Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 24

Masuk - masuk aje dalam kereta , Khalyla terus bersuara cuba bertanya apa yang Zaim lakukan tadi.

" Kenapa kau mengaku - ngaku dekat mak Timah yang kita dah kahwin ? "

" Hah ? Kenapa ? Dah memang betul pun kita dah kahwin. Buat apa nak tipu mak Timah ? " balas Zaim selamba.

Khalyla tayang muka pelik.

" Tapi kau juga yang kata dulu jangan terlalu hebohkan pasal perkahwinan kita..Sebab lagi beberapa minggu aje dah nak cukup 2 bulan kan ? Kita akan berpisah..." kata Khalyla serious. Dia mula rasa geram dengan Zaim.

Zaim terdiam sejenak. Kata - kata Khalyla tentang isu perpisahan telah menjentik sedikit hati kecilnya. Dia baru tersedar akan masa yang makin berkurang dan akan cukup 2 bulan.

" Hmm tak apa lah Khal..buat masa sekarang kita tak payah fikirkan pasal tempoh 2 bulan tu..Kita kena lalui hari - hari kita ni seperti biasa...Kau abaikan aje la apa yang aku cakap dengan mak Timah tadi. Mak Timah aje yang tahu pun.." kata Zaim menamatkan perbualan lalu mula drive kereta semula.

Khalyla akhirnya akur lalu tersandar pada seat pemandu. Hmmm senang untuk Zaim nak lalui semua ni. Tapi tidak pada aku. Semakin hampir tempoh 2 bulan tu buat hati aku terseksa. Lepas ni aku bukan lagi isteri Zaim. Semuanya akan musnah.

Sedang leka Khalyla melihat pemandangan perjalanan mereka melalui tingkap kereta tiba - tiba mereka tiba di sebuah kedai coklat. Khalyla sedikit terpinga.

" Kita buat apa dekat sini ? " tanya Khalyla.

" Kau nampak depan tu kedai apa ? " tanya Zaim.

Khalyla mengangguk. Hah nampak la kedai yang jual semua jenis coklat dan makanan berasaskan coklat.

" Jom pergi beli coklat apa yang kau nak. Aku belanja kau hari ni...." kata Zaim.

Membuntang mata Khalyla dibuatnya ! Serious ke weyhh ? Arghhhh sukanya aku ! Coklat memang favourite aku ! Ni yang buat aku makin happy and makin sayang pada Zaim auchhh 😂😂😂

Tanpa membuang masa, mereka berdua keluar dari kedai lalu menuju ke kedai tersebut.

Masuk - masuk sahaja kedai tersebut, Khalyla mula memilih beberapa coklat seperti kisses, nugget milo, cadbury dan sebagainya.

Zaim hanya mengikut langkah Khalyla ke sana sini. Kekadang dia menggeleng kecil. Alahai kalau bab makan memang nampak sangat Khalyla happy.

Sedang Zaim mengikuti langkah Khalyla tiba - tiba telefon Zaim berbunyi. Zaim mengeluarkan terlefonnya. Terpapar nama Syafa Sayang ❤️

Zaim pada mulanya ingin mengangkat panggilan itu namun tiba - tiba sahaja jarinya swipe ke reject call. Entah dia rasa tak ada hati nak on the phone dengan Syafa hari ni. Malas dia nak terima sebarang call dari Syafa ke apa. Hari ni Zaim cuba nak tumpukan sepenuh perhatian dan meluangkan masa bersama Khalyla sahaja tanpa sebarang gangguan dari sesiapa pun.

Di simpan phonenya semula. Namun apabila dia mengangkat muka sahaja. Figura Khalyla telah hilang dari pandangannya. Eh ? Mana Khal ? Cepatnya menghilang. Zaim mula melangkah untuk mencari Khalyla yang hilang entah ke sudut mana. Dah lah kawasan kedai ni jugak ramai. Pastu orang pun boleh tahan ramai jugak..

Part of Khalyla.

Khalyla terlihat satu coklat yang nampak macam sedap. Namun kedudukan coklat itu tersangat la tinggi. Hmm macam mana aku nak ambik ni ? Dilihat kiri dan kanan. Namun tiada seorang pun pekerja kedai coklat ni. Haish. Zaim pun entah ke mana..Haish tadi dia duduk belakang aku ni tak tau hilang mana. Kalau ada dia kan senang. Boleh mintak tolong dia amik kan.

Seketika Khalyla mencuba sendiri untuk mengambil coklat yang berkotak itu. Dia juga terlompat - lompat untuk mencapai kotak coklat itu. Dia tetap usaha even berkemungkinan kalau dia amik kotak coklat yang satu tu. Maka kotak- kotak coklat yang lain boleh jatuh juga menimpa dirinya.

Akhirnya Khalyla dapat mencapai satu kotak coklat tersebut. Namun seperti yang disangka - sangka kotak coklat yang lain juga turut jatuh. Khalyla tersentak ! Serentak itu dia memejam matanya rapat cuba menghadap kotak - kotak yang bakal menimpa dirinya.

Bukkkk ! Bunyi kotak - kotak jatuh berselerak. Namun Khalyla tidak berasa ditimpa dengan kotak - kotak tersebut tapi dia malah dalam pelukan seseorang.

Jantung Khalyla berdegup laju. Dia membuka matanya perlahan - lahan. Di lihat wajah Zaim juga sedang memejam mata menahan rasa sakit ditimpa kotak - kotak coklat yang boleh tahan banyak jugak tu. Wajah Khalyla dan Zaim saat ini teramatlah dekat. Ya Zaim yang selamatkan Khalyla. Nasib baik dia cepat - cepat mencari Khalyla tadi dan sempat selamatkan Khalyla.

" Zaim.." panggil Khalyla perlahan.

Zaim membuka matanya perlahan - lahan.

" Ya...kau okay ? " itu yang terpancul di mulut Zaim. Dia tidak fikirkan dirinya malah hanya memikirkan keselematan Khalyla tika ini.

Khalyla mengangguk kecil.

*********

Berkali - kali Khalyla meminta maaf pada Zaim. Dia rasa bersalah sangat - sangat. Di sebabkan keinginannya yang terlalu nak kan coklat tersebut, Zaim pula yang terkena timpaan kotak - kotak coklat tersebut. Dah tu Khalyla agak tersentuh juga apabila Zaim mengaku - ngaku kesalahannya dan meminta maaf kepada pemilik kedai coklat tersebut tentang kotak - kotak coklat yang jatuh bertaburan itu sedangkan semua tu salah Khalyla sendiri.

" Its okay...kau tak salah pun..Aku yang salah...sepatutnya aku tak tinggalkan kau sendiri..sorry ya Khal.." ucap Zaim tulus.

Ya disebabkan panggilan dari Syafa tadi membuatkan Zaim kehilangan jejak Khalyla.

" Dah la tak payah cakap pasal ni..jom kita pergi makan nak ? " ajak Zaim.

Jam jugak telah menunjukkan pukul 5.30 petang. Mereka belum makan makanan berat apa - apa lagi.

" Hmm tak payah lah...kita balik aje lah...kesian kau..mesti kepala kau sakit - sakitkan kena timpa kotak - kotak coklat tadi ? "

Zaim pantas menggeleng laju.

" Tak ada lah...tak sakit pun lah...biasa aje rasa dia...Dah - dah kau duduk aje diam - diam aku bawak kau pergi makan juga ya.." kata Zaim lalu mulakan perjalanannya.

Khalyla akhirnya akur semula.

Beberapa minit kemudian, Khalyla baru perasan yang Zaim drive kereta menuju ke kawasan perumahan mereka. Eh ? Tadia Zaim kata nak makan? Ni kenapa jalan balik ke rumah pulak ?

Seketika mereka sampai ke suatu kawasan yang penuh dengan orang parkir kereta.

" Jom kita beli makan dekat sini...Tempat favourite kita kan ? " kata Zaim.

Khalyla mula tersenyum. Baru dia dapat nampak tempat tu tempat apa ! Wahhhh pasar malam taman perumahan kami lah. Kenapa dia boleh lupa hari ni ada pasar malam..

Seketika Khalyla dan Zaim mula bergerak beriringan menuju ke tapak pasar malam. Kelihatan orang ramai sedang membeli makanan. Pelbagai jenis makanan dijual di pasar malam itu. Antaranya nasi ayam , spagetthi , nasi lemak , lasak , otak - otak dan lain - lain lagi. Haish hari ni memang best gila. Beli makanan sahaja. Hahahahaha..

Zaim pula hanya ikutkan sahaja apa yang Khalyla nak beli. Hari ni sahaja Zaim habis beratus - ratus untuk makanan Khalyla sahaja. Namun baru Zaim nampak perbezaan yang sangat ketara di antara Khalyla dan Syafa. Apa yang beza ?

Yelah. Duit Zaim habis dengan Syafa beli barang - barang make upnya. Beli baju itu ini. Namun apabila dia keluar dengan Khalyla pulak. Duitnya habis dengan makanan sahaja. Zaim puas hati tengok muka happy Khalyla apabila dia sedang memilih makanan atau tengah makan. Comel aje. Harap - harap dia dah dapat maafkan aku nanti.

Sedang menunggu Khalyla memilih makananya tetiba Zaim terpandang akan satu shawl yang menarik perhatiannya. Shawl berwarna biru muda. Cantik colour shawl tersebut. Seketika Zaim memandang ke arah Khalyla yang memilih makanan.

" Kalau aku belikan shawl tu untuk Khalyla agak –agak dia suka tak ? " monolog hati Zaim.

Seketika Zaim mula bergerak ke arah gerai yang menjual shawl tersebut. Ya Zaim belikan shawl tu untuk Khalyla. Selepas itu cepat-cepat dia bergerak menuju kea rah Khalyla yang lagaknya sudah habis membeli makanan.

" Dah ?" tanya Zaim.

Khalyla mengangguk laju.

" Nak beli apa lagi ?" tanya Zaim.

" Tu nak beli ayam goreng tu pulak..." jelas Khalyla.

" Okay jom...."kata Zaim seraya menarik tangan Khalyla.

Khalyla sedikit terkejut dengan tindakan Zaim namun dia hanya membuntuti langkah Zaim sahaja. Dalam diam dia tersenyum happy. Serious rasa keluar seharian dengan Zaim hari ni bagaikan hidup seperti sepasang suami isteri sebenar. Ya Allah lambatkan lah setiap waktu-waktu ku bersama Zaim.

****************

Selepas solat maghrib apa semua, Khalyla dan Zaim mula turun ke bawah untuk menjamu selera. Penuh satu meja dengan makanan Khalyla sahaja. Makanan Zaim hanya lah beberapa sahaja. Zaim pun tak yakin yang Khalyla boleh habiskan semua makanan – makanan itu.

" Boleh ke kau habis semua makanan-makanan ni Khal ?" tanya Zaim.

Khalyla mengangguk laju.

" Mesti lah boleh...alaa semua ni sikit aje "

" Sikit kau cakap macam ni ?" kata Zaim agak terkejut.

Khalyla tersengeh kecil.

Tetiba Khalyla membuka satu plastic yang ada shawl. Khalyla sedikit terpinga. Eh bila pulak aku beli shawl ni ? Tapi kan lawanya colour shawl ni. Lembut aje.

" Bila masa ada shawl ni ? Kita tersilap ambil barang ke ?" tanya Khalyla pada Zaim.

Zaim menggeleng.

" Shawl tu aku yang beli.."

" Oh..untuk girlfriend kau ea ?" kata Khalyla sedikit mendatar.

" Tak...shawl tu untuk isteri aku, kau..."kata Zaim serious.

Khalyla sedikit tersentak.

" Hahaha kau ni main-main lah...ni mesti lah untuk Syafa kan?" kata Khalyla masih menganggap Zaim bergurau.

" Aku serious lah...shawl tu aku belikan untuk kau..ambik lah...pakai...mesti kau nampak cantik pakai shawl tu kan..." kata Zaim.

" Serious ni ?"

Zaim mengangguk lagi.

" Thanks Zaim..." kata Khalyla teruja lalu membelek-belek shawl tersebut. Wahhh serious lawa gila ! Encik suami pulak yang kasi kan?

" Khal.." panggil Zaim tiba-tiba.

" Hmm ?"

" Maafkan aku ea..pasal hari tu...aku tahu aku salah...aku tak sepatutnya marahkan kau even benda tu semua berpunca dari aku....please maafkan aku..." pinta Zaim.

Khalyla memandang tepat ke arah Zaim.

" Aku janji aku takkan marah kau tanpa usul periksa dulu..."

Khalyla menghembus nafas kecil selepas itu dia mengangguk.

" Yelah, aku maafkan kau....tapi janji jangan marah-marah aku sesuka hati kau...aku tak suka orang tuduh-tuduh aku tanpa usul periksa..."

Zaim mengangguk laju lalu menghadiahkan senyuman kepada Khalyla. Khalyla juga membalas senyuman Zaim.

Zaim I'm still love you. Susah untuk aku hapus perasaan aku terhadap kau ni. Waktu kian hampir 2 bulan. Aku takut untuk terima hakikat kalau kau lepaskan aku suatu hari nanti.

#Last chapter untuk minggu ni. Heee macam mana takdir hidup mereka ea ? Adakah Zaim dengan Khalyla memang betul-betul akan berpisah ? Nak tahu ? Stay tuned ya ! Keep vote and comment guys ! :) 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro