Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1

***

Yoona POV

"Mama, Yoona tak nak kahwin! Lagi-lagi dengan si Jungkook tu," bantah Yoona sekeras-kerasnya.

"Kenapa? Apa yang kurangnya dengan Jungkook tu? Pekerjaan pun bagus. Sesuai je mama tengok kamu dengan dia. Sudah. Kamu jangan nak bantah lagi. Tarikh perkahwinan dah di tetapkan.Kamu jangan nak buat hal, " kata mamaku,Puan Min Aeri lantang.

"Tapi mama, Jungkook tu playboy. Yoona tahulah. Yoona kawan baik dia dari keil lagi. Mama, tolonglah. Yoona taknak kahwin dengan Jungkook. Tak nak. " Muka mama yang sudah merah menahan marah, aku hiraukan.

Aku sangat-sangat tidak mahu berkahwin dengan Jungkook, si playboy berjaya atau lebih tepat lagi international playboy tu. Walaupun dia tu kawan baik aku sejak kecil dan tinggal sebelah rumah aku jer, keputusan aku tetap tak nak.

"Min Yoon Na! Sebelum mama kurung kamu dalam stor, lebih baik kamu diam dan ikut cakap mama!" kata mama berang.

Aku terus diam menikus. Tak nak kahwin dengan Jungkook tu memanglah tak nak. Tapi dengan orang gila pun aku sanggup kahwin kalau mama ugut nak kurung aku dalam stor.

Entah binatang apa yang ada dalam stor tu. Lipas,tikus,ulat bulu,kucing,kambing.Semua aku tak suka. Semua aku benci. Haiwan yang aku suka hanyalah ikan. Aku ada bela tiga ekor ikan emas, Lala,Lili dan Lulu. Eh, tiba-tiba cakap pasal binatang. Sambung balik.

Mama berlalu pergi. Aku juga berjalan ke bilikku di tingkat 3.Pintu bilik aku hempas kuat. Aku nak merajuk.Tapi,tak semena-mena, pintu tu tercabut dan terhempas ke lantai hingga menghasilkan bunyi yang kuat. Tergamam aku dibuatnya.

"Yoona! Bunyi apa tu? " tanya mama sambil menaiki tangga.
Aku yang gelabah segera berlari ke beranda. Pagar beranda aku panjat lalu aku melompat ke beranda rumah sebelah, beranda bilik Jungkook. Lubang yang memisahkan dua beranda ni hanya dua meter.Jadi,senanglah aku nak lompat sana sini. Tetapi, kalau jatuh dari tingkat 3 ni, innalillah juga jawabnya.

Aku mengetuk pintu kaca bilik Jungkook kuat. Dua kali ketukan, Jungkook menyelak langsir dari dalam. Dia segera membuka pintu apabila melihat reaksi cemasku.

Aku terus masuk lalu menutup pintu dan langsir.Aku terduduk lega. Jungkook pula kembali berbaring di katilnya. Telefonnya diambil lalu menyambung perbuatannya yang tergendala kerana aku.

"MIN YOON NA!! " suara mama jelas kedengaran bagaikan halilintar. Mengamuk sudah mamaku.

"Kau rosakkan apa pula kali ni? " tanya Jungkook. Matanya masih ralit memandang skrin Iphone X nya. Dia sudah biasa dengan perangai aku yang suka rosakkan barang.Disinilah tempat aku menyorok dari amukan raksasa ganas iaitu mama.

"Aku tercabutkan pintu bilik, " beritahuku jujur. Buat apa nak menipu kan? Buat tambah dosa je.

Aku melompat naik ke katil Jungkook dan baring disebelahnya. Aku juga melihat skrin telefon Jungkook.

"Weih,Yoon. Cuba kau tengok.Mana lagi cantik?" tanya Jungkook. Skrin Iphone nya di scroll ke kiri dan kanan. Gambar dua gadis muda ditunjuk pada aku.

Sedarlah pak cik oii. Orang yang kau tanya ni bakal bini kau. Boleh pula kau suruh aku pilihkan girlfriend. Tapi aku okay je. Bab jadi juri ni aku suka.

"Yang ni cantik tapi badan dia hmm," aku mengeleng beberapa kali tanda tidak setuju.

"Yang ni pula langsung tak cantik. Bibir macam kena sengat lebah. Hidung macam gua. Kening macam ulat bulu. Aku lagi cantik, " sempat lagi aku puji diri lepas kutuk orang. Jungkook pula hanya mengangguk mengiakan.

"Eh, kau tak kerja ke? " tanya Jungkook pada aku. Mungkin baru perasan yang aku tak kerja.

"Tak hari ni restoran tutup. Ada masalah sikit," beritahu aku. Aku ni sebenarnya seorang chef di restoran mewah bernama 'Jinnies'. Restoran 5 bintang terkemuka di kota Seoul ni. Bab memasak memang kepakaran aku.

"Kau pula?" tanya aku balik.

"Hari Khamis ni aku terbang ke China, " ujar Jungkook.Dia seorang juruterbang. Sebab tulah dia ni international playboy. Setiap negara yang dia pernah pergi mesti ada sekurang-kurangnya satu girlfriend dia.

"Jangan lupa bawa balik oleh-oleh untuk aku tau? "pintaku.

"Yelah, " jawab Jungkook pendek.

"Yoona! Mama kamu datang cari kamu ni, " panggil Puan Jeon dari tingkat bawah.

Gulp!

Air liurku ditelan kesat.

***

Story baru from Yuyu di sini..
Jangan lupa vote and comment tau..
😘😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro