Bab 23
Sedap jugak masakkan Zaim ni. Iya la dah nama pun chef kan ? Mestilah kena sedap. Tambah juga la Khalyla berpinggan –pinggan breakfast pagi ni. Zaim tak cakap apa-apa ke bila tengok Khalyla berselera makan masakkannya ?
Tak Zaim tak cakap apa-apa pun. Lagipun dia hanya membiarkan Khalyla makan bersendirian dan hanya mencuri-curi melihat tingkah laku Khalyla yang berselera makan itu. Zaim tahu, andai sahaja Zaim menegur Khalyla yang sedang makan dengan berselera kang dia terus stop makan pulak dan mengelak lagi dari Zaim kan ? Better usah ditegur dahulu.
Setelah Khalyla selesai makan, dia mengangkat semua pinggan - pinggan ke dapur untuk mencucinya. Namun apabila baru sahaja Khalyla ingin mencapai sabun pinggan untuk memulakan cuciannya tiba tangannya ditahan oleh tangan Zaim. Khalyla tersentak.
" Tak payah..Biar aku buat.." kata Zaim sambil menatap mata Khalyla.
Khalyla terkaku seketika. Pandangan mereka bertaut. Seketika Khalyla menarik tangannya dari genggaman Zaim lalu terundur langkahnya sedikit menjauh dan memberi ruang kepada Zaim. Khalyla tak banyak bunyi hari ni. Dia hanya banyak membiarkan apa yang Zaim nak buat.
Seketika Zaim memulakan cuciannya. Khalyla pula hanya terpaku melihat pergerakkan Zaim dari belakang.
" Aku tahu Zaim tengah cuba nak berbaik dengan aku...Hmm patut ke aku maafkan dia ? Tapi dia dah banyak sakitkan hati aku dalam diam.." monolog hati Khalyla.
Lama kelamaan Khalyla mula beredar dari dapur. Dia terus naik ke tingkat atas.
Jam menunjukkan pukul 1.30 petang. Di dalam bilik Khalyla terduduk di atas sofa yang disediakan di suatu sudut. Alahai bosannya duduk rumah hari ni. Hmmm dah la nak buat apa pun semua terbatas. Haish. Seketika Khalyla mencapai phonenya. Di bukak aplikasi whatsapp. Di cari ruang chatt Delisha.
Seketika Khalyla chatt Delisha untuk mengajaknya keluar kalau free. Alahai sakit-sakit pun still nak ajak orang keluar ? Orang ambik cuti supaya rest dekat rumah tapi ni tak. Nak keluar pulak sebab rasa bosan.
Sedikit hampa apabila Delisha mengatakan yang hari ini dia terlalu banyak urusan. So dia tak dapat nak hang out lah dengan Khalyla nampaknya. Khalyla tersandar pada sofa jadinya..
" Hmmm apa la kau Khal ni. Hari ni hari kerja memang semua orang busy lah.." ngomel Khalyla sendiri.
Tetiba masuk chatt dari someone.
Zaim Asfar
Khal...
Jom keluar nak ?
Khalyla membaca chatt tersebut berulang kali. Aikk macam tahu - tahu aje yang aku memang nak keluar tapi tak ada siapa nak teman. Kenapa tetiba aje pulak dia ajak keluar ?
Khalyla teragak - agak nak balas apa. Tetiba chatt dari Zaim masuk lagi.
Okay kau tak balas means kau setuju untuk keluar dengan aku.
Bersiap ya.
Pukul 2.15 nanti kita keluar.
Khalyla mencebik. Hish aku tak kata setuju pun. Suka - suka aje buat keputusan !
************
Dalam tak puas hati apabila Zaim buat keputusan sendiri pun , Khalyla still keluar dengan Zaim juga hahahaha. Ni first date la ni katakan ? Yelah dah lama tak keluar berdua dengan Zaim. Last pun masa sekolah menengah. Dah berapa tahun dah.
" Kau nak pergi mana ? Cakap aje aku bawakkan." kata Zaim sambil mula drive kereta keluar dari perkarangan rumah baru mereka.
" Hmm entah..aku tak tahu nak pergi mana. Lagipun kau yang ajak aku keluar enn ? Kau fikir ahh sendiri nak pergi mana.." jawab Khalyla mendatar.
Zaim tersenyum kecil. Sedikit pun dia tak terkesan dengan kata-kata Khalyla. Dia dah dapat agak dari kata-kata Khalyla yang Khalyla masih tak puas hati bila Zaim buat keputusan sendiri memutuskan yang dia bersetuju untuk keluar dengan Zaim.
" Aku kena pastikan yang Khal maafkan aku jugak hari ni " desis hati Zaim sambil mencuri - curi pandang Khalyla di sebelah yang leka melihat ke luar melalui tingkap kereta.
First destinasi. Ke mana Zaim bawa Khalyla ? Mall ke ? Ahhhh asyik - asyik mall ! Bosan jugak kan ?
Hey no no no ! Zaim tak bawak Khalyla pergi mall pun tapi dia bawak Khalyla pergi bekas sekolah menengah lama diaorang.
Khalyla kelihatannya sedikit terpinga - pinga apabila Zaim memberhentikan kereta di hadapan bekas sekolah menengah lama diaorang. Dah kenapa mamat korea ni bawak aku pergi sekolah ? Dia nak sekolahkan aku semula ke apa ?
" Jom ? " kata Zaim.
Khalyla memandang Zaim penuh tanda tanya.
" Jom ? Nak pergi mana ? Nak masuk sekolah ni balik ke ? " tanya Khalyla.
" Hahah bukan lah...jom kita makan cendol mak timah bawah pokok tu.." kata Zaim lalu menunjukkan sebuah gerai cendol kecil yang sudah menapak lama di kawasan sekolah mereka sejak zaman sekolah mereka lagi.
Pandangan Khalyla terus terarah ke gerai tersebut. Dia sedikit terlopong ! Weyhhh gerai cendol favourite aku time zaman sekolah dulu lah ! Dah lama gila aku tak makan cendol situ. Arghhhh. Tak boleh jadi ni kena turun cepat-cepat ni.
Dengan sepantas kilat Khalyla keluar dari kereta Zaim lalu terus jalan melulu ke arah gerai tersebut. Zaim ketawa kecil melihat kerenah Khalyla. Alahaiii kalau makan aje laju ! Serious Khalyla yang sekarang bukan seperti Khalyla yang dulu. Dia memang seorang yang foodlover gila sekarang ni !
Seketika Zaim juga keluar dari keretanya lalu mengejar langkah Khalyla.
Mereka mengambil tempat yang masih kosong. Ye gerai Mak Timah memanng laku. Sebab cendol dia memang superb and best forever lah. Zaim juga sangat- sangat teringin dan dah lama gila tak makan cendol mak Timah ni. Yelah dekat korea mana jumpa cendol macam dekat Malaysia ni..
Seketika figura seorang perempuan 50 an datang untuk mengambil order. Semestinya orang itu adalah Mak Timah. Yelah tua dah mak Timah tapi still berniaga lagi. Kuat betul mak Timah ni kan ? Ni entah dia kenal kitaorang lagi ke tak pun tak tahu lah.
" Ye dik nak order cendol apa ? " tanya Mak Timah.
Zaim dan Khalyla masing-masing memandang tepat ke wajah mak Timah yang semakin mengedut itu. Rindu benar mereka pada mak Timah. Nak dekat 6 tahun juga tidak bersua muka katakan. Khalyla yang tinggal dekat Malaysia ni pun tak pernah datang dah gerai cendol mak Timah lepas tamat aje sekolah menengah.
" Kitaorang nak order mak Timah boleh ? " usik Khalyla..
Mak Timah kelihatan sedikit berkerut dahinya. Selepas itu tiba - tiba Mak Timah tersenyum lebar. Sudah lama dia tak diusik dengan ayat seperti itu. Nampaknya dia sudah mula mengenal siapa pelanggan lelaki dan perempuan di hadapannya ini.
" Khal ? Zaim ? " kata Mak Timah.
Khalyla dan Zaim mengangguk laju. Allahu. Mak Timah still ingat kami even kami dah lama gila tak datang.
" Okay mak Timah dah tahu dah kamu berdua nak order apa. 2 cendol ais lebih , pulut lebih dan cendol pun lebih ... " kata Mak Timah masih mengingat order yang selalu di buat oleh Zaim dan Khalyla masa zaman sekolah dulu. Hahaha itu yang diorder oleh Khalyla dan Zaim hampir setiap hari selepas balik sekolah.
Zaim dan Khalyla tersenyum lalu mengangguk laju. Caya lah mak Timah ! Still ingat pesanan kami tu !
*****************
Dalam 3 minit macam tu sampai lah cendol buat Khalyla dan Zaim.
" Kamu berdua makan lah dulu..Mak Timah nak buat kerja sekejap...nanti mak Timah datang borak dengan kamu berdua. Rindu benar mak Timah pada kamu berdua ni..." kata Mak Timah seketika dia meninggalkan Khalyla dan Zaim.
Seketika masing - masing menikmati cendol. Sedap hingga tak terkata. Zaim pula dalam diam tak lepas memandang Khalyla yang sedang kusyuk makan cendolnya. Baru Zaim perasan yang Khalyla ternampak sangat bahagia bila waktu makan. Comel aje. Hahaha kuat makan betul lah tapi badan still kecil molek aje Zaim tengok..
" Lega aku tengok kau mula happy macam ni Khal.." desis hati Zaim.
Tetiba terlihat mulut Khalyla sedikit comot.
" Khal..comot mulut kau tu.." tegur Zaim.
Khalyla lantas menyapu mulutnya dengan tangan namun tidak langsung terkena pada kesan comot itu. Seketika Zaim mengeluarkan sapu tangan miliknya dari poket seluar. Ya Zaim memang selalu simpan sapu tangan kecil.
Selepas itu tanpa berkata apa - apa dia terus menyapu kesan comot pada mulut Khalyla. Khalyla sedikit tersentak dengan tindakan Zaim. Terkebil - kebil mata jadinya Khalyla.
" Dah besar - besar pun still makan comot kau ni.." bebel kecil Zaim sambil ralit menghapus kesan comot pada mulut Khalyla.
Khalyla terdiam dan hanya membiarkan tindakan Zaim itu. Alahaiii kenapa terasa Zaim ni sweet sangat pada dirinya entah hari ni ?
Tiba - tiba datang mak Timah mencelah.
" Amboii sweetnya kamu berdua ni..." usik Mak Timah lalu mengambil tempat duduk di meja Zaim dan Khalyla..
Kelihatannya hanya mereka berdua sahaja pelanggan mak Timah saat ini. Terus Zaim menghentikan tindakan mengelap mulut Khalyla itu.
" Kamu berdua apa khabar ? Lama kamu tak datang sini. Rindu mak Timah tau. Hari - hari mak Timah tunggu kehadiran kamu berdua.." jelas Mak Timah.
" Oh ya ? Alalala...maaf ya mak Timah...lama tak datang gerai mak Timah ni...Kami okay aje..Lagipun Zaim baru balik Malaysia aje ni mak Timah. " kata Zaim.
" Ohh tak apa la...yang penting kamu berdua tak lupakan mak Timah...Hahahaha ohh baru balik Malaysia ? Sambung study ke mana ? " kata Mak Timah.
" Korea aje Mak Timah.." kata Zaim lagi.
" Amboii korea..jauh bebenor..Hahaha kira ni oppa lah datang gerai cendol mak Timah ni ? " kata Mak Timah dan sempat lagi bergurau.
Zaim ketawa kecil.
" Hah kamu pulak Khal buat apa sekarang ? " tanya Mak Timah pada Khalyla yang sejak dari tadi hanya membisu.
" Hah ? Oh Khal ada perniagaan sendiri.. Khal bukak kedai bunga mak Timah.." kata Khalyla.
" Oh bagus lah macam tu...kira tauke bunga la ni ? " kata mak Timah.
Khalyla hanya tersenyum kecil.
" Hahahah habis ni kamu berdua dah kahwin ke ? Lama benar mak Timah tengok kamu berdua ni asyik bekepit aje memanjang dari zaman sekolah. Takkan tak kahwin-kahwin lagi kamu berdua ni ? " kata mak Timah straight to the point.
Terbatuk - batuk kecil Khalyla dan Zaim jadinya.
" Haish batuk - batuk pulak budak berdua ni.." kata mak Timah.
" Err kami..kami..." kata Khalyla teragak - agak.
" Haah ...mak Timah...kami dah kahwin dah pun...baru aje sebulan lebih..maaflah tak jemput mak Timah hari tu...." kata Zaim penuh yakin.
Khalyla tersentak ! Lalu memandang tepat ke arah Zaim. Ehh kenapa kali ni Zaim selamber badak aje mengaku - ngaku yang diaorang dah kahwin ?!
#Nahhh for you guys yg keep waiting cerita ni ya heeee tq 😊 okay keep vote and comment ya 💕💕💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro