Bab 8
Buka - buka sahaja mata Khalyla pagi itu semuanya menjadi gelap gelita. Eh kenapa ? Elektrik tak ada ke ? Ke dah buta mata si Khalyla ni disebabkan tengok girlfriend Zaim semalam ?
Hahahaha tak ada maknanya semua tu. Mau tak gelap kalau dah tidur bawah katil. Sedih + frust menonggeng punya pasal disebabkan semalam. Menangis tak berlagu Khalyla dibuatnya. Satu familynya tidak tahu pasal ni langsung.
" Hmmm kenapa la kau ni perasan sangat Khal ? Zaim takkan anggap kau lebih dari kawan baik dia lah...Siapa aje yang nak buat kau jadi someone special ? " ngomel Khalyla sendiri di bawah katil..
Khalyla Najwa boleh buat tidur bawah katil dari semalam. Haish orang sedap - sedap tidur atas katil dengan tilam yang empuk ! Dia boleh tidur atas lantai yang sejuk dan keras tu ?
Bila difikir - fikirkan balik, memang macam - macam berlaku di usianya yang umur 22 tahun ni. Hmmm birthday party tahun ni pun memang satu kejutan yang amat terkejut lah untuk Khalyla bila Zaim kenalkan girlfriend dia.
" Hmmm tapi kenapa girlfriend Zaim tu macam familiar ea ? Macam aku pernah nampak .. Siapa dia ea ? " ngomel Khalyla.
Tok ! Tok !
Pintu bilik Khalyla diketuk. Tetiba kedengaran suara Radeyah.
" Khal bangun ! Dah pukul berapa dah ni...tahu lah cuti pun...tapi jangan lah bangun lewat..."
Ya. Disebabkan semalam birthday Khalyla so dia bagi cuti untuk semua pekerja kedai bunganya hari ini. Baikkan Khalyla dengan pekerja - pekerjanya.
Khalyla diam. Tiada respon. Sengaja dia mendiamkan diri.
Tetiba kedengaran pintu bilik Khalyla dibuka. Tapak kaki Radeyah menjejak masuk ke dalam bilik anak perempuannya.
" Eh ? Mana budak ni pergi pulak ? Pagi - pagi dah keluar ke ? " ngomel Radeyah. Hahaha mak anak kerja nak mengomel aje.
Khalyla hanya mendiamkan diri di bawah katil. Haish umur bru semalam masuk 22 tahun sekarang dah buat perangai macam budak 2 tahun.
Beberapa minit selepas itu, kedengaran pintu bilik di tutup. Khalyla berfikir yang mamanya telah keluar dari bilik maka dia pun keluar lah dari bawah katil. Dia duduk di atas lantai di sisi katilnya. Lutut dirapat hingga ke dada.
Seketika Khalyla melirih ke gelang tangan yang sejak malam tadi dipakainya. Tengok sahaja akan gelang padora itu , semuanya terimbas kembali. Hmmm kenapa Zaim kena ada girlfriend ? Kenapa aku nak kena suka Zaim ?
Lepas sahaja Khalyla beredar meninggalkan Zaim dan girlfriendnya yang bernama Syafa Aqeera itu , dia terus mencari kawan baiknya si Delisha sebab kebetulan Del tengah memandangnya dari jauh. Khalyla cuba menghapus air matanya lalu masuk ke dalam rumah dengan Delisha menuju ke tingkat atas. Nasib masa tu semua family Khalyla tengah sibuk melayan tetamu masing- masing. Tak ada sesiapa lah yang sedar akan keadaan Khalyla tika itu.
Masa tu hanya Delisha yang mampu tenangkan dirinya. Delisha sahaja yang memahami dirinya.
" Aku baru aje buka hati aku setelah sekian lama tertutup di sebabkan Naufal...tapi kenapa semua jadi macam ni pulak ? Sakit sangat hati ni rasanya...arghhhh aku benci perasaan jatuh cinta ni ! " gumam Khalyla di dalam hatinya.
************
Sejak dari itu , Khalyla seakan mengelakkan dirinya sedikit dari bertemu dengan Zaim. Bermacam - macam alasan yang diberikan jika Zaim ajak berbual or apa - apa aje.
Khalyla nak move on dari Zaim. Kalau dia masih rapat dengan Zaim pasti susah buatnya. Mencintai Zaim dalam diam membuatkan hati Khalyla sakit sangat. Hmmm. Dia nak lupakan Zaim tapi macam mana ? Kalau dah duduk rumah pun sebelah - sebelah.
" Khal..." panggil mama.
Khalyla hanya termenung di hadapan televisyen. Dari tadi lagi Radeyah perasan bukan anak perempuannya ini tengok televisyen tu tapi televisyen tu yang tengok dia. Khalyla masih termenung jauh. Sampai nak tembus televisyen tu dibuatnya.
" Khalyla Najwa ! " teriak Radeyah di telinga anaknya itu.
Terkejut Khalyla dibuatnya. Pantas dia menutup kedua telinganya lalu memandang dengan riak wajah yang pelik ke arah Radeyah di sisinya.
" Apa ni mama jerit dekat telinga Khal ? Pekak nanti macam mana ? Jatuh saham Khal tahu...nanti tak ada siapa pun nak masuk meminang..." melalut Khalyla.
Apa kebendanya sampai ke isu meminang pulak si Khal ni.
" Dah mama panggil perlahan - lahan tadi kamu tak dengar....sah belum lagi mama jerit kamu memang dah pekak ! " kata Radeyah.
" Ish mama ni..." degus Khalyla. Dipeluknya kuat batal kecil sofa.
" Anak mama ni kenapa sebenarnya ? Dari tadi termenung jauh aje nampak ? Ada masalah ke ? Kedai bunga Khal yang popular sangat tu ada masalah ke ? " tanya Radeyah prihatin.
Khalyla terdiam jadinya. Hmmm mama sendiri nampak perubahan aku ke ?
" Hah satu lagi breakfast pagi tadi pun...mama terkejut gila...Khal makan sikit kot..Kenapa ni Khal ? Setahu mama anak mama tak makan banyak tu aje..." tambah Radeyah.
Errr yelah...hari ni Khalyla tak ada selera sikit. Hmmm entah lah bila tengok makanan aje teringat si chef mama korea senget tu ! Benci pulak aku tengok makanan ! Arghhhhh. Semua disebabkan dia.
" Tak ada apa - apa lah maa...Khal okay aje..Kedai bunga pun okay...pasal makan breakfast sikit tu sebab....errr sebab...makanan mama masak pagi tadi tu masin sikit lah...tu lah Khal tak makan banyak...Okay lah maa...Khal nak naik atas dulu...nak bersiap...kejap lagi nak keluar dengan Del..." kata Khalyla cuba mengelak dari mamanya jika ditanya macam - macam lagi.
" Hah ? Aku masak masin ? Ehhh aku masak okay aje selalu. Biar betul Khal ni ? " soal Radeyah sendiri.
Setelah bersiap dengan berpakaian simple Khalyla mula keluar menuju ke keretanya. Tetiba kebetulan Zaim Asfar juga hendak keluar dan menuju ke keretanya. Khalyla malas hendak berborak or bertemu dengan Zaim. Cepat - cepat dia hendak masuk ke dalam keretanya. Namun hampa apabila Zaim lebih pantas menegur.
" Eh Khal ? Nak keluar juga ke ? " tanya Zaim.
Langkah Khalyla terhenti. Dia menoleh ke arah Zaim lambat - lambat.
" Haah aku nak keluar...errr kau ? " kata Khalyla.
" Oh..aku pun nak keluar ni...dengan girlfriend aku...nak date..." kata Zaim sambil tersenyum lebar.
Dengar - dengar sahaja Zaim kata " nak keluar ni dengan girlfriend aku nak date " hati Khalyla dirundung rasa sakit + sedih...
" Okay lah Khal aku gerak dulu..bye take care ya.." kata Zaim seraya masuk ke dalam kereta.
Tinggallah Khalyla yang hanya terpaku sendiri di situ..Hmmmm Ya Allah kuatkan aku. Jika aku memang tiada jodoh dengannya. Hapuskan segala perasaan cinta dan sayang ini.
Selepas itu Khalyla juga masuk ke dalam keretanya. Dia mula bergerak untuk berjumpa dengan Delisha seperti yang dijanjikan.
Khalyla dan Delisha jalan bersama-sama melihat butik - butik baju yang ada di dalam shopping mall AEON itu. Pelbagai baju yang cantik menarik perhatian mereka..
Delisha ada juga membeli beberapa helai baju kesukaannya. Khalyla hanya menemani sahaja. Dia malas nak beli baju apa - apa tika ini.
" Del kau cari lah dulu ea baju kau...aku tunggu kat luar jap.." kata Khalyla.
Seketika dia mula bergerak keluar dan tunggu di luar. Khalyla memilih tempat duduk yang telah disediakan di luar butik baju tersebut. Seketika dia bermain telefon bimbitnya. Di buka aplikasi whatsapp. Khalyla juga melihat status story whatsapp kenalannya. Dilihat satu persatu. Selepas itu tiba - tiba muncul story Zaim yang mengatakan.
Hmmmm alaa...hari ni tak jadi date pulak....
Dia busy katanya... Its okay...next time kita jumpa ya babe..
Khalyla mencebik sendiri ! Eleh Zaim ni tak jadi date pun nak letak story ? Hish meluatnya aku ! Hahahah tapi padan muka dia tak jadi date ! Wekkkkk 😝😝😝
Khalyla akhirnya menutup telefon bimbitnya lalu disimpan ke dalam beg tangannya. Seketika pandangan Khalyla dilemparkan ke suatu arah. Tanpa disangka - sangka dia melihat Naufal ada di sebuah butik baju juga yang berdekatan.
" Naufal pun ada dekat sini ? " desis hati Khalyla.
Sudah lama Khalyla tidak terserempak dengan Naufal. Tup tup terjumpa pulak dekat sini. Tetiba muncul seseorang di samping Naufal yang mampu menyentakkan hati Khalyla.
" Eh tu kan....girlfriend Zaim...Syafa Aqeera ? " desis hati Khalyla terkejut..
Zaim letak story cakap dia tak jadi date dengan girlfriend dia sebab girlfriend dia sibuk. Sibuk apa nya kalau sebenarnya dia keluar dengan Naufal....and wait a minute. Kenapa syafa girlfriend Zaim punya pakaian nampak lain macam sangat?
Malam tu masa datang rumah aku , amboii pakai baju kurung pastu bertudung litup bagai tapi kenapa hari ni...seksi gila ? Free hair pulak tu. Macam ada yang tak kena aje ni ?
Seketika Khalyla mula bangun lalu menyorok di bahagian baju - baju di butik yang sedang Delisha mencari baju. Khalyla menyorok takut Naufal dan si Syafa tu nampak akan dirinya.
" Eh jap..hah aku dah ingat ! Patut lah familiar sangat bila first time aku jumpa dengan girlfriend Zaim hari tu...Perempuan tu lah skandal Naufal masa Naufal bercinta dengan aku dulu ! Hish tak guna punya Naufal ! Perempuan tu pun sama ! Dia nak mainkan hati Zaim ke hah ? " ngomel Khalyla di dalam hatinya.
Diperhati aksi - aksi Naufal dan Syafa ! Duk berpegangan tangan la apa lah...Hmmm aku kena bagitahu Zaim juga pasal ni..Dia kena tahu macam mana sikap girlfriend dia bila dekat belakang dia !
#Apa yang akan terjadi ? Nak ke Zaim percaya semua kata - kata Khalyla ? Keep vote and comment ya 😊💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro