Bab 3
Beberapa hari kemudian , Khalyla berkunjung ke rumah mummy Sakina lagi dengan membawa sedikit bekal makanan yang dikirimkan oleh mamanya,Radeyah.
" Eh Khal ? " tegur Ziyad Yazeed a.k.a along merangkap anak sulung mummy Sakina hehe.
" Hai along...." Sapa Khalyla di muka depan pintu rumah mummy Sakina.
" Masuk lah Khal...." Jemput Ziyad.
Seketika Khalyla terus melangkah masuk. Alah tak payah jemput pun, Khalyla memang akan masuk pun hahahah ni kan rumah kedua baginya. Khalyla melihat sekeliling mencari sesuatu.
" Cari apa tu Khal ? Mummy ke ? " tanya Ziyad sambil melangkah menuju ke dapur bersama bekal makanan yang diberikan oleh Khalyla tadi.
" Haah ....mummy mana ? Tak Nampak pun ? Sunyi aje. " jelas Khalyla sambil mengikut langkah Ziyad ke dapur.
" Oh mummy pergi rumah makcik sebelah...membawang agaknya....." kata Ziyad selamba.
" Amboii along...mengata mummy ya...nanti Khal report kang ! " balas Khalyla.
" Hahaha tak ada lah..along gurau aje...ish Khal ni...gurau pun tak boleh....asyik nak report aje kerja dia ni..." kata Ziyad. Ya Ziyad agak rapat juga dengan Khalyla ni. Dia anggap Khalyla ni dah macam adik kandungannya dah.
Tetiba Khalyla terdiam. Huish nak buang air kecil lah pulak ! Ziyad sedar akan perubahan Khalyla yang tetiba tu.
" Kenapa Khal ? tetiba diam ? "
" Errr along....Khal...Khal..nak pinjam toilet kejap boleh ? Nak buang air kecil pulak tiba – tiba....." jelas Khalyla.
" Oh patut la...hah pergi lah....alah macam tak biasa pulak.." kata Ziyad.
Khalyla terus melangkah ingin menuju kearah toilet namun tiba – tiba langkahnya terhenti.
" Khal ! Along lupa....toilet dapur ni ada masalah sikit....Ermm Khal pergi guna toilet bilik angah tu kat atas tu.." kata Ziyad.
Tanpa berfikir apa – apa , Khalyla hanya mengikut kata – kata Ziyad. Dia terus berlalu untuk pergi ke toilet yang dimaksudkan oleh Ziyad.
Hanya beberapa saat tetiba muncul Zayyan Zafri a.k.a adik merangkap anak bongsu mummy Sakina di dapur.
" Along...kak khal naik pergi atas buat apa ? Dia pecut macam formula one tu....adik tegur pun tak di endahnya..." kata Zayyan.
" Oh hahaha dia tak tahan sangat lah tu nak buang air kecil.....dia nak guna toilet dapur ni tapi kan rosak so along suruh dia guna toilet bilik angah kan tak ada siapa-siapa pun guna..." kata Ziyad.
Dahi Zayyan sedikit berkerut.
" Erk....erk....bukan angah dah balik ke ? "
Ziyad tersentak apabila mendengarkan kata – kata adiknya, Zayyan. Dia menepuk dahinya kuat !
" Alamak ! Along lupa lah ! Adik cepat halang kak Khal dari guna toilet angah ! Cepat – cepat ! " teriak Ziyad gelabah.
Zayyan juga turut gelabah jadinya. Maka mereka berdua lari bekejaran antara satu sama lain untuk menghalang Khalyla daripada masuk ke bilik angah. Aduh mau terkejut angah nanti kang kalau Khalyla tiba – tiba menerjah masuk ke dalam bilik.
***************
Khalyla sudah masuk ke dalam bilik angah. Sikit pun dia tak perasan akan sedikit perubahan yang berlaku di dalam bilik itu. Bilik tersebut sudah berpenghuni. Khalyla terus menerpa kearah toilet. Hampir seinci sahaja tangan Khalyla ingin menolak pintu toilet itu tiba – tiba pintu toilet dibuka dari dalam dan terpampang lah satu figura di hadapan Khalyla yang hanya bertuala aje.
Khalyla terlopong jadinya.
" Arghhhhhhhh ! " teriak Khalyla terkejut bukan kepalang lagi.
Zaim juga terkejut namun tidak lah sampai menjerit ke apa. Huish terkejut dia buka – buka pintu aje tersembul wajah seorang perempuan. Nasib baik dia bertuala haish.
" Kak Khal ! " teriak Zayyan yang tiba – tiba menerjah masuk ke dalam bilik angahnya a.k.a Zaim Asfar.
Ziyad dan Zayyan sudah tahu yang mereka telah terlambat apabila terdengar Khalyla sudah menjerit.
Khalyla dan Zaim dua – dua memandang kearah Zayyan dan Ziyad dan masing – masing mengangkat kening menandakan " what is going on ? "
Ziyad menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal lalu tersengeh seperti kerang busuk jadinya.
" Sorry along terlupa nak bagitahu Khal yang angah dah balik "
Khalyla tersentak ! Automatik dia menoleh semula memandang ke arah Zaim seakan tidak percaya ! What ? Dia dah balik ? Selepas itu tiba –tiba Khalyla terus berlari ke luar dari bilik tersebut tanpa berkata apa – apa sedikit pun ! Dia terus berlari pulang ke rumahnya. Ye lah weyhhh aku nak lepaskan hajat aku yang terpendam lah ! Dah lah terbantut disebabkan mamat korea senget ni !!
Zaim tersenyum sendiri sejak tadi apabila dia teringatkan kejadian lucu tersebut. Nasib baik lah aku pakai tuala tadi, kalau aku pakai boxer aje ? Huish jatuh saham aku. Tetiba wajah comel Khalyla datang menerpa di ingatannya.
" Hahaha still comel macam dulu..." desis hati Zaim.
Terubat lah sekejap rindunya pada teman sepermainannya itu. Dari sekolah rendah bersama terus ke menengah dan akhirnya terpisah disebabkan dirinya menyambung pelajaran ke Korea.
Teringat pula Zaim waktu Khalyla terus berlari pergi meninggalkan rumahnya tadi.
" Asal dia nampak macam terkejut aje yang aku dah balik ? Ke dia tak suka aku balik ?" monolog hati Zaim.
Tok ! Ketukan di pintu menyentakkan Zaim. Seketika dia bergerak kea rah pintu lalu dibukanya. Terpampang wajah pujaan hatinya yang selalu akan bertahta di hatinya. Siapa lagi kalau bukan mummy tersayang...
" Ye mummy ? Ada apa ea ?" tanya Zaim sopan. Ya memang sifat Zaim dari dulu sampai sekarang. Tak berkasar dengan perempuan tambah – tambahnya perempuan yang lebih tua darinya.
" Ni hah mummy dengar ada something yang berlaku tadi ?" tanya Sakina sedangkan dia dah tahu perkara sebenar apabila diceritakan oleh anak sulunya tadi iaitu Ziyad.
Zaim menggaru belakang kepalanya tidak terasa gatal pun.
" Hehe..haah....anak jiran sebelah masuk bilik angah...Nasib tau mummy..angah bertuala..kalau tak, kena kahwin free aje.." kata Zaim cuba berseloroh dengan Sakina.
Dicubit lembut pinggang Zaim oleh Sakina.
" Ish kamu ni ke situ pulak...Hahaha Khal tak sengaja la tu..Lagipun along yang suruh guna toilet bilik kamu....dia lupa yang kamu dah balik..Tu lah kamu lama sangat tak balik kan ? " jelas Sakina.
Zaim tersenyum senget.
" Yelah mummy sorry..." jawab Zaim.
" Dah..ni hah kejap lagi turun makan tengah hari, mummy nak masak makanan kesukaan kamu...ketam masak cili api..." kata Sakina.
Terliur Zaim dibuatnya apabila mendengarkan kata – kata mummynya yang hendak memasak ketam masak cili api....Pehhh ! Favourite aku ....dan juga favourite daddy.... Hmmm kan best kalau aku diberi peluang untuk makan sama – sama lagi dengan daddy...
***********
Hari ni Khal terlebih rajin pulak. Pagi – pagi dah tolong siramkan pokok bunga mamanya. Yeke terlebih rajin ni ? Ke nak usya anak mummy Sakina ni ? Means nak usya angah ? a.k.a Zaim Asfar tu ? Heh ! No ! Hmmm entah lah sejak kejadian semalam , Khalyla jadi macam sakit hati sangat bila tahu yang Zaim dah balik...Kenapa ? Hmmmm entah ! Mungkin sebab Khalyla masih teringatkan janji Zaim yang akan balik selepas 5 tahun tapi bukan sampai dah nak masuk 6 tahun kot kan ?
Hah satu lagi, janji yang pernah dibuat Zaim juga iaitu akan call and whatsapp setiap masa dengan Khal ? But janji hanya tinggal janji. Zaim hanya mendiamkan diri dan menghilangkan diri selama berada di Korea.
" Ahhhh sudah lah....Lebih baik aku cepat-cepat siram pokok mama ni...Lepas tu sambung taip novel aku hahaha " ngomel Khalyla sendiri.
Sedang leka Khalyla menyiram pokok bunga mamanya tiba-tiba dia disergah oleh seseorang dari rumah sebelah.
" Bahhhh ! " sergah Zaim kuat.
Disebabkan Khalyla amat terkejut dengan sergahan dari Zaim yang tiba-tiba itu, secara spontan Khalyla terus menoleh ke arah Zaim bersama sekali paip air ditangannya. Habis Zaim satu badan disiram oleh Khalyla. Bila dah tersedar baru paip air dialihkan oleh Khalyla.
Zaim terkelu , terkedu, terpaku dan seangkatan denganya. Hahaha tak disangka dia akan disiram sebegini rupa....
Tu lah sergah orang lagi. Ni lah makannya pagi-pagi macam ni. Biar otak kau tu fresh sikit ! Khalyla memandang tajam kea rah Zaim, ikutkan hati nak diketawanya namun dia masih memendam rasa sakit hati dan ingin merajuk dengan Zaim.
" Kenapa kau siram aku Khal ? " tanya Zaim lalu diraup ke belakang rambut hadapannya yang menutupi sedikit dahinya.
Hmmm handsome juga mamat ni bila lama dah tak jumpa..Hish enough Khal ! Fokus- fokus ! Jangan cair...
" Kau ni dah kenapa hah ? Dah tak ada kerja ke sergah orang pagi-pagi ? Hah tu lah makannya. Ambikk biar sel-sel otak kau tu berhubung sikit ! " hambur Khalyla geram.
Belum sempat Zaim hendak membalas kata-kata Khalyla. Dia terus menutup paip air dan melangkah masuk ke dalam rumahnya. Zaim terpinga-pinga. Macam tu aje dia blah ?Hmmm dah kenapa ? Aku sergah aje kot ? Alahh macam tak biasa pulak ? Dulu boleh aje main sergah- sergah macam tu ? Pelik lah Khal sekarang ni....
Alahai lah Zaim , tu dulu masa kau dengan dia sama-sama masih sekolah menengah. Sekarang ni masing- masing dah dewasa. Mesti la emosi pun dah tak macam dulu..Semua dah lebih matang dari dulu...
#Sweet tak diaorang ni ? Hahahahah nak tahu apa lagi kerenah mereka berdua ni ? Stay tuned for the next chapter 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro