Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17

Khayla sedaya  upaya menahan langkah Zaim untuk berlalu pergi bersama Syafa.

" Zaim ! Please jangan tinggalkan aku..Jangan percayakan Syafa..dia cuma nak permainkan kau aje..dia nak kikis semua harta kau..." teriak Khalyla di situ.

Zaim hanya menggeleng , Syafa pula dalam diam sempat tersenyum sinis tanpa pengetahuan Zaim.

Zaim tetap meneruskan langkahnya tanpa percayakan sedikit kata-kata Khalyla.

" Zaim ! "

Khalyla terus tersedar dari mimpinya. Dia terus bangun automatik duduk. Berpeluh-peluh wajah Khalyla dibuatnya. Ya Allah mimpi rupanya.

Seketika Khalyla melihat keadaannya. Eh ? Dia masih berpakaian kerjanya. Pastu diselimutkan pulak ? Oh baru dia teringat dia tertidur rupanya. Seketika dia melirih ke sisi. Tempat yang Zaim tidur tadi kosong ?

" Mesti Zaim dah bangun ...sekarang pukul berapa dah ea ? " kata Khalyla seraya menoleh ke arah jam dinding yang tergantung kemas di dalam biliknya itu.

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Aduhh ! Pukul 8 dah. Dah lah aku tak mandi lagi ni..Kejap lagi dah makan malam.

Khalyla terus bangun dengan tergesa-gesa lalu mencapai tualanya dan terus menuju ke toilet. Kelihatannya pintu toilet tertutup saat itu. Tanpa berfikir panjang Khalyla terus menolak pintu toilet dan pada masa yang sama belum sempat Khalyla nak tolak pintu tu tiba-tiba ia dibuka dari dalam.

Khalyla hendak tersembam  jadinya dan dia terjatuh di atas bidang dada seseorang yang tak berbaju ! Orang tersebut jugak menyambut Khalyla.

Terbuntang mata Khalyla di buatnya !

" Arghhh ! " Khalyla terjerit kecil.

" Shhh ! Kau jerit kenapa ? " kata Zaim.

Lantas Khalyla memejam mata lalu menjauhkan dirinya daripada Zaim.

" Kau tak pakai baju dah kenapa ?! "

" Aku..terlupa nak bawa masuk baju sekali tadi..." jelas Zaim.

" Sudah lah ! Lain kali jangan lupa lagi...Hish tak malu betul lah kau ni...." bebel Khalyla sambil mata masih terpejam rapat.

" Nak malu apanya ? Kau bukan orang lain pun...isteri aku jugak kan ? " usik Zaim sengaja ingin menduga.

Seketika Zaim melangkah mendekati Khalyla. Sehinggalah jarak dirinya dan Khalyla hanya tinggal seinci.

" Khal...aku dah pakai baju lah..buka lah mata kau tu..."bohong Zaim.

Khalyla membuka matanya perlahan-lahan. Apabila dah buka mata alangkah terkejutnya dia apabila tubuh Zaim tanpa baju betul-betul di hadapan batang hidungnya ! Ya Allah dia kena kan aku !!

" Zaim Asfar ! " teriak Khalyla geram seraya menolak kuat tubuh Zaim sehingga Zaim terundur ke belakang sedikit.

Khalyla lantas berlari masuk ke dalam toilet. Kedengaran suara ketawa  Zaim di dalam bilik Khalyla bergema.

Khalyla pulak sudah blushing di dalam bilik mandi. Arghhhh dia yang tak berbaju, aku yang rasa malu !

***********
Malam itu Khalyla menyambung lagi menaip ceritanya. Idea memang suka datang malam-malam macam ni.

Sambil-sambil tu dilirih jugak ke arah Zaim yang sedang kusyuk dengan handphonenya. Kadang-kadang Zaim juga tersenyum - senyum sendiri. Entah apa yang dibuatnya pun Khalyla tak tahu.

" Hmm andai saja senyuman Zaim tu disebabkan aku...pasti bahagia kan ? " desis hati Khalyla.

Seketika Khalyla menyambung kerja menaipnya. Keadaan bilik hanya sunyi sahaja ketika itu. Beberapa minit selepas itu tiba- tiba Zaim bersuara.

" Hah Khal...kau ada dapat tak kad jemputan reunion sekolah menengah kita ? " soal Zaim.

Khalyla mengalihkan pandangan daripada laptopnya ke wajah Zaim. Haah lah hampir terlupa pulak dia dengan kad jemputan tu.

" Ada - ada...reunion tu untuk batch 97 ngn 96 kan ? " kata Khalyla.

Zaim mengangguk.

" Kau nak pergi ke ? " tanya Zaim.

" Mesti lah nak...aku rindu lah nak jumpa kawan-kawan lama aku...jom la pergi dengan aku Im.." kata Khalyla.

Ya semestinya lah dia nak sangat pergi dan berdamping dengan Zaim. Pasti heboh lah jadinya ! Mana taknya memang satu sekolah dulu tahu yang Khalyla Najwa memang rapat gila dengan Zaim Asfar. Bahkan ada yang sampai cakap diaorang memang couple dulu ! Pastu ada yang berani teka yang kitaorang ni relay last long ! Dan mesti kahwin punya lah ! Hahahaha memang masin betul lah mulut orang tu.

Aku memang dah kahwin dah pun dengan Zaim hahahaha.

Apabila sekarang mereka masih bersama pasti sahaja kecoh dibuatnya nanti. Wah tak sabarnya nak pergi reunion tu ! Boleh usya ex crush ke hehehehe.

" Haah yelah kita pergi berdua ea ? " kata Zaim.

" Yeahhhh...." teriak Khalyla seronok.

" Seronok betul kau ea ? " kata Zaim.

Khalyla hanya tersengeh kepada Zaim.

" 25 hari bulan kan event tu ? "

Khalyla mengangguk.

" Means lusa lah kan ?" kata Zaim.

Seketika Khalyla mengira-ngira dengan jarinya.

" Haah lah lusa lah..hari ni dah 23 hari bulan..."

" Ohh okay so siap-siap lah nak pakai baju apa ea..sebab tema dekat kad jemputan tu prince and princess..." kata Zaim.

Erkkk ? Aku tak tengok pula tema dekat situ. Ada tema rupanya. Hahahaha aduh nak kena cari baju ala-ala princess lah ni ?

Khalyla sudah berangan - angan jadinya. Alahaii mesti aku paling cantik dan Zaim paling handsome dekat event tu kan ? Tak sabarnya nak pergi pastu jalan beriringan dengan Zaim. Arghhh sweetnyaaa....

Keesokan harinya selepas selesai sahaja kerja,Khalyla terus mengajak Delisha menemaninya untuk ke mall mencari baju untuk event reunion esok ! Heee nak pakai colour apa ea ? Hahahaha.

" Khal kau nak pilih warna apa ni ? " tanya Delisha.

" Entah aku pun confius..semua dress kembang ni cantik sangat lah...rasa macam nak beli semua lah..." kata Khalyla rambang mata.

" Ish kau ni..tak payah nak mengada nak beli semua..mehh sini aku pilihkan....ermmm hah kau sesuai warna peach ni....nah - nah pergi try sekarang..." kata Delisha lalu menghulurkan dress kembang yang dipilihnya tadi.

Khalyla hanya akur. Seketika dia pergi mencuba dress tersebut di bilik pakaian. Beberapa minit selepas itu Khalyla pun keluar dari bilik tersebut untuk ditunjukkan kepada Delisha.

" Del ... okay tak ? " tanya Khalyla.

Delisha sedikit terpegun melihat penampilan Khalyla yang memakai dress kembang berwarna peach tersebut. Serious cantik ! Macam princess gitu.

" Ya Allah...cantiknya kau Khal..." puji Delisha yang kelihatan agak teruja itu.

Khalyla tersenyum lebar. Ya dia juga akui bahawa apabila dia memakai dress tersebut memang dia kelihatan agak cantik dan menawan. Acehhh 😆😆😆

" Okay lah aku pilih baju ni untuk reunion tu nanti ! " kata Khalyla.

Seketika mereka berdua ke kaunter bayaran untuk membayar dress tersebut.

Beberapa minit selepas itu, mereka mula beredar dari kedai baju tersebut. Baru beberapa langkah sahaja tiba - tiba Khalyla ternampak figura Zaim dan Syafa sedang jalan berdua di suatu kawasan.

" Eh Khal ? Asal kau berhenti ni ? " tegur Delisha.

Khalyla diam. Mata masih fokus memandang ke arah figura sepasang kekasih itu.

" Kau tengok apa ? " tanya Delisha seraya memandang ke arah yang sama.

Delisha sedikit tersentak !

" Eh Khal..tu bukan Zaim ke suami kau ? "

" Hmmm dia lah tu...dengan girlfriend dia Syafa..skandal Naufal.." kata Khalyla.

Tetiba kelihatan Zaim seperti mengeluarkan telefon bimbitnya. Seketika dia seperti menaip sesuatu.

" Dia chatt siapa tu ? " tanya Delisha.

Ya Delisha dan Khalyla kini seperti sedang memerhati sahaja tindak tanduk Zaim dari jauh. Baru beberapa saat selepas itu tiba - tiba telefon bimbit milik Khalyla berbunyi notification whatsapp.

Khalyla membuka notification tersebut. Ternyata Zaim menghantar  chatt kepada dirinya. Seketika Khalyla membuka chatt Zaim tersebut. Tetiba dia rasa terkelu seketika. Terasa harapannya musnah tiba-tiba. Perasaan kecewa mula bertandang.

" Kau kenapa ni Khal ? Zaim hantar apa ? " tanya Delisha pelik.

Tanpa membuang masa,Delisha memanjangkan lehernya untuk membaca chatt yang dihantar Zaim.

Zaim Asfar 💞

Khal..sorry aku tak dapat nak pergi reunion tu dengan kau...

Aku pergi dengan girlfriend aku tau..

Kau ajak kawan kau temankan kau ea ?

Delisha pula yang terasa hangin sekarang ni ! What ? Sampai hati Zaim Asfar buat macam ni dengan kawan aku ? Nak kena tumbuk ke hah ?

" Kau okay ke Khal ? " tanya Delisha takut-takut.

Khalyla menghembus nafas berat. Selepas itu dia mula tersenyum. Dia memandang ke arah Delisha.

" Aku okay ! Dah jom kita beli satu lagi dress untuk kau pakai masa reunion aku nanti...Jom ! " kata Khalyla bersemangat.

Arghhhh lantak lah Zaim nak pergi dengan siapa pun. Aku tak kesah ! Aku dah malas nak fikir ! Malas nak layankan sangat perasaan sedih aku ni. Bukannya boleh nanti kerja nak nangis aje la. Life must move on baby !

*************
Khalyla membelek dirinya di hadapan cermin solek. Puas hati betul dia dengan dress ni. Tak rugi beli. Cantik sangat. Menutup aurat pulak tu. Khalyla mengenakan pada dirinya tudung shawl berwarna hitam yang bermanik kecil. Penampilan Khalyla malam ni amatlah menawan sekali. Bak bidadari yang jatuh dari langit lah katakan.

Khalyla juga meletakkan make up yang natural beauty sahaja.

Selepas sahaja bersiap Khalyla terus mencapai beg tangannya. Khalyla melangkah keluar dari biliknya. By the way macam mana dengan Zaim ? Oh Zaim dah lama keluar , yelah kan dia nak pergi amik girlfriend kesayangan dia tu.

Khalyla sudah menunggu kedatangan Delisha. Ya Delisha yang akan menjemputnya untuk ke event reunion tersebut. Reunion tersebut akan diadakan di dewan sekolah menengah Khalyla iaitu Smk Tunku Syed Sahabudin. Dah lama Khalyla tak menjejakkan kaki ke sekolah lamanya tersebut.

Beberapa minit kemudian tiba lah kereta myvi purple milik Delisha. Khalyla tersenyum kecil. Tanpa membuang masa dia membuka pintu kereta. Namun apabila buka - buka sahaja pintu kereta di seat hadapan Khalyla sedikit terkejut.

" Eh ? "

Dewan Smk Tun Syed Sahabudin dihiaskan dengan lampu - lampu yang cantik. Malam ini dewan tersebut lah digunakan sebagai lokasi event reunion bagi batch 96 dan 97. Dewan tersebut pulak memang ada air cond so memang best lah buat event - event macam ni.

Kelihatannya bekas para pelajar telah memenuhi ruang dewan tersebut. Makanan - makanan yang banyak juga telah disediakan. Haish ni kalau Khalyla tengok mesti licin di buatnya. Hahahaha hantu makan tu ! Memang tak boleh nak kata apa lah...

" Hai bro ! Apa khabar ? Wah makin handsome kau ya lepas balik dari Korea ? " tegur sahabat lama Zaim yang bernama Wizad

" Hai...hahaha baik aje...Tak ada lah..kau handsome lagi...Hahahah ehh mana kau tahu aku baru balik Korea ? " kata Zaim.

" Alaaa...zaman sekarang dah maju...aku boleh stalk kau merata tempat dhoo..." kata Wizad sambil menepuk-nepuk belakang Zaim.

Zaim ketawa kecil. Syafa di sebelah hanya diam menjadi pemerhati. Dalam diam dia merasa bosan jugak dengan event reunion yang entah apa-apa ni. Hishhh buang masa aje !

" Ehem...tak nak kenalkan siapa kat sebelah kau tu ke ?" tanya Wizad akhirnya.

" Oh lupa pulak...kenalkan girlfriend aku...Syafa Aqeera..." kata Zaim bangga memperkenalkan diri kekasihnya.

" Ohh Hi Syafa...saya Wizad...Kawan sekelas Zaim dulu..." kata Wizad cuba beramah mesra.

Syafa hanya tersenyum hambar.

" So bila nak kahwin ni Im ? Girlfriend dah ada...cepat-cepat lah kahwin...aku pun dah kahwin dah..." kata Wizad.

" Hahahaha rileks lah muda lagi kot..."

" Hahahaha muda apa bossku ? Ehhh by the way aku ingatkan kau bercinta dengan Khalyla ? Hah dia apa cer ? Dah kahwin dengan orang lain ke ? " kata Wizad membuka cerita.

Terbatuk Zaim jadinya ! Aduhh isu ni dibangkitkan pulak ? Apa aku nak cakap ? Takkan nak cakap yang Khal memang dah kahwin dengan aku dah pun ? Tapi kitaorang mana suka antara satu sama lain pun !

Syafa disebelah hanya memasang telinga. Panas juga telinganya bila nama si Khalyla itu disebut. Ish ! Sikit - sikit Khalyla...apa yang special sangat minah tu entah ?

" Amboii batuk kau...Hahahaha " usik Wizad.

" Err..Khal ea..aku pun tak pasti...sebab dah lost contact dengan dia sejak aku study dekat Korea..." bohong Zaim.

" Oh macam tu...hahaha tak apa lah Im...dah kau tak berjodoh dengan dia nak buat macam mana kan ? " kata Wizad.

Zaim hanya tersenyum hambar lalu mengangguk kecil.

" Eh Im ! Tu bukan Khal ke ? Wuish panjang umur dia baru aje cakap pasal dia tadi..." kata Wizad lalu menunjuk ke suatu arah.

Serta merta Zaim dan Syafa memandang ke arah tersebut. Kelihatannya Khalyla baru melangkah masuk ke dalam dan berdampingan dengan seorang lelaki yang agak handsome dan menarik semua perhatian bekas para pelajar yang ada di sana. Lelaki itu berpakaian berkot hitam yang kemas sekali.

" Wahh...dia pun bawa boyfriend dia jugak lah...ke suami dia tu ?" kata Wizad menyentakkan hati Zaim.

Zaim ternyata menunjukkan riak yang amat terkejut sekali ! Siapa sebelah Khalyla tu ? Dia tak bagitahu aku pun yang dia ada boyfriend ? No tak mungkin !

#Hahahaha padan muka Zaim ! Tahu pulak nak terkejut kan ? Heee siapa agaknya lelaki disebelah Khal tu ya ? Heee nak tahu tunggu chapter seterusnya ya 😋 keep vote and comment ya 😍💕💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro