13
***
"KAKAK!!" Aku melaung memanggil kakakku di hadapan rumah sewanya.
Loceng dah ditekan berkali-kali tapi tuan rumah tetap tak keluar. Dahlah orang tengah sedih, dia tak nak buka pintu pula.
"KELUAR LAH KAKAK!! ADIKMU DATANG NI!! BUKA PINTU NI! KAKAK!!" Dah macam orang gila meroyan aku depan rumah kakak ni.
Pintu dibuka dari dalam.
"Kamu dah kenapa terpekik terlolong depan rumah orang ni? Tak tahu malu ke?" tanya kakak ku. Aah.. Malu tak malu. Sekarang aku nak peluk kakak sambil nangis. Acah drama gitew..
"Bukalah pagar ni dulu kak! Penat dah aku berdiri dekat depan ni," suruhku. Dah naik kejang kaki aku. Dekat sejam berdiri dekat sini. Nak balik rumah mama, Yuyu tak bagi.
Kakak membuka pintu pagar. Aku segera berlari memeluknya.
"Eh, kau kenapa ni dik?Bawa beg baju bagai?" tanya kakak risau. Aku tidak menghiraukan soalannya. Aku terus menangis sampai puas.
Selepas tangisanku sedikit reda, kami berjalan masuk ke dalam rumah.
"Kakak, Yoon nak tumpang duduk sini sekejap. Boleh?" pintaku sebelim menyedut hingus yang hampir meleleh.
"Kakak tak kisah. Jungkook tak marah?" tanya kakak.
Mendengar nama Jungkook, tangisanku datang semula. Aku meraung kuat.
Kakak menarikku ke dalam pelukannya. Kepaluku diletak atas bahu kakak.
"Kau kenapa ni? Gaduh dengan Jungkook?" Tanya kakak.
Aku mengangguk dalam pelukannya.
"Nanti kakak bercakap dengan dia. Kamu pergi rehat dulu. Kamu duduk sebilik dengan kakak dulu. Bilik lain kakak tak kemas lagi," kata kakak. Aku mengikut kakak yang ingin menunjuk biliknya.
***
Jungkook POV
"MOMMY!! KOOK NAK YOONA!!KOOK RINDU YOONA!!MOMMY TOLONGLAH KOOK!!" Aku meraung di hadapn mommy.
Badan mommy kupeluk erat.
"Jungkook, kenapa ni? Cuba cerita elok-elok. Mommy tak faham ni. Apa dah jadi?" tanya mommy. Pening mommy nak faham apa yang terjadi dengan cara aku bercerita.
Macam mana nak faham? Aku bercerita sambil meraung, sedut hingus, dan merengek serentak. Siapa je boleh faham?
"Macam ni..." aku bercerita dengan keadaan yang sedikit tenang. Aku mengakhiri cerita itu dengan air mata yang bercucuran.
"Salah kamu juga. Yang kamu buat macam tu dah kenapa?" tanya mommy.
"KOOK NAK YOONA!! MOMMY TOLONG LAH KOOK PUJUK YOON BALIK!!" pintaku. Aku memeluk mommy erat. Mommy menepuk belakangku perlahan.
"Yalah. Nanti mommy cuba," kata mommy. Aku tersenyum gembira. Pipi mommy aku kucup sekali.
Korang mesti kata aku ni anak mommy kan? Memang aku anak mommy. Dia yang lahirkan aku. Bukannya korang.
End of POV.
***
"Mommy, Jungkook bergaduh ke dengan Yoona?" tanya Bae Ra kepada Puan Jeon.
"Kamu jangan nak sibuk dengan rumah tangga orang. Semua ni terjadi sebab Bae Ra. Kalau tak mereka mesti masih bahagia," kata Puan Jeon.
"Betul lah tu. Mereka bergaduh," fikir Bae Ra.
"Mommy, bukan salah Bae Ra. Jungkook yang setuju nak tolong," beritahu Bae Ra.
Puan Jeon diam.
"Mommy, Bae Ra tengok Yoona tu kuat cemburu lah. Mesti susah nak buat Jungkook bahagia," kata Bae Ra cuba menghasut Puan Jeon.
"Apa maksud kamu?" tanya Puan Jeon. Dahinya berkerut.
"Mommy tak nak ke Jungkook tu selalu bahagia? Kalau kahwin dengan Bae Ra mesti dia tak rasa semua ni. Bae Ra cadangkan mommy suruh Jungkook ceraikan Yoona dan kahwin dengan Bae Ra," kata Bae Ra.
Puan Jeon tersenyum dan mengangguk-angguk. Bae Ra tersenyum kemenangan.
"Kau ingat aku tak tahu. Kau sengaja buat macam tu sebab nak dekat dengan Jungkook!! Kau tu perempuan murahan! Aku selalu nampak kau keluar dari club dengan lelaki!! Aku buat-buat tak tahu je! Sedar tak yang kau tu anak yatim?!! Aku yang besarkan kau. Bagi kau duit untuk makan minum. Sekarang kau nak hancurkan hidup anak aku?!!" kata Puan Jeon marah. Segala yang dipendam selama ini dihamburnya. Biar budak Lee Bae Rak ni tahu apa jadi kalau Puan Jeon marah.
"Nyah kau dari rumah aku sekarang!! Aku tak nak tengok muka kau lagi!!" halau Puan Jeon.
Bae Ra terkedek-kedek berjalan keluar dari rumah. Sesekali air matanya diseka. Ngeri sangat tengok Puan Jeon marah.
***
😶😶😶
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro