arah lain. Dia menuju ke tandas dan menerjah masuk tanpa melihat tandas lelaki atau perempuan.
Dia masuk ke dalam salah satu pintu dan menguncinya. Dadanya berombak dan nafasnya laju. Matanya automatik mengalirkan air mata. Dia duduk di atas tandas yang tertutup lalu memeluk lutut. Air liur ditelan kesat.
Ahjussi ke yang bawa aku ke sini? Tapi, t-tak mungkin. Kalau ahjussi jumpa aku, mesti dia akan bawa balik rumah...
-
"Ahjussi! Hiks...lepaskan Nahyun!" Nahyun menangis apabila dirinya dipaksa untuk masuk ke dalam rumah.
"Aku cakap apa dengan kau haritu?! Kau degil! Kau taknak dengar cakap aku! Sini kau! Masuk!" Ahjussi-nya terus menarik lengan Nahyun dengan kuat.
"Jebal, ahjussi! Nahyun minta maaf! Nahyun janji tak buat lagi!" Tangisannya semakin kuat.
Tubuhnya dicampak ke lantai. Tali pinggang seluar dibuka dan dia melibas pada badan Nahyun. Rayuan Nahyun diendahkan.
-
Tangisannya semakin kuat apabila mengingatkan kejadian-kejadian lepas. Nahyun menutup mulut untuk tidak teresak. Tetapi, dia terlalu takut sehingga tidak dapat menahan esakannya.
Tuk! Tuk!
Bunyi ketukan pintu kedengaran di pintu tandas Nahyun membuatkan dia terdiam. Dia mengelap saki-baki air mata yang ada sambil menyedut hingus.
"Hello? Siapa kat dalam?" Kedengaran jelas suara dalam dan garau membuatkan Nahyun membesarkan mata. Kenapa macam suara lelaki? Dia s-salah masuk tandas ke?
"Hello?"
Nahyun tidak menyahut. Dia menurunkan kakinya perlahan dan bangun. Jarinya memegang tombol pintu tandas dan membuka kuncinya.
Dengan harapan agar suara itu milik wanita, walaupun tidak masuk akal untuk wanita bersuara seperti itu, Nahyun dengan berani, perlahan-lahan membuka pintu sambil menunduk. Tidak mahu melihat siapa gerangan di hadapannya ini.
"Eo? Cik Nahyun? Buat apa kat sini?" Malangnya, gerangan di hadapannya ini adalah lelaki.
"Arghh!!..." Nahyun menjerit lalu dengan panik dia menutup pintu tandas. Tangannya menggeletar mengunci pintu. Lelaki tersebut tersentak. Sedikit terkejut dengan hentaman pintu Nahyun.
"K-kenapa awak ada kat sini?" Nahyun menyoal. Suaranya dikuatkan sedikit dan tubuhnya dijauhkan daripada pintu.
"Saya dengar ada orang menangis. That's why lah saya nak tengok. Cik Nahyun macam mana boleh ada dalam tandas lelaki ni?" Soal lelaki tersebut dengan hairan.
"M-mwo? Tandas lelaki?"
Lelaki tersebut tergelak kecil. "Ya, Cik Nahyun. Saya rasa awak salah masuk." Di luar pintu, lelaki itu tersenyum. Kelakar melihat gelagat gadis ini.
Nahyun hairan. Dia seperti terdengar namanya disebut. "Umm...m-macam mana awak boleh tahu nama saya?" Yelah, dia tidak kenal pun siapa di luar pintu ini. Muka pun tidak pernah lihat apatah lagi namanya.
"Ah...Cik Nahyun lupa ke yang Cik Nahyun pengsan malam semalam dekat bus stop area jalan sunyi tu?"
"S-saya ingat tapi...apa kaitannya? Setahu saya, saya tak pernah jumpa awak pun."
"Kebetulan ada nametag dekat baju awak malam semalam. Saya on the way nak balik then terjumpa awak dengan keadaan awak...teruk. Sebabtu saya bawa awak ke sini." Jelas lelaki itu perlahan. Tidak peduli yang mereka sedang bercakap di antara pintu.
"A-awak yang bawa saya ke sini?"
"Hm..."
"Nama awak apa?"
"Kim Taehyung."
Nahyun hanya diam.
"Cik Nahyun taknak buka pintu ke? Saya rasa awak sorang je perempuan dalam ni." Kata Taehyung setelah beberapa saat mereka diam.
Klekk!
Pintu terbuka. Jelas terpampang wajah lelaki yang membawanya ke hospital. Nahyun tidak berganjak. Malah, tubuhnya hanya statik. Melihat tubuh gerangan lelaki yang tinggi lampai ini membuatkan dia sedikit takut.
"Taknak keluar? Nanti orang lain masuk, naya awak tau. By the way, nurse semua cari awak, Nahyun. Tengok katil awak kosong. Rupanya awak kat sini. Macam mana boleh masuk dalam ni?" Soal Taehyung hairan. Yelah, dia pelik semasa dia datang sebentar tadi, beberapa jururawat kelam kabut mencari Nahyun.
Taehyung juga ikut panik. Baru nak menjenguk, lesap pula gadis itu. Kebetulan sahaja, dia ingin ke tandas dan tiba-tiba terdengar tangisan. Terus terbantut niat.
Tidak sangka pula, pesakit yang dicari ada di sini. Di hadapan matanya. Dengan keadaan yang sama seperti malam semalam tetapi lebih baik. Nasiblah tiada orang yang masuk.
"S-saya takut..." Rintih gadis itu sambil menunduk.
"Wae?"
"A-ahjussi ada dekat l-luar." Suaranya kedengaran bergetar.
"Cik Na-"
"Panggil saya Nahyun je." Nahyun memotong. Dia baru sedar yang lelaki itu memanggilnya seperti itu. Rasa janggal pula.
Taehyung mengangguk. "Nama ahjussi awak, Park Byungji ke?" Soalnya.
"M-macam mana awak tahu?" Nahyun terkejut. Lelaki ni kenal ahjussi ke? H-habislah aku!
"Saya yang call dia semalam. Bagitahu yang awak kat si-"
"Park Nahyun!"
TBC
Aiyo, korang rasa itu siapa eh?
Hmmmmmmmmm...
By the way! Sorreh gais update lambat hshshshhshsh kena writer block :')
***
Vote dan komen amat dialu-alukan ❤️
-taemy
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro