Bab 27
Entah apa yang perlu Zaim lakukan sekarang setelah mendengar penjelasan daripada mummy. Apa semua ni ? Tak dapat Zaim hadam satu - satu. Siapa yang salah siapa yang benar ? Habis gambar Khal dengan lelaki upahan tu benda apa ? Siapa lelaki tu ? Apa yang Syafa cakap semua tipu belaka ke apa ?
Fikiran Zaim agak kusut tika ini. Hmmm. Dia mengambil cuti kerja hari ini. Tetiba dia teringat Khalyla yang entah ke mana. Tetiba Zaim teringatkan kata - kata kasar yang telah dilemparkan kepada Khalyla. Khalyla juga mangsa seperti aku ?
Seketika phone Zaim berbunyi. Zaim mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat nama si pemanggil.
" Hello ? "
Dua pasangan sedang berborak mesra di dalam sebuah Mcd. Kekadang si perempuan melentokkan kepalanya di bahu si lelaki. Kemesraan yang dilihat oleh pengunjung Mcd lain juga tidak dihiraukan oleh mereka.
" Bodohkan Zaim tu sayang ? " tanya Naufal.
" Haah teramat bodoh ! Senang - senang aje percayakan kata-kata I..." kata Syafa sinis.
" Hahaha yang si Khal tu pun sama , sengaja cari pasal dengan kita. Dia ingat dia boleh menjatuhkan kita kot ? Zaim bodoh tu takkan percaya lah kata - kata si Khal sebab dia sayang dan cinta mati gila dekat you kan Syafa ? " kata Naufal sinis pula.
" Betul - betul...but I just love you Naufal...I bukan sayangkan Zaim sangat pun..I sayangkan duit dia aje.." kata Syafa seraya mengibas - ngibas rambutnya ke belakang.
Ya kini dia tidak berpakaian menutup aurat. Itu lah gayanya apabila dia bersama Naufal.
" Oh you tak sayangkan I sepenuh hati ? You cuma sayangkan duit I ? Itu aje ? " kata seseorang yang tiba-tiba mengambil tempat di hadapan Naufal dan Syafa.
Naufal dan Syafa tersentak hebat jadinya !
" Zaim? Kau buat apa dekat sini ?" tanya Naufal terkejut.
" Aku buat apa dekat sini ? Tengah tengok sandiwara korang berdua lah ! " kata Zaim meninggi.
Ya telah lama Zaim ada di belakang Naufal dan Syafa. Mereka sahaja yang tidak menyedari akan hal itu. Zaim juga telah mendengarkan perbualan antara Naufal dan Syafa.
" Sampai hatikan korang berdua buat aku macam ni ? Korang memang jahat tahu tak ? And you Syafa ! Sumpah selama ni I terlalu percayakan you ! Sampai I abaikan semua orang yang bercakap buruk pasal you ! I ingatkan you ni perempuan baik - baik but no ! Dekat belakang I you curang dengan Naufal ? Dekat belakang I you seksi macam ni ? You betul - betul talam dua muka lah Syafa ! " hambur Zaim.
Naufal dan Syafa hanya terdiam kelu. Tak tahu nak balas apa. Akhirnya mereka telah terkantoi.
" Dan kau Naufal ! Aku tak sangka kawan baik aku sanggup buat aku macam ni ? Kau kenapa hah ? Kenapa kau tikam belakang aku ?! Bodohnya aku percayakan kau , kau tahu tak ?! " marah Zaim.
" Hahah kau memang bodoh pun Zaim..sebab percayakan kitaorang ni...dan untuk pengetahuan kau lelaki upahan tu hanya orang suruhan kami untuk buat Khalyla nampak salah dalam situasi ni...Dan kau percaya pulak kan ? Hahahha memang bodoh..Puas hati aku bila dapat hancurkan hidup Khalyla ! Untuk pengetahuan kau Khal tu ex aku... " kata Naufal masih sinis..
Zaim tersentak hebat mendengarkan kata-kata Naufal yang berbaur sinis itu.Ikutkan hati nak sahaja dia menumbuk muka Naufal tika ini. Namun memandangkan mereka masih ada di tempat public dia tidak mahu melakukan apa - apa kekacauan.
" Sudah la mulai sekarang aku dah tak nak berurusan dengan korang lagi ! Jangan pernah muncul depan aku lagi kalau tak aku bunuh kau sorang-sorang..Jangan ganggu hidup aku lagi ! " kata Zaim memberi amaran.
Seketika dia mula berlalu meninggalkan mereka berdua.
******************
Pada malam itu , Zaim berdiri di tingkap biliknya di rumah Sakina yang berhadapan dengan tingkap bilik Khalyla. Dia melihat langit yang gelap dan hanya ditemani oleh cahaya dan sinaran bulan dan bintang sahaja pada malam itu.
" Ya Allah satu persatu telah terbongkar semuanya...Begitu berat ujian yang telah engkau berikan...kepada ku..." desis hati Zaim sebak..
Seketika Zaim memandang ke arah tingkap bilik Khalyla yang kelihatan sunyi dan kosong sahaja itu.
" Khal...kau kat mana ? " soal Zaim sendiri.
Baru sekarang Zaim rasa menyesal gila sebab dah tuduh Khalyla macam - macam. Dah tu Zaim rasa bersalah sebab dah tampar pipi Khalyla. Khalyla tak sepatutnya dapat semua tu. Zaim juga telah sedar yang dia juga sayangkan Khalyla lebih dari seorang sahabat. Kini dia betul - betul rasa kehilangan Khalyla.
Zaim juga ada terasa perit bila tahu yang Syafa menipunya hidup - hidup selama ini. Dia tak kesah kalau Syafa dah mengikis duitnya selama ini cuma dia tersangat lah sakit hati sebab dia dah sakitkan hati Khalyla orang yang betul-betul cuba menjaga hatinya.
Zaim juga agak terkejut apabila Naufal memberitahu bahawa dirinya adalah ex Khalyla.
Zaim baru teringatkan cerita Khalyla mengenai Exnya yang juga seorang pengikis harta. Tak sangka orang itu adalah Naufal. So memang Khal betul - betul tahu lah yang Naufal dengan Syafa rancang semua ni.
Tetiba sahaja air mata lelaki Zaim jatuh satu persatu. Zaim teringatkan kata - kata Khalyla suatu ketika dahulu.
" Lepas ni kalau kau nak nangis...nangis aje depan aku...jangan nangis depan orang lain.."
Zaim nangis teresak - esak jadinya sendiri di situ.
" Khal..." panggil Zaim teresak - esak.
************
" Zaim ! "
Khalyla terjaga dari tidurnya. Tetiba dia mimpikan Zaim yang sedang menangis seorang diri.
" Khal ? Kau kenapa ni ? " tegur Delisha yang baru keluar dari bilik air.
Ya Khalyla tinggal sementara dekat rumah sewa Delisha buat sementara waktu ni.
" Aku mimpi.." kata Khalyla.
" Mimpi ? Mimpi apa ? "
" Mimpi Zaim nangis.."
" Zaim nangis ? "
Khalyla mengangguk.
" Sudah lah Khal..kau tak payah ingat lagi mamat tu..dia dah sakitkan hati kau Khal...dia takkan menangis lah..dia bukannya ada kesedaran diri pun ! Dia takkan menyesal dengan apa yang dia buat....Dia sendiri siap minta kau lenyap dari pandangan dia kan ? " kata Delisha geram apabila mendengar setiap cerita Khalyla.
Khalyla mengangguk kecil.
" Dah - dah kau sambung tidur kau...Esok kita nak pergi beli ticket flight kau kan ? " kata Delisha.
Setelah selesai membeli ticket flight , Khalyla meminta Delisha untuk membawanya pergi ke kedai bunga miliknya. Hampir beberapa hari dah dia tak datang kedai. Dia cuma harapkan staffnya sahaja yang menguruskan kedai bunga tersebut.
Khalyla ada menyemak beberapa file yang ditinggalkannya. Khalyla juga ada berpesan kepada staffnya bahawa dirinya akan ke luar negara untuk beberapa tahun. Mungkin kedai ini akan terus dibuka tetapi di bawah jagaan mama Khalyla.
Setelah beberapa urusan kedai selesai , Khalyla dan Delisha bergerak menuju ke rumah Khalyla pulak. Untung sahaja Delisha hari ini cuti kerja. Boleh lah dia menemani Khalyla ke mana sahaja Khalyla hendak pergi.
Sebelum keluar dari kereta, Khalyla pastikan dulu bahawa Zaim tak ada di situ. Kebetulan tiba - tiba sahaja mereka melihat Zaim yang baru sahaja keluar dengan memandu kereta.
" Zaim.." desis hati Khalyla melihat kepergian Zaim bersama keretanya.
Setelah berasa aman, Khalyla dan Delisha pun keluar dari kereta dan menuju ke rumah Khalyla.
Tok ! Tok !
Pintu rumah dibuka. Buka - buka sahaja terpampang wajah mama.
" Mama.." kata Khalyla seraya memeluk Radeyah.
" Khal...anak mama.." kata Radeyah juga memeluk erat tubuh anak gadisnya itu. Rindu benar pada anaknya bila tak berjumpa untuk beberapa hari ini. Hmm dia tahu soal masalah yang melanda rumah tangga anaknya itu.
Seketika mereka dijemput masuk ke dalam. Mereka duduk di ruang tamu untuk berbual beberapa perkara.
" Mama...Khal minta tolong mama jagakan kedai Khal untuk beberapa tahun ni..." pinta Khalyla.
" Anak mama nak pergi mana ni ? "
" Hm Khal nak ke luar negara..Khal nak tenangkan diri Khal.." kata Khalyla.
" Kenapa jauh sangat Khal nak pergi ? Habis macam mana hubungan Khal dengan Za..."
Khalyla pantas menggeleng.
" Khal tak nak bincang pasal dia lagi maaa..biarlah..Khal dah tak peduli...Lagipun memang kami nak berpisah pun..Sorry maaa..sebab buat mama risau...In shaa Allah bila Khal dah okay...Khal janji Khal akan balik Malaysia...Mama take care ya.." kata Khalyla.
Delisha hanya menjadi pemerhati akan perbualan anak beranak itu.
" Hmm baik lah..Khal buat la apa yang Khal suka...mama takkan halang kali ni..Mama tahu anak mama terluka sangat kali ni...be strong ya Khal.." kata Radeyah.
Khalyla mengangguk sambil tersenyum hambar.
" Tapi Khal nak ke mana ke luar negara tu ? " tanya Radeyah masih tidak tahu lokasi yang tepat.
" Khal nak pergi Jepun..."
#Khal nak pergi Jepun ? Habis Zaim macam mana ? Berpisah juga ke diaorang ? Hmmm keep vote and comment guys ! 😊💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro