Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10

***

Jungkook POV

Aku berjalan-jalan di kota London ini. Cuba menghilangkan rasa rindu pada Yoona dengan mencuci mata.

"Jungkook," tegur seorang perempuan. Aku rasa macam pernah tengok. Siapa eh?

"You dah lupa I Jungkook? Baru berapa bulan kita tak jumpa, sayang," kata perempuan itu. Lenganku dipegangnya.

Dari cara percakapannya aku tahu dia gf aku. Tapi yang mana satu? Aku tak ingat.

"Maaf. Cik salah orang ni. Saya pergi dulu," aku menepis lembut tangannya lalu berlalu pergi.

"Sayang! Baebi sayang! Sampai hati you buat I macam ni. Sayang!" perempuan itu menjerit. Kakinya dihentak kuat ke tanah. Sekali tengok macam beruk meroyan pun ada.

Namun aku hiraukan. Dah Ada Yoona buat apa yang lain. Nanti mengamuk pula king kong kat rumah tu. Aku juga yang susah nak pujuk balik.

Setelah puas berjalan, aku memasuki sebuah mall. Aku berpusing pula dalam mall tu.
Sedang aku berjalan tanpa hala tuju, aku terlihat sehelai dress putih bercorak bunga pink paras lutut yang dipamerkan di hadapan sebuah butik.

Kalau Yoona yang pakai mesti cantik ni. Aku masuk ke dalam butik untuk melihat-lihat.

"Encik, boleh saya bantu?" tanya seorang pekerja wanita. Dia seorang yang cantik dan ramah. Okay juga kalau jadi nombor dua ni.

Tak! Tak boleh! Ingat Yoona, Jungkook. Ingat Yoona. Aku mengeleng kepala laju.

Pekerja itu memandang aku semacam. Pelik tengok aku geleng-geleng kepala dari tadi mungkin. Alaa.. Biarlah. Kalau aku nak gelek-gelek pun aku buat je.

"Boleh saya tengok dress putih yang dekat depan tu?" pintaku.

Pekerja wanita itu tersenyum lantas mengangguk. Aah! Manisnya senyuman dia. Sebelum dia berlalu, aku melihat tag nama yang dipakainya. Laila. Nama secantik tuannya.

"Encik ini dress nya," Laila menghulurkan dress yang aku minta.

"Ini design terbaru. Kalau hadiahkan pada teman wanita encik, mesti dia suka," petah Laila berkata-kata untuk mempromosi produk jualannya.

"Saya mahu beli yang ini," beritahu aku. Aku cuba meberi senyuman sekacak mungkin padanya.

"Baiklah. mari ikut saya ke kaunter untuk bayaran," arah Laila. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya. Ni memang nak goda aku ke apa ni?

Buat Yoona di rumah. Maaf, sayang. Abang masih tidak mampu melawan godaan gadis cantik ini. Restukan kami ya? Paling tak pun jangan hentam abang dengan lesung batu sudahlah.

"Ini resitnya encik," Laila menghulurkan resit dan beg plastik berisi dress tadi.

"Terima kasih. Cik boleh saya tanya?" pintaku.

"Apa?"

"Cik adik manis ni single ke taken?" tanyaku gatal. Nak try je. Mana tahu dapat. Hehe..

"Saya dah bersuami encik. Ada apa-apa lagi?" tanyanya.

Empat perkataan darimu berjaya membuat hatiku retak seribu. Acah drama je ni. Yoona tetap di takhta paling atas dalam hati. Queen di hatiku. Setakat rupa Laila ni, peringkat lekat tak lekat je.

"Tak apalah. Saya pergi dulu," kataku lalu berlalu pergi. Aku pulang ke hotel. Esok aku balik Korea. Tak sabar nak tengok Yoona pakai dress ni. Mesti cantik.

***

Hi! Hi!
Please please vote vote and and comment comment if if you you like like this this story story..

Mood Yuyu tak betul sudah datang. Haha..
SARANGHAE READERS!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro