1 - Escaped
-
"Nahyun! Berani kau lari daripada aku, huh?!" Jeritan seorang lelaki yang agak berusia bergema di ruangan bilik di situ.
Nahyun melarikan diri. Dia sempat memukul kepala ahjussi-nya dengan objek yang keras. Pasu. Pecah berderai pasu tersebut. Baru sahaja dia pulang daripada kerja, tetapi sudah mendapat pukulan.
Bukan itu yang Nahyun fikirkan. Dirinya sekarang ini yang sangat penting. Ahjussi-nya malam ini sangat menakutkan. Menjaga maruahnya daripada dihancurkan oleh lelaki yang dahulunya dia menganggap sebagai appa-nya sendiri lebih penting. Nahyun tidak menyangka ahjussi-nya akan bertindak sejauh ini. Disangkakan, hanya didera sahaja, tetapi, segalanya musnah apabila ahjussi-nya menunjukkan belang pada malam itu.
Larian Nahyun semakin laju. Tidak mempedulikan tentang kakinya yang tiada kasut mahupun selipar. Nafasnya tercungap-cungap. Dadanya sesak.
Lariannya tidak henti. Nahyun takut jika ahjussi-nya dapat menangkapnya. Dia tidak mahu menjadi mangsa pemerkosaan ahjussi-nya. Dia tidak peduli. Kali ini, Nahyun nekad untuk melarikan diri walaupun dia tiada tempat untuk dituju.
"Huh! Kau ingat kau boleh lepas daripada aku? No, Nahyun. Never." Sinis senyumannya. Si ahjussi masuk. Membiarkan sahaja gadis itu lari.
Dia duduk di sofa. Fikirannya berlegar-legar memikirkan apa rancangan seterusnya untuk menyeksa Nahyun. Tidak tahulah mengapa dia terlalu membenci gadis itu.
-
Setelah Nahyun merasakan tiada sesiapa yang mengejarnya, dia menghampiri stesen bas yang berdekatan. Badan Nahyun terjelupuk di atas lantai. Nafas diambil sebanyak mungkin. Penat.
Badannya menggigil teruk. Dengan keadaan cuaca yang sangat sejuk, mengeruhkan lagi keadaan Nahyun apabila uniform kerjanya terkoyak pada bahagian bahu akibat ditarik oleh ahjussi-nya. Kedua tangan ditahan di lantai untuk menampung badannya. Air matanya gugur.
Tidak tahan, Nahyun menangis teresak-esak. Tangisannya sahaja yang kedengaran di situ. Sepuas-puasnya dia menangis. Mengeluarkan segala beban. Tetapi, semakin deras air matanya, semakin sakit hatinya mengenangkan nasibnya.
Dadanya ditumbuk sekuat hati seakan ingin menghilangkan rasa sakit yang selama ini dipendam. Apakan daya, gurisan hati yang selama bertahun dipendam tidak mampu memulihkan keadaannya sekarang.
Nafas Nahyun semakin perlahan. Kepalanya berpinar-pinar. Pening. Pandangannya semakin kabur. Matanya dikelip-kelipkan untuk menghilangkan rasa pening. Tetapi, sama saja hasilnya.
Apabila tidak mampu menahan lagi, Nahyun rebah. Kawasan yang tiada orang lalu lalang itu sunyi sepi. Lampu stesen bas yang malap menyukarkan orang lain untuk melihat Nahyun di situ. Jalan raya pula hanya ada dua tiga tiang lampu sahaja.
-
Secara kebetulan, seorang lelaki muda, berpakaian kemeja sut yang agak messy baru sahaja pulang daripada kerja sedang membelok ke arah jalan di mana Nahyun pengsan di stesen bas di situ. Malas nak hadap jam.
Dia mengetuk halus jari-jemarinya pada stereng kereta sambil mendengar radio. Sedang asyik melayan lagu, matanya secara tidak sengaja dilarikan ke arah stesen bas di tepi jalan itu.
Taehyung terkedu melihat seorang gadis muda yang terbaring tidak menyedarkan diri. Taehyung hanya memandu perlahan. Keretanya melepasi stesen bas tersebut. Fikirannya menerawang sama ada ingin melihat ataupun biarkan sahaja. Fikirannya asyik memikirkan pelbagai cerita hantu yang pernah dia tonton.
'Tulah kau! Siapa suruh layan horror movies semalam dengan Yoongi. Padan muka!'
Taehyung mengeluh lalu dia mengambil keputusan untuk u-turn. Manalah tahu tu orang betul kan. 'Haih, apalah nasib aku kena macam ni malam-malam buta.'
Keretanya diparking di bahu jalan. Setelah membuka blazer dan meninggalkan kemeja putihnya sahaja pada badan, Taehyung keluar daripada kereta dan menghampiri tubuh gadis yang terbaring tersebut. Dia melihat keadaan gadis itu. Taehyung tidak dapat melihat wajahnya.
Rambut gadis itu menutupi separuh daripada mukanya. Taehyung menyelak sedikit. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kesan lebam pada bahagian tepi bibir dan matanya. "Cik?! Cik tak apa-apa ke?" Taehyung menggoncang badan gadis itu sekali lagi. Tiada pergerakan.
Taehyung panik.
'Ottokhae?!'
TBC
Kalau sudi, sila vote dan komen. Amat dialu-alukan 🖤
-taemy
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro