Bab 22
Kelihatan kereta yang dipandu Yusof sampai di hadapan rumah baru Khalyla. Yusof menoleh ke sisinya. Khalyla masih tertidur. Berat hati Yusof dibuatnya untuk mengejutkan Khalyla yang tertidur lesu itu. Lama juga dia memandang ke arah Khalyla.
" Haish macam mana nak kejutkan kak Khal ni ? " getus hati Yusof.
Tetiba Khalyla bergerak kecil seraya terjaga dari tidurnya. Dia menggosok matanya perlahan. Seketika dia melihat sekeliling. Yusof hanya diam menjadi pemerhati.
" Ermm kita dah sampai ke ? " tanya Khalyla.
" Haah kak Khal kita dah sampai.." kata Yusof.
" Hmm okay..thanks ea baby..sebab tolong kak Khal..susahkan baby aje..." kata Khalyla.
" No hal lah kak Khal..." kata Yusof sambil tersenyum manis.
Khalyla juga membalas senyuman Yusof itu. Seketika Khalyla keluar dari kereta Yusof. Namun baru sahaja beberapa langkah tiba - tiba Yusof juga turun dan memanggil namanya.
" Kak Khal.." panggil Yusof.
Khalyla menoleh. Seketika Yusof menghampiri Khalyla...
" Nah..kak Khal terlupa ni.." kata Yusof lalu menghulurkan bungkusan makanan dan bungkusan ubat.
" Alahaii terlupa pulak..Thanks ea baby.." kata Khalyla sambil tersengeh kecil.
Yusof hanya ketawa kecil.
" Kak Khal rest ea ? Kalau ada apa - apa urgent ke call aje baby..Baby akan sampai on time...I always with you.." ucap Yusof.
Khalyla mengangguk kecil. Ya Allah baiknya Yusof. Hmmmm kan bagus kalau suami aku sendiri yang cakap macam ni. .
Khalyla menolak pintu tombol rumah barunya perlahan - lahan. Dia tahu saat ini Zaim dah balik. Sebab dia nampak kereta Zaim dekat depan tadi.
Hmm sampai hati kau Zaim. Kau balik lambat ! Disebabkan kau lah gastrik aku datang balik ! Nasib aku tak mati tau ! Penipu ! Cakap nak balik awal konon ! Sampai ke malam baru jumpa jalan balik kot ?
Khalyla melangkah perlahan. Kelihatan Zaim sedang menonton televisyen. Khalyla hanya ingin buat tak endah sahaja dengan Zaim. Nak buat seperti dia tak wujud dekat situ. Namun baru beberapa langkah sahaja tiba - tiba...
" Seronok keluar dengan boyfriend sampai malam - malam? " kata Zaim sinis.
Khalyla tersentak !
" Tak sabar - sabar nak makan sangat ke ? Sampai tak boleh nak tunggu aku balik ? " kata Zaim lagi sinis.
Ya Allah apa ni ? Sakitnya hati aku dengar ! Zaim dah kenapa ? Dia nak salahkan aku pulak sebab tak tunggu dia ? Khalyla masih sabar di situ. Dia takut kalau dia mula derhaka pada Zaim pulak. Walau macam mana pun Zaim masih suaminya. Even hanya atas kertas sahaja.
" Membazir aje aku beli makanan tapi kau keluar dengan boyfriend kau pergi makan ? " kata Zaim kini dia mula bangun dari duduk di atas sofa.Dia memandang tajam ke arah figura Khalyla yang membelakangi dirinya.
Khalyla masih mendiamkan diri. Sikit pun dia tak menoleh ke arah Zaim. Dia tak sanggup nak pandang Zaim saat ini. Sakit hatinya bila teringatkan waktu dia tengah sakit teruk petang tadi. Callnya di reject Zaim ? Kejam weyhhh....
" Kenapa kau diam ? Aku tanya kau kan ? " kata Zaim dan suaranya mula meninggi..
Terhinggut bahu Khalyla mendengar suara tinggi Zaim. Kenapa dengan Zaim malam ni ? Kenapa dia nak marah - marahkan aku sangat ?
Khalyla dah tak tahan berdiri dekat situ. Matanya juga sudah mula berkaca. Dia penat. Dia sakit. Perutnya juga belum di isi. Hanya tadi dekat hospital nurse bagi makan roti dengan air macam tu aje. Tetiba balik rumah kena sindir sampai macam ni pulak.
Tanpa memikirkan apa - apa Khalyla hendak melangkah semula namun belum sempat beberapa langkah tiba - tiba tangannya direntap Zaim !
Tertoleh Khalyla ke arah Zaim dibuatnya. Terkejut Khalyla sehingga terlepas bungkusan ubat dan makanannya di atas lantai.
Zaim memandang ke arah bungkusan itu. Dia sedikit tergamam apabila melihatkan bungkusan ubat yang tertulis nama hospital dan jenis penyakit gastrik.
Tangan Khalyla masih di dalam genggaman Zaim.
" Penipu ! " teriak Khalyla tiba-tiba.
Zaim tersentak lalu memandang tepat ke wajah Khalyla. Bertambah tersentak la Zaim dibuatnya apabila melihat wajah Khalyla yang sedikit pucat dan ada butir - butir air mata jernih di pipi mulus Khalyla. Ya Khalyla dah mula menangis saat ini. Biar Zaim tengok dia nangis kali ni. Dia dah tak tahan nak pendam sorang-sorang.
Zaim jugak agak terkesima melihat Khalyla yang menangis itu.
" Kau cakap nak balik awal kan ? Mana kau pergi ? Sampai malam baru kau nak balik ! Aku dah tunggu kau lama kau tahu tak ? Sampai aku sakit..aku gastrik petang tadi ! " luah Khalyla.
Terdiam Zaim dibuatnya.
" Aku call kau nak mintak tolong kau..tapi kau tak angkat call aku...banyak kali aku call..kau siap reject lagi call aku ! " hambur Khalyla sambil itu matanya juga tidak berhenti membuat kerja..
Zaim tersentak ! Hah ? Khal call aku ? Biar betul ? Tak ada pun ? Mana ada aku reject call dia !
" Nasib baik kawan aku Del tergerak hati nak datang rumah kita. Kalau tak ? Hmm maybe aku dah mati dah kot ? Yusof yang temankan aku dekat hospital tadi. Nak harapkan kau ? Memang tak lah kan ? Kau kan busy sangat dengan girlfriend kau tu... Sudah lah Zaim..Kau jangan nak salahkan aku lagi kalau semua ni salah kau ! And one more thing...kau boleh happy - happy keluar dengan girlfriend kau kan ? So jangan kau nak halang aku bila aku keluar dengan Yusof..Kau dah lupa ? Kau sendiri yang cakap kita boleh buat hal masing- masing dan kau takkan halang kan ? " kata Khalyla seraya merentap tangannya. Kemudian dia terus berlari naik ke atas. Tak tahan dia nak bertatapan dengan Zaim lagi. Hatinya sakit ! Benar - benar sakit kali ni !
Zaim masih terpaku di situ. Dia betul - betul tersentak dengan pengakuan yang dibuat oleh Khalyla. Perasaan bersalah yang menggunung mula menyelubungi hati Zaim. Ya Allah..Apa yang aku dah buat ni ? Khalyla sakit tapi aku tak tahu ? Semuanya salah aku bukan Khalyla. Aku yang balik lambat ! Aku yang tak tahu menahu langsung soal call dari Khalyla.
Akhirnya Zaim terduduk di situ lalu mencapai bungkusan ubat Khalyla seraya memandang ke arah tangga di mana laluan Khalyla berlari tadi.
" Maafkan aku Khal.."
************
Khalyla terjaga dari tidurnya. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Kelihatan bilik yang sedang didiami oleh Khalyla sunyi dan kosong sahaja. Hanya ada dia di dalam bilik.
Seketika Khalyla memegang perutnya. Hmm dia tak makan lagi. Ubat pun dia tak makan lagi. Tadi jatuh dekat bawah dan dia pun terlupa nak ambil semuanya.
" Haish ..kenapa lah hidup kau macam ni Khal ? " ngomel Khalyla sendiri.
" Khal.." panggil Zaim tiba - tiba muncul bersama dulang yang berisi makanan dan ubat - ubat Khalyla tadi.
Khalyla sedikit tersentak dan terdiam dengan kemunculan Zaim yang tiba-tiba itu. Eh ? Zaim tak tidur lagi ke ? Dah pukul 1 dah kot..
Seketika lampu bilik di buka. Terang lah sikit suasana bilik daripada tadi hanya beralaskan lampu tidur sahaja.
" Bagus lah kalau kau dah bangun. Aku tunggu kau bangun dari tadi. Kau belum makan lagi kan ? Ubat kau pun.." jelas Zaim seraya meletakkan dulang tersebut di atas meja di sebelah katil.
Khalyla hanya memerhati setiap tingkah laku Zaim. Sikit pun dia tak kata apa - apa. Dia tahu Zaim tengah nak berbaik dengan dirinya. Namun sorry to say lah ! Kali ni takkan semudah tu dia dapat maafkan Zaim.
" Kau makan sekarang ea ? " kata Zaim lembut.
Khalyla hanya diam tidak berkutik.Seketika Zaim mula ingin menyuapkan makanan yang telah dipanaskan olehnya tadi. Dah berapa kali dia panaskan makanan tu untuk Khalyla. Dia setia menunggu Khalyla sedar dari tidur untuk makan makanan dan ubat gastrik tadi.
" Aku suapkan kau ea.." kata Zaim lalu menghulurkan sudu makanan ke mulut Khalyla.
Baru sahaja tangan Zaim hendak menyuap kali tiba - tiba Khalyla menahan tangan Zaim tersebut.
" Aku boleh suap sendiri.." kata Khalyla dingin.
" Tapi..."
" Hmm tak apa la kalau kau tak bagi aku suap sendiri. Aku tak payah makan...aku nak sambung tidur.." ugut Khalyla.
" Okay - okay...nah - nah kau makan ya.." mengalah Zaim akhirnya. Zaim tahu kali ni Khalyla terlalu marahkan dirinya. Mungkin kali ni Khalyla takkan semudah itu memaafkan dirinya.
Dia mengaku kali ni dia telah menyakitkan hati Khalyla.
Seketika Zaim membiarkan Khalyla makan sendiri.
" Hmm Khal aku minta maaf pasal tadi...maaf sebab dah cakap kasar dekat kau..." ucap Zaim.
" Hmmm aku tak nak cakap pasal benda ni lagi...tak semudah tu aku dapat maafkan kau Zaim...aku perlukan waktu..." kata Khalyla sambil teruskan kunyahan makanannya.
Zaim terdiam jadinya. Seketika dia mengangguk kecil. Hmm tak apa lah. Aku janji akan buat Khalyla maafkan aku semula. Aku tak nak hilang Khalyla sebagai sahabat aku.
****************
Hari ini Khalyla mengambil cuti lagi. Dia masih rasa tak berapa sihat sepenuhnya lagi untuk ke kedai bunganya. Dia hanya mengirimkan segala urusan kepada pekerjanya yang lain sahaja.
Setelah siap mandi apa semua, Khalyla mula turun ke bawah. Hmmm Zaim dah pergi kerja kot ? Lega sikit aku duduk rumah sorang-sorang. Malas nak hadap muka Zaim. Sakit hati dibuatnya.
Turun sahaja ke bawah, tekaan Khalyla agak meleset. Ternyata Zaim tidak bekerja hari ini. Dia ada di rumah rupa - rupanya. Kelihatannya Zaim sedang menyiapkan makanan di dapur. Eh ? Barang dapur ada ke ? Hari tu mana sempat beli lagi.
Khalyla malas hendak ke dapur. Malas nak bersua muka dengan Zaim. So dia memilih untuk menonton tv di ruang tamu sahaja. Beberapa minit kemudian,Zaim tiba - tiba muncul..
" Eh Khal dah bangun ? Jom breakfast ? Aku dah masakkan untuk kau.." kata Zaim cuba beramah mesra.
Khalyla memandang kosong ke arah Zaim.
" Ermm mesti kau pelik kan kenapa aku ada dekat rumah ? Hari ni aku amik cuti...aku nak temankan kau.." jelas Zaim.
Tiada respon dari Khalyla. Oh dia amik cuti ? Nak temankan aku ? Hahahaha baru nak rasa bersalah kot ?
Tanpa membuang masa Khalyla bangun dari tempat duduknya seraya hendak berlalu ke ruang makan. Perut juga sudah berbunyi minta diisi.
Zaim mengeluh kecil. Khalyla masih enggan bercakap dengan dirinya. Hmm sabar Zaim. Kau kena sabar hadap semua ni. Kau juga yang buat hal kan ? Tapi dia sendiri masih tidak berpuas hati dengan panggilan yang tak diterimanya itu. Pelik ! Berulang kali dia check call log di phonenya namun tiada satu pun panggilan dari Khal ? Rosak ke phone dia ? Atau Syafa yang reject semua call tu ?
#Nah new chapter untuk korang ! Heee keep vote and comment 😍💕💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro