Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

Kesemua mata sedang memandang ke arah Zaim dan Khalyla tika ini.Zaim dan Khalyla hanya diam menikus.Entah apa yang harus mereka jelaskan lagi. Semuanya telah berlaku.

" Papa tak nak tahu apa-apa kecuali Khal dengan Zaim kena kahwin jugak 3 hari lagi dari sekarang..." kata Affan.

Khalyla dan Zaim tersentak hebat ! What ? Kahwin lagi 3 hari ? Habis macam mana dengan peminangan Zaim untuk Syafa ?

Zaim menoleh ke arah mummynya. Cuba meminta simpati. No ! Dia cuma nak kahwin dengan Syafa bukan orang lain even orang tu kawan baik dia sendiri.

" Tapi...lagi 3 hari Zaim nak.." kata Khalyla cuba membela Zaim.

" Tak! Benda dah jadi macam ni. Mummy takkan pinangkan Syafa untuk Zaim lagi. " kata Sakina.

Zaim tersentak ! Hatinya bagai disiat-siat. Mummy dah tak nak pinangkan Syafa lagi untuk aku ? Zaim mula melirih tajam ke arah Khalyla.

Wajah Khalyla dan juga mesej yang diterimanya di ingat silih berganti.

" Semua ni sebab Khal ! Semua ni sebab mesej bodoh tu ! " marah Zaim di dalam hatinya.

" Sudah...tiga hari akan datang Zaim dan Khal akan diijab kabulkan. Muktamad ! "kata Affan tegas.

3 hari yang tidak sepatutnya terjadi telah pun tiba. Hancur berderai hati Zaim dibuatnya. Hari ni sepatutnya menjadi hari bahagia dia meminang Syafa untuk menjadi suri hatinya. Namun semuanya telah bertukar pulak menjadi hari pernikahannya dengan kawan baik dia sendiri ? Apa semua ni ? Tak pernah terlintas pun difikirannya nak kahwin dengan Khalyla Najwa dengan situasi seperti ini.

Majlis diadakan hanya lah secara kecil-kecilan sahaja. Tiada pelamin tiada bergambar keluarga. Tiada dj kenduri.

Khalyla tidak pernah menyangka diumur 22 tahun ini dia akan menamatkan zaman bujangnya.Tak rasa majlis perkahwinan yang dia impi-impikan semasa zaman belasan tahunnya.

Dengan sekali lafaz, Khalyla dan Zaim telah disatukan sebagai sepasang suami isteri tanpa kerelaan hati mereka. Mungkin bagi Khalyla ada sedikit terselit kebahagiaan dapat berkahwin dengan orang yang dicintainya namun tidak tahu adakah kebahagiaan ini akan tumbuh mekhar lepas ni ? Atau hanya mengundang penderitaan.

Zaim sibuk dengan phonenya. Tak habis-habis dia duk chatt dengan kekasih hati. Zaim telah memberitahu Syafa soal apa yang berlaku. Zaim sedikit lega apabila Syafa masih mahu memahaminya.Hmm dia juga masih berjanji dengan Syafa yang suatu hari nanti dia akan masuk meminang juga Syafa. Perkahwinan ini juga tidak akan bertahan lama cuma mahu menutup malu keluarganya dan keluarga Khalyla.

" Ehem - ehem "

Zaim menoleh ke arah orang yang berdehem itu. Kelihatan abang iparnya iaitu Fatteh di sebelah.

" Chatt siapa tu ? Macam bahagia aje ? Chatt girlfriend lagi ke ? " kata Fatteh.

" Errr.."

Seketika bahu Zaim ditepuk lembut Fatteh.

" Tak apa lah..abang Fat..yakin lepas ni Zaim mesti bahagia lah dengan Khalyla.Lagipun korang dah berkawan baik lama kan ? So mesti dah ada chemistry antara satu sama lain..and one more thing satu aje abang nak pesan...tolong jaga adik abang baik-baik. Khal lah satu-satunya adik abang...tak ada yang lain..." kata Fatteh.

Zaim terdiam jadinya. Maaf abang Fat..Zaim tak berani nak janji sama ada Zaim boleh jaga Khal atau tak. Memang kami ada chemistry tapi hanya sebagai kawan bukan sepasang suami isteri. Semua tu terlalu berbeza.

**********
Dari tadi lagi mummy tak habis-habis membebel dekat Zaim. Mana taknya. Baru aje tadi pagi akad nikah tapi sekarang boleh pulak pergi tinggal isterinya di rumah mak mentua. Yang dia duk berkepit dekat rumah sendiri ni. Tu lah padahnya rumah sebelah menyebelah.

" Zaim pergi la balik rumah mama tu..." kata Sakina.

Zaim memekakkan telinganya.

" Tak nak la mummy...Zaim nak tidur sini malam ni.." kata Zaim degil.

" Hah ? Kamu nak tidur sini ? Boleh ! Tapi kamu pergi ajak Khal datang sini, tidur sini sekali." arah Sakina.

Hish ! Nak tidur sini pun nak bawa Khal dah kenapa ? Dia tidur lah dekat rumah dia macam biasa. Tak payah lah ikut aku.

" Dengar tak apa yang mummy cakap ni ? Tak baik lah Zaim tinggalkan Khal macam tu...dah pergi balik rumah mama..." kata Sakina lagi.

Zaim lantas bangun.

" Hish yelah-yelah. Im balik rumah mama sekarang...Hmmm orang nak tidur sini pun tak boleh.." kata Zaim masih protes lalu dia mula melangkah bergerak ke pintu rumah.

Tak sampai 5 minit, Zaim sampai di rumah mak mentuanya a.k.a mama. Kelihatannya hanya ada mama dan papa di ruang tamu.

" Eh Im ? " tegur Radeyah.

" Ya maa.."

" Ingatkan Im ada dalam bilik Khal tadi.." kata Affan.

" Errr tak..tadi balik rumah mummy kejap.." kata Zaim.

Radeyah dan Affan mengangguk - angguk kecil.

" Dah naik lah atas...Khal ada dalam bilik...Im tahukan mana bilik Khal ? " kata Radeyah.

Zaim mengangguk kecil.

" Im naik dulu ea.." kata Zaim seraya mula melangkah.

Dituju ke arah pintu bilik Khalyla. Berdebar-debar hati Zaim dibuatnya.First time dho aku masuk dalam bilik Khal. Last pernah masuk pun masa kami waktu budak sekolah dulu.

Tombol pintu bilik Khal dipulas perlahan. Selepas itu Zaim meloloskan dirinya ke dalam bilik Khalyla. Kelihatan hanya lampu meja yang terpasang elok.Hmm Khal dah tidur kot kan ?

Zaim mula mendekati katil milik Khal. Dia juga ingin merehatkan tubuhnya. Even majlis kecik tapi letih dia rasa lain macam woo.

Kelihatannya Zaim sedikit terpinga-pinga apabila dia mendekati katil milik Khal. Kenapa pulak ? Kosong ! Khalyla tak ada pun atas katil..Eh ? Mana pergi pulak budak ni ?

Seketika Zaim cuba mencari kelibat Khalyla dengan bantuan hanya lampu meja. Khalyla masih tidak kelihatan. Zaim melabuhkan punggungnya di birai katil.

" Ermmm mama cakap tadi Khal ada dalam bilik ? Ni aku cari merata tak ada pun ? Tidur mana pulak dia ? " ngomel Zaim sendiri.

Tetiba - tiba terasa ada sesuatu di kaki Zaim. Zaim tersentak ! Bulu romanya terasa naik. Merending dibuatnya. Ya Allah benda apa pulak kat kaki aku ni ? Ada han....ke ? Tak sanggup nak cakap full 😂

Seketika Zaim memberanikan diri untuk melihat ke bawah. Alangkah terkejutnya Zaim apabila dia mendapati benda yang dia rasa di kakinya itu adalah satu tangan manusia.

Terus Zaim meloncat turun dari katil. Terperanjat punya pasal ! Ya Allah tangan betul ke tangan plastik tu ?

Beberapa minit selepas itu, Zaim cuba menyentuh tangan itu. Tangan betul lah ! Lantas dia menyelak kain cadar yang berenda di tepi katil itu lalu dia menunduk melihat di bawah katil.

Astaga ! Khal rupa-rupanya. Apa dia buat tidur bawah katil ni ? Allahu pelik-pelik.

" Khal.." panggil Zaim perlahan.

Khalyla tidur. Tidak memberi respon.

" Khal..bangun lah tidur atas katil...kau buat apa tidur bawah ni ? " kata Zaim lagi sambil menarik-narik tangan Khalyla.

Masih sama tidak ada respon juga. Alahai minah ni tidur mati ni. Hmm macam mana aku nak suruh dia bangun tidur atas katil ni ? Jadi tergaru- garu Zaim belakang kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal.

***************

Buka-buka mata aje huishhh gelap ! But chill biasalah tu tidur bawah katilkan ? Ehhhh aku tidur bawah katil mesti Zaim cari aku ni...

Lantas Khalyla terus menyelak kain cadar yang berenda di sebelah kanannya. Selak - selak aje, Khalyla sedikit tersentak.

Kenapa ?

Mana taknya. Selak aje kain cadar tetiba terpampang Zaim yang sedang tidur di atas lantai sambil mengiring dan berbantalkan lengannya di sebelah katil Khalyla.

" Dia tidur atas lantai jugak semalam ? " desis hati Khalyla.

Khalyla mengamati setiap inci wajah Zaim. Zaim kelihatan polos sekali tidurnya. Handsome. Comel. Smart.Untung dapat tengok muka Zaim bila time tidur.

Sedang leka Khalyla memerhati wajah Zaim. Tetiba tangannya ingin menyentuh pipi Zaim.Dekat , dekat dan makin dekat.

Zappp ! Tangan Khalyla dicengkam Zaim.

Khalyla tersentak !

" Kau nak buat apa hah ? " kata Zaim bersuara serak baru bangun tidur.

Seketika mata Zaim dicelikkan. Pegangan tangan Khalyla masih tidak dilepaskan.Khalyla tersenyum senget.

" Seronok tidur bawah katil? " kata Zaim perli.

" Errkkk..."

#Hahahahah apa lah yang akan jadi seterusnya ya ? Okay last update untuk minggu ni. Jumpa minggu dpn ya 😊 keep vote and comment supaya author lebih bersemangat nak update nanti ❤💓💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro