Hidup Baharu [ TAMAT ]
" Walaupun berulang kali hasilnya ialah garis satu , usah risau . Takdir Tuhan itu sentiasa indah . "
.
Lima Tahun Kemudian
[ Namjoon POV ]
Aku sudah menginjak 40 tahun .
Aku hidup dengan bahagia dengan isteriku , Kim Nara .
Masih ingat lagi tak tempoh enam tahun yang mendidik aku untuk bersabar , cekal , gigih dan setia ?
Ya , tempoh enam tahun itu memberi aku kekuatan sehingga kini .
Setelah dua tahu berkahwin dengan Nara , aku mula musykil .
Adakah aku sebenarnya punca satu garis pada alat pemeriksaan kehamilan ini ?
Setelah diperiksa oleh doktor , barulah aku mengetahui bahawa akulah yang mandul sebernanya .
Nara berasa sedikit kecewa pada mulanya namun disebabkan cintanya yang kuat kepada aku , dia masih setia dengan aku hingga kini .
Tak sangka , rupa-rupanya selama ini aku yang -- haih .
Tapi tak mengapa , aku pasti . Tuhan telah rancang yang lebih baik untuk aku sekeluarga .
Mungkin aku tiada kesempatan untuk mempunyai zuriat sendiri ,
Tapi nikmat yang Tuhan telah berikan kepada aku amat banyak .
Aku berkesempatan menuntut di universiti , dikenali ramai , aku ada isteri yang taat , dan macam-macam nikmat dan ganjaran lain .
Terima kasih , Tuhan .
[ TAMAT ]
🍀 - Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud ;
• Dan ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman , jika kamu bersyukur Aku akan tambahkan lagi nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) nescaya ketahuilah sesungguhnya azabKu amatlah berat .
Jangan lupa , setiap usaha kita perlu diikuti dengan ikhtiar , doa dan tawakkal .
Teruskan perjuangan , wahai rakan-rakanku ! 🌤 Semoga kekal kuat dan cekal untuk mengharungi hari-hari yang mendatang . 💛
Terima kasih sangat-sangat sebab sudi baca penulisan Wajihah yang banyak kekurangan ni . 💚 Saya doakan yang terbaik untuk semua ! 🌻 Stay safe , stay healthy ! InsyaAllah , amiin . 💖
Maaf kalau ada yang terguris hati , atau merepek . Maaf sangat - sangat .
Alhamdulillah , terima kasih Ya Allah atas semua kurniaanMu kepada kami . ❤
[12 Disember 2020 - Sabtu - 5:18 a.m]
Nurul4Wadi
Wajihahdahlan
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro