Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4

***

Author POV

"Pengantin baru.. pengantin baru.. 🎶duduk bersanding tak tahu malu🎶🎶," Bunyi lagu berkumandang di seluruh taman perumahan Dua Selipar.

Upacara perkahwinan Yoona dan Jungkook telah selesai. Sekarang mereka sah sebagai suami dan isteri.

Majlis persandingan diadakan di rumah Puan Jeon. Yoona dan Jungkook nampak sangat sepadan di atas pelamin yang dihias cantik.

Entah kenapa Puan Jeon dan Puan Min tiba-tiba nak buat majlis ni ala-ala orang melayu. Jungkook dan Yoona turutkan sahaja.

Ramai tetamu yang hadir ke majlis tersebut. Tambah lagi, Puan Jeon ni pengerusi Persatuan Janda Meletopz taman Dua Selipar. Puan Min pula menjadi naib pengerusi.

"Jungkook, kau duduklah sana sikit. Sempitlah," suruh Yoona. Dia rimas duduk berkepit dengan Jungkook dari tadi.

"Ee, yang kau pilih pelamin yang jenis kerusi sempit ni kenapa?" tanya Jungkook. Dia memang sudah tidak boleh ke tepi lagi. Di tepinya ada penghadang.

"Manalah aku tahu, lagipun aku tengok sama jer semua.Warna je lain," kata Yoona.

"Cik dan Encik pengantin, pandang sini," kata jurugambar.

Klik!

Sekeping gambar di ambil. Mereka masih belum bersedia ketika itu jadi keduanya kelihatan sangat hodoh.

"Rapat sikit ya. Biar nampak sweet giteww," ujar jurugambar lelaki yang sedikit keperempuanan itu.Gedik.

Jungkook dan Yoona merapatkan badan mereka.

Klik!

Klik!

Klik!

Beberapa gambar diambil. Jurugambar itu melihat semula gambar yang diambil. Gambar pertama cantik. Dia tersenyum. Jurugambar itu tercengang melihat gambar seterusnya. Ada gambar Jungkook dan Yoona jelir lidah, poker face, bertumbuk dan bermacam lagi. Tak sweet tapi lawak. Atau kata jahatnya, hodoh.

Selesai sesi bergambar bersama photographer itu, Puan Jeon dan Puan Min pula ajak selfie. Penat Jungkook dan Yoona melayan kerenah semua orang pada hari itu.

***

"Mama, Yoona naik tidur dululah. Dah penat," pinta Yoona. Mereka sedang berada di rumah Puan Min. Berbual kosong jer. Biasalah geng makcik bawang.

"Kamu nak pergi tidur kat mana tu? Mulai hari ni bilik kamu bersama Jungkook di rumah mommy kamu ni. Rumah sebelah, " kata Puan Min.

"Alaa.. mama ni. Macam nak halau Yoona je. Mama tak sayang Yoona ek? " tanya Yoona. Setitis air mata palsu mengalir di pipi.

"Kamu tak payah nak berdrama kat sinilah Yoona. Malam ni kamu tinggal di rumah Puan Jeon. Esok kamu pindah ke apartmen yang mama dah belikan," arah Puan Min.

"Yalah," kata Yoona tidak rela.

"Jungkook.Kamu pergilah temankan Yoona.Sebelum tu mama nak ingatkan. Jangan buli Yoona. Buang perangai playboy kamu tu. Faham?" Puan Jeon memberi nasihat.

Jungkook mengangguk. Dia menarik tangan Yoona keluar dari rumah Puan Min. Mereka langsung tidak bercakap. Awkward pula rasanya.

Jungkook melangkah masuk kebiliknya diikuti Yoona. Yoona berlari dan melompat ke atas katil. Jungkook hanya melihat kelakuan Yoona yang seperti berumur 5 tahun. Padahal umurnya sudah 25 tahun. Jungkook pula 26.

"Kau nak aku tidur mana? Sekatil atau aku tidur bawah?" tanya Jungkook.

"Kau tidur bawah eh? Aku tak selesa lah tidur sekatil dengan lelaki.Kau ni bukan boleh percaya sangat," kata Yoona pada Jungkook.

"Yalah."

Jungkook mencapai sebiji bantal lalu diletak ke lantai. Dia berbaring.

"Kau ingat aku gatal sangat ke? Kalau aku buat sesuatu pun bukannya berdosa. Kita dah sah sebagai suami isteri.
Aku boleh je tunaikan tanggungjawab aku malam ni, " kata Jungkook matanya dipejam untuk tidur.

Yoona menelan air liur apabila mendengar kata-kata Jungkook.

"Kau sejuk tak tidur kat situ?" tanya Yoona. Kesian pula melihat suaminya tidur beralaskan bantal jer.

Jungkook senyap. Dah tidur mungkin.

***

Hi..
Selamat Hari Raya Aidiladha bagi yang muslim.
Banyak tak dapat daging?
Haha..
Saranghae from Yuyu..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro