Bab 18
Melangkah sahaja kaki Khalyla bersama partnernya yang agak handsome malam itu , semua mata bekas para pelajar memandang ke arah mereka. Mereka menjadi perhatian pulak kini. Alahai. Tahulah aku cantik en ? Hahahaha perasannya kau Khal...
" Wah besar juga ea dewan sekolah ni.." kata Yusof Anaqi atau panggilan manja yang sering dipanggil baby.
Hahahaha jangan tanya kenapa dia kena panggil baby. Semua tu kerja kakak dia lah si Delisha sampai aku pun terikut-ikut. Well Yusof ni adik kesayangan Delisha satu - satunya. Delisha memang gemar memanggilnya baby. Sebab bagi Delisha dari kecil sampai la dah besar panjang macam ni , Yusof tetap baby di mata Delisha hahahaha. Yusof pada mulanya tidak suka digelar dan dipanggil dengan panggilan baby itu. Namun lama - lama dia juga sudah terbiasa dan tak kesah dipanggil baby hahahaha. Dah la adik Delisha ni muka baby - baby face gitu. Umur pulak beza 2 tahun aje dari Khalyla dan Delisha.
Haish Delisha ni lah tukar plan last minit. Aku ingatkan dia yang jemput aku tapi tak pergi kirim adik dia pulak untuk temankan aku ?
*Flashback*
Khalyla terus masuk ke dalam kereta. Tutup sahaja pintu kereta terus dia menyoal si driver...
" Asal baby yang jemput kak Khal pulak ni ? Kak Del mana ? " tanya Khalyla straight to the point.
" Eh kak Del tak inform dekat kak Khal ke ? Dia suruh baby yang temankan kak Khal...lagipun kak Del tetiba sakit perut tadi. " jelas Yusof.
" Hah ? "
Tetiba telefon bimbit Khalyla pun berbunyi. Nama Delisha tertera. Terus Khalyla mengangkat panggilan tersebut.
" Hello Del ! What is going now ? " tanya Khalyla.
" Hello...sorry - sorry. Tu hah aku kirimkan adik aku untuk temankan kau...enjoy your event ya...aku sakit perut tak dapat nak temankan kau...by the way...gunakan adik aku sebaik yang mungkin tau....hehe..."
" Hah ? Gunakan adik kau sebaik yang mungkin ? What do you mean by that ? " tanya Khalyla tidak memahami.
" Aku dah ceritakan segala situasi kau dekat Yusof...aku nak kau tunjukkan pada Zaim yang kau pun ada someone special. Tunjukkan sekali pada si Syafa senget tu...Haish geram aku... Biar Zaim pulak yang sakit hati ! Padan muka dia ! " kata Delisha bersemangat di hujung talian.
Eh minah ni ! Tadi cakap sakit perut tapi dia yang bersemangat pulak sekarang ? Hahahaha bagus jugak idea si Delisha ni. Lagipun adik dia memang handsome hahahaha tapi please ya aku takkan suka hadik hadik okay ? Not my taste !
*End Flashback*
Seketika Khalyla dan Yusof mencari tempat duduk yang kosong. Tanpa mereka sedar ada sepasang mata memandang tidak puas hati dengan tingkah laku mereka. Siapa ? Siapa lagi kalau bukan Zaim lah. Hahaha entah kenapa malam ni cemburunya menjadi membuak - buak pulak. Dah ada girlfriend sendiri dekat sebelah pun nak cemburu lagi ? Hahahah itu girlfriend...ini isteri kot ?
" Kak Khal...mana satu suami akak yang Kak Del cerita tu ? " tanya Yusof perlahan.
Khalyla memanjangkan lehernya mencari kelibat Zaim. Tetiba dia terpandang ke arah Zaim yang sedang memerhatinya juga. Oh Zaim duduk dekat sini jugak.
" Err baby dia tengah tengok kita sekarang...baby jangan tengok dia sangat..buat - buat macam tak nampak.." kata Khalyla.
Yusof mengangguk kecil. Seketika Khalyla buat-buat tak nampak Zaim.
" Dah jom la kita pergi ambik makanan nak ? " ajak Khalyla.
" Nak...tapi kan...kak Del ada pesan dekat baby..." kata Yusof.
" Pesan apa ? "
" Jangan bagi kak Khal makan banyak sangat.." kata Yusof sambil tersengeh kecil.
" Ish kakak baby tu memang tau..suka nak halang kak Khal makan...Dah no more control...nak makan apa malam ni...makan aje..." kata Khalyla seraya bangun.
Dalam masa Khalyla nak bangun dia tidak sengaja terpijak dress labuhnya itu maka dia hendak jatuh jadinya. Namun Yusof pada ketika itu juga bangun dan sempat menahan tubuh Khalyla dari jatuh..
" Hati-hati Kak Khal.." kata Yusof.
" Hahaha nasib baik tak jatuh...thanks baby.."
Yusof tersenyum lebar lalu mengangguk.
Part of Zaim.
Zaim mengetap bibirnya kuat. Haishhh siapa lelaki tu ? Nampak macam akrab sangat dengan Khal ? Nak jatuh pun dia sambut ! Geram pulak aku tengok. Isteri aku tu woiiiii ! Eh ? Asal dengan aku ni ? Aku jelous ke ?
" You tengok apa tu Im ? " tanya Syafa.
Dari tadi lagi dia tengok tingkah laku Zaim seperti cacing yang kepanasan dah kenapa ?
" Errr hah ? Tak ada apa - apa..." bohong Zaim. Dia mengalihkan pandangan ke arah Syafa.
" Jangan tipu I...you tengah tengok isteri you kan si Khal tu ? Hmmm kenapa ? Jelous tengok dia datang dengan someone special ke ? " kata Syafa hanya ingin menduga.
Zaim terdiam dibuatnya.
" You jangan macam-macam ea Zaim. Siap kalau I dapat tahu you falling in love dengan dia.." kata Syafa memberi amaran.
Glurp ! Zaim tertelan liur sendiri. Aku ? Nak falling in love dengan Khal ? No lah...
***********
Ramai jugak kawan - kawan lama Khalyla menegurnya dan berborak. Mereka juga sempat bertukar-tukar cerita tentang hidup masing-masing. Tidak lupa juga mereka ada bertanyakan siapa lelaki yang berdampingan dengan Khalyla malam itu. Mereka juga memuji ketampanan yang dimiliki oleh Yusof. Hahahaha bangga aku ada adik kawan yang handsome ni hah. Aku pun diaorang puji. Diaorang cakap aku makin cantik. Ahhhhh kembang setaman aku hahahaha.
Khalyla kekadang terkelu juga nak mengaku yang Yusof ni siapa pada kawan - kawan lamanya. Namun seperti tahu-tahu saja Yusof terus mengenalkan dirinya sebagai kawan Khalyla.
Seketika mereka berpisah sekejap. Khalyla pergi tengok ke arah makanan western manakala Yusof ke dessert yang bersebelahan dengan makanan-makanan western.
Rambang mata Khalyla dibuatnya apabila melihat makanan yang tersedia di hadapan matanya itu. Seketika Khalyla ingin mencapai senduk makanan yang ingin diambilnya tiba - tiba ada tangan lain juga yang ingin mengambil senduk makanan tersebut.
Khalyla sedikit tersentak ! Lalu dia menoleh ke arah empunya tangan.
Zaim ?
Kelihatannya Zaim memandang tepat ke wajah Khalyla. Dia terpegun melihat kecantikan wajah Khalyla pada malam itu. Ya Allah.. ni manusia ke bidadari ?
" Err...ehhh Im ? " tegur Khalyla menyentakkan Zaim.
" Errr hah...kau amik lah dulu..." kata Zaim.
Selepas itu Khalyla cepat-cepat mengambil makanan tersebut..
" Ermmm kau tak bagitahu pun yang kau dah ada boyfriend baru ? " kata Zaim tiba-tiba.
Khalyla sedikit tersentak. Khalyla memilih untuk tidak menjawab soalan Zaim itu.
" Kau tak nak kenal kan dia pada aku ke ? " kata Zaim lagi setelah Khalyla tidak memberi respon.
" Errr kau nak kenal dengan dia ea ? Kejap aku panggil... Baby ! " kata Khalyla.
Zaim tersentak apabila panggilan baby digunakan oleh Khalyla. What ? Panggilan manja dekat boyfriend dia tu baby ? Tetiba Zaim mula terasa panas di seluruh mukanya. Geram betul !
Seketika Yusof menghampiri mereka berdua.
" Ya sayang.... " kata Yusof seakan - akan memulakan lakonannya.
" Errr ni kawan nak kenal..." kata Khalyla gugup.
" Oh hi..saya Yusof Anaqi....boyfriend Khal.." kata Yusof selamba lalu menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Zaim.
Terlopong Khalyla dibuatnya. Tak sangka pulak kali ni Yusof akan seberani ini mengenalkan dirinya sebagai boyfriend aku depan Zaim ? Hahahaha gila ini budak. Perangai tetap sama macam kakak dia si Del tu. Buat benda yang kita tak expect langsung !
Wajah Zaim sedikit muram. Lambat-lambat dia menyambut huluran Yusof. Tak sangka betul Khalyla dah ada boyfriend baru. Haish Zaim yang kau nak
sedih tu kenapa ? Okay lah tu Khalyla dah cari siap-siap teman hidupnya sebelum korang berpisah nanti.
Selepas itu Zaim terus meminta diri untuk kembali ke tempat duduknya. Melangkah pergi sahaja Zaim. Khalyla dan Yusof ketawa kecil.
" Hahahahaha pandai ea berlakon baby..." kata Khalyla.
" Well...kak Del dah pesan dekat baby suruh kenakan suami kak Khal tu...baru dia tahu apa yang kak Khal rasa bila dia asyik sibuk dengan girlfriend dia tu..." jelas Yusof.
Khalyla hanya tersenyum kecil. Namun Khalyla sedikit pelik. Kenapa Zaim kelihatannya betul-betul tak suka tengok dirinya bersama Yusof ? Dia nampak macam sedih aje lepas tahu yang Yusof ni boyfriend aku ? Kenapa ea ?
***************
Majlis reunion juga hendak sampai ke penghujungnya. Kini tibalah acara akhir bagi penyampaian hadiah untuk beberapa anugerah.
" Okay perhatian semua para pelajar batch 96 dan 97. Kini tibalah acara terakhir bagi penyampaian hadiah untuk beberapa anugerah. " kata pengurusi majlis.
Semua bekas pelajar menepuk - nepuk tangan mereka. Riuh dewan sekolah mereka dibuatnya.
" Okay bagi penyampaian hadiah untuk anugerah the best couple of event untuk malam ni jatuh kepada...."
Semua bekas pelajar kelihatannya tidak sabar menunggu keputusan yang ingin diumumkan itu.
" Jatuh kepada Cik Khalyla Najwa with her partner Yusof Anaqi ! "
Tepukan gemuruh mula berkumandang ! Khalyla tersentak ! Tak sangka pulak namanya dan Yusof akan diucapkan. Seketika Khalyla dan Yusof jalan beriringan untuk mengambil hadiah di hadapan. Semua orang bertepuk tangan dan bersorak riuh dengan anugerah yang diterima Khalyla. Ya memang semua akui . Khalyla dan Yusof lah pasangan paling mendapat perhatian malam itu.
Zaim hanya memendam rasa. Betapa sakit hatinya lagi lahhh bila Khalyla menerima anugerah tersebut dengan partnernya itu. Hish sepatutnya anugerah tu untuk Khalyla dengan aku ! Terbit rasa menyesal pulak tak datang reunion malam ni dengan Khalyla.
#Hahahahaha amacam chapter ni ? Best tak guys ? Kalau best apa lagi vote and comment ya ! Heeeee 😉💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro