Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

7

***

"Abang, nak makan apa malam ni?" Aku bertanya. Asal rasa geli bila aku panggil Jungkook macam tu?

"Saya teringin nak makan ikan siakap tiga rasa. Sayang masak kan eh?" pinta Jungkook. Matanya dibulatkan manakala mulut dimuncungkan. Comel.

"Yalah. Kalau bukan saya, siapa lagi nak masak? Harapkan awak, meletup dapur tu nanti," perliku. Cakap pasal ikan ni, kenapa aku rasa ada sesuatu yang terlupa eh? Aku cuba berfikir namun tidak ingat.

"Hehe.." Jungkook tersengih macam kerang busuk.

"Abang, ambilkan barang dapur lain. Saya nak pilih ikan," suruh aku. Kalau tak berpecah nanti lambat siap jadinya.

"Contoh?" tanya Jungkook.

Aku mengeluh perlahan. Telefon aku diambil dari beg tangan. Aku menaip sesuatu pada aplikasi whatsapp dan menghantarnya pada Jungkook.

"Buka phone abang," suruhku. Dia menurut. Notification dari whatsapp dibukanya. Dia membaca list yang aku senaraikan.

~garam
~gula
~sos cili
~sos tiram
~sos tomato
~sos lada hitam
~kicap
~mayonis
~teh
~kopi

"Barang basah biar saya ambil sendiri. Kalau suruh abang ambilkan, buah busuk pun abang beli," kata ku.

"Sayang, abang tahu sayang ada mulut. Tapi, janganlah bebel panjang sangat. Tak sempat otak abang nak proses," kata Jungkook.

"Sebelum aku tampar kau sampai pengsan dekat sini. Better kau pergi cari barang yang aku suruh sekarang," aku berkata marah. Aku bercakap sikit dah kata membebel. Kalau tak sebab berada di tempat awam, dah lama mulut dia aku gunting.

Jungkook segera berlari menjauhi aku. Aku pula mencari barang di tempat bahan basah.

Sedang aku memilih sayur-sayuran, seorang wanita menegurku.

"Yoona?"

Aku menoleh. Perempuan cantik dihadapan aku dipeluk erat.

"Kakak!" Rindunya aku pada perempuan ni. Dia kakak kandung aku tetapi sejak kecil tinggal degan datuk dan nenek. Sudah 7 tahun kami tidak bersemuka. Dia belajar di luar negara. Di London.Semasa hari perkahwinan aku pun dia tak datang. Tak sempat balik katanya.

Aku memandangnya atas bawah.Memerhati gaya pemakaiannya.

"Ya tuhan, Sexy nya kak! Betul ke kakak aku ni? Dulu punyalah potato. Tapi sekarang, aku tak tahulah macam mana nak cakap,"

"Yalah. Kakak kau la ni, Yoora. Well, aku kan playgirl berjaya." katanya.

"Kakak datang dengan siapa? Bila kakak balik sini?" Sambil bertanya aku memandang sekeliling.

"Aku baru sampai semalam. Aku tidur rumah datuk. Aku datang dengan bf aku. Kau pula datang dengan siapa?" tanya Yoora pula.

"Aku dengan laki aku lah.Kak bila nak kahwin?" aku bertanya soalan yang aku tahu dia takkan jawab.

"Sayang," dua lelaki menegur kami serentak.Yang seorang tu Jungkook. Seorang lagi aku tak kenal. Aku melihat Yoora memaut lengan lelaki itu.

"Nilah boyfriend aku,Jimin," beritahu Yoora.

Aku pula memaut lengan Jungkook.

"Ni pula husband aku,Jungkook." Kenapa aku rasa lawak? Sesi memperkenalkan suami dan bakal suami ke ni?

"Jungkook?"

"Yoora?"

Yoora dan Jungkook nampak terkejut.

"Korang kenal?" tanyaku.

"Ex aku," beritahu Jungkook.

"Korang pernah couple? " tanyaku lagi.

"Ha'ah" Jujur Yoora menjawab. Tak kisah langsung pasal Jimin sebelah dia tu.

"Kami putus sebab kami curang. Yoora ada lelaki lain.Aku pula ada perempuan lain.Seorang playboy dan seorang lagi playgirl. Memang tak dapat diteruskanlah. So, kami setujulah untuk putuskan hubungan," terang Jungkook pula.

"Oouh," aku mengangguk faham.

Tapi aku rasa tak sedap hati. Janganlah Yoora nak bersama Jungkook semula. Aku harap tak ada watak antagonis dalam kisah aku dan Jungkook.

***

Hoho.. Itu tidak mungkin Yoona. Setiap kisah pasti ada watak antagonisnya. Tapi jangan risau. Kau heroin, jadi Jungkook pasti milik kau.

Hi readers. Don't be silent readers please..
Saranghae
muahhhhhh (づ ̄ ³ ̄)づ



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro