14
***
"Sebab apa kau gaduh dengan Jungkook?" Yoora bertanya setelah dua hari Yoona tinggal di rumahnya. Mulutnya yang penuh dengan nasi goreng dibiarkan.
"Ish kakak ni!Telan lah dulu tersembur tahu tak?!" Marah Yoona. Yoora tersengih.
"Sebenarnya macam ni..." Yoona mula bercerita dari awal sampailah ke akhir. Yoora pula terangguk-angguk dari tadi. Terlabih faham kot.
"Jadi kau kahwin bukan sebab cintalah?" tanya Yoora dan Yoona mengangguk.
"Kau dalam proses rancangan mencintai Jungkook dan Jungkook musnahkan segalanya?" tanya Yoora lagi. Sekali lagi Yoona mengangguk.
"Aku tahu macam mana nak ubat kesedihan kau ni untuk sementara," kata Yoora.
"Macam mana?" tanya Yoona teruja.
"Let's shopping!" jerit Yoora. Teruja sangat gamaknya.
Yoona juga tersenyum. Laju dia mengangguk tanda setuju.
***
Yoona dan Yoora berjalan-jalan disekitar mall. Ditangan mereka penuh dengan beg kertas berisi pakaian dan barangan-barangan lain yang dibeli.
"Kak, kau tahu tak? Keb--"
"tak" pantas Yoora menjawab. Sengaja tidak membiarkan adiknya menyambung ayat.
Yoona mengembangkan hidung ke arah kakaknya.
"Ok. Sila sambung," kata Yoora.
"Kebelakangan ni aku rasa pening dan mual. Kenapa eh?" tanya Yoona.
"Mana lah aku tahu. Aku bukan doktor. Kau salah makan agaknya," kaya Yoora.
"Ya juga kan? Tapi aku makan makanan sama dengan kakak. Kenapa kakak tak kena?" tanya Yoona hairan.
"Kau jangan tanya aku. Aku tak tahu," kata Yoora lalu berjalan laju meninggalkan Yoona di belakang.
Tidak lama kemudian, langkahnya terhenti. Yoona yang mengejarnya juga segera berhenti sebelum terlanggar belakang Yoora.
Yoona menjenguk ke depan.
Ada Jungkook dan sebelah dia Bae Ra.
"Baru ni menangis tak nak aku tinggalkan dia. Sekarang, buat lagi. Dasar Jungkook tak guna! Jungkook kelapa! Jungkook..." Hamburan Yoona terhenti apabila melihat Bae Ra mencium pipi Jungkook.
Air mata Yoona mengalir. Dia tidak sanggup untuk melihatnya lagi. Segera Yoona berlari keluar dari mall. Nasib baik dia tidak membeli barangan terlalu banyak seperti Yoora. Senang sikit nak berlari.
Yoora mendekati Jungkook dan Bae Ra.
"Ehem," Yoora berdehem.
Jungkook dan Bae Ra berpaling.
"Mesra nampak. Tak ingat bini ke?" sindir Yoora.
"Kook, siapa ni?" tanya Bae Ra.
"Kau tak perlu menyibuk," kata Yoora. Dahi Bae Ra ditunjalnya. Kemudian tangannya disapu pada lengan baju Jungkook. Jijik.
"Ni kakak Yoona," beritahu Jungkook pada Bae Ra.
"Jom Kook. Panas lah dekat sini. Mungkin sebab dekat dengan orang yang banyak dosa. Tiba-tiba je datang terjah orang," kata Bae Ra lalu menarik Jungkook pergi.
Tak sedar diri punya perempuan. Dia yang banyak dosa.
"Aku harap korang bahagia to the hell!!" laung Yoora kuat.
***
"Dah lah tu, dik," pujuk Yoora.
Belakang tubuh adiknya ditepuk perlahan.
Yoona masih lagi menangis walaupun sudah tiba di rumah. Payah juga nak pujuk Yoona ni.
"Kau cinta kan Jungkook kan?" tanya Yoora.
"Aku tak tahu," jawab Yoona dalam tangisan.
"Kalau kau nak tahu, Projek Jatuh Cinta kau dah berjaya dan kau telah serta masih cintakan Jungkook. Tiada siapa yang boleh hilangkan rasa cinta kau walaupun ianya Jungkook sediri," kata Yoora.
"Kau kena lawan si Bae Ra tu. Kau sanggup ke dia rampas Jungkook dari kau?" tanya Yoora pula.
Yoona terdiam namun suara tangisannya masih kedengaran.
"Aku tahu adik aku ni kuat. Mana adik aku yang dulu? Yang selalu ceria. Selalu nak menang? Kalau Baerak tu boleh rampas Jungkook dari kau, kau pun boleh rampas dia balik," kata Yoora. Dia cuba untuk membuat adik kesayangannya itu bersemangat semula.
Yoona mengangkat mukanya.
"Kau betul kak. Aku akan rampas Jungkook semula dari dia," kata Yoona.
"Kau jangan pergi bunuh pula si Bae Ra tu," Yoora mengingatinya. Takut juga kalau Yoona ni pergi buat kerja gila.
"Aku tak gila, kak"
***
😋😋
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro