Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

Khalyla turun dari tingkat atas terus menuju ke ruang tamu. Jam di dinding dilirihnya. Oh dah pukul 10 malam. Kenapa dia turun ? Hahaha bosan pulak duduk dalam bilik aje.

Kelihatan di ruang tamu hanya ada mama seorang sahaja. Papa dengan abang Fat dalam bilik masing-masing kot rasanya.

" Hai maa..tak tidur lagi ke ? " sapa Khalyla lalu mengambil tempat disebelah mamanya, Radeyah.

" Belum...ni hah tengah layan cerita korea best..."

Khalyla melihat cerita korea yang sedang di tayangkan oleh tv bersaiz 42 inci di hadapannya itu. Mama...dengan cerita korea memang tak dapat dipisahkan..Hahahaha nak menantu korea tak maa ? Eh ke situ pulak kau ye Khal...

" Khal..by the way tadi mama berborak dengan mummy.." kata Radeyah membuka cerita.

" So ? "

" So dia bagitahu yang angah minta mummy meminangkan someone ni.." kata Radeyah.

Khalyla sedikit terkelu. Hmmm betul lah apa yang Zaim cakap tempoh hari yang dia benar-benar ingin menghantar rombongan meminang untuk Syafa.

" Tapi...mummy jadi serba salah lah.."

" Hah ? Kenapa pulak ? Okay lah tu...boleh la mummy dapat menantu awal...pastu cucu awal kan ? " kata Khalyla cuba menutupi kesedihannya.

" Hm dia tak berkenan lah dengan budak yang nak dipinangnya tu...dia cakap dia lebih berkenan dekat Khal..." kata Radeyah.

Glurp ! Khalyla tertelan liur sendiri. Perit dho..Haishlah mummy ni teringin benar nak ambik aku jadi menantu. Hmmm alahai la mummy..anakmu itu cinta mati dengan girlfriend dia, mana naknya dia terima Khal sebagai suri hati dia...

" Mummy buat lawak lah...tak habis- habis nak Khal jadi menantu dia...Dia bukannya tak tahu Khal just bff dengan Zaim aje...tak lebih dari tu.." kata Khalyla sambil ketawa dibuat- buat.

" Are you serious that you guys just  bff ? " kata Radeyah ingin menduga.

Khalyla terdiam jadinya sebelum mula berbicara.

" Yelah..kawan baik aje...That't it ! " kata Khalyla berlagak tenang. Takut kantoi dengan mamanya pulak kang !

" Eleh..iye lah tu..ingat mama nak percaya ke...mama kenal anak mama lah.." kata Radeyah masih tidak mahu mengalah.

" Errr..up to you..dah lah Khal nak naik atas dulu...nak tidur esok kerja...bye goodnight mama kesayangan hamba..." kata Khalyla seraya mencium pipi gebu mamanya,Radeyah.

Seketika Khalyla bergerak menuju ke tingkat atas. Dia takut lebih lama dia borak dengan mamanya soal Zaim. Bertambah masalah pulak nanti.

**************
Sejak Zaim kurang percayakan kata- kata Khalyla dia mula menjauhkan diri dari Khalyla.

" Hmmm Zaim dah tak percayakan aku...asyik mengelak aje dari aku nampaknya. I must do something...tapi macam mana ? " desis hati Khalyla sambil memandang kosong ke arah tingkap bilik Zaim..

Hmm bak kata orang tak dapat tengok tuan badan , dapat tengok tingkap biliknya pun jadi lah. Ehhh ? Hahahaha.

Part of Zaim.

Zaim hanya memandang kosong ke syiling biliknya. Fikirannya masih teringat- ingatkan kata- kata Khalyla. Betul ke ? Syafa bersikap demikian di belakang aku ? Hmmm ke Khalyla sengaja nak kenakan aku ? Tapi takkan lah...dia nak buat main - main benda macam ni kan ?

Seketika Zaim mengubah posisinya menghadap lampu tidur di meja sisi katil.

" Mana satu yang patut aku percaya ? Kawan baik aku atau girlfriend aku sendiri ? " monolog hati Zaim.

Selepas itu Zaim terus mencapai telefon bimbitnya. Dia menekan aplikasi whatsapp di telefon bimbitnya. Contact name " Syafa Sayang " diruang chatt di tekannya lalu dia menaip sesuatu. Setelah sesuatu sudah siap di taip Zaim terus menghantar kepada kekasih hatinya itu.

To: Syafa Sayang

Assalamualaikun sayang. Ada mana ? dah tido ke ?

Beberapa minit selepas itu chatt Zaim dibalas Syafa Aqeera.

From: Syafa Sayang

Wslm. Ada dekat rumah.. Otw tido lah..

Zaim tersenyum kecil. Alahaiii baik betul girlfriend aku ni. Tak keluar malam. Tidur awal aje..Ni kalau aku kahwin dengan dia nanti mesti senang nak kawal kan ?

To: Syafa Sayang

Oh sorry ganggu. Tido lah. Goodnight sayang. Love you. Assalamualaikum 💕

Hampir setengah jam lepas itu, chatt itu tidak dibalas Syafa. Zaim menganggap bahawa girlfriendnya itu sudah tidur barangkali. Tak apa lah. Dia tak nak kacau.

Part of Syafa Aqeera.

Air coke di dalam gelas di hadapannya diteguk rakus. Kepalanya digerak - gerak kecil mengikut alunan muzik yang dipasang.

" Siapa chatt ? " tanya Naufal di hadapan Syafa.

" Zaim " ringkas sahaja nama itu disebut Syafa.

" Ohh...dia nak apa ? " tanya Naufal lagi.

" Entah...tetiba tanya I kat mana. Sibuk aje..Kacau orang nak enjoy. " kata Syafa.

Naufal tersenyum sinis. Seketika dia meraih tangan Syafa.

" Alala...kesian my baby ni ya...nak enjoy tapi ada orang kacau...Dah jom kita pergi dance dekat situ.." kata Naufal seraya bangun lalu menarik lembut tangan Syafa.

Syafa hanya mengikuti setiap pergerakkan Naufal tanpa berfikir panjang. Ya sekarang mereka berdua sedang enjoy di kelab malam. Difikirkan Zaim yang Syafa sudah selamat tidur dirumah namun dia sedang berseronok di kelab malam. Alahaiii apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang pun tak tahu lah.

***********

Tinggal 3 hari aje rombongan meminang akan dihantar ke rumah Syafa. Alahaiii tak sabarnya nak kahwin ! Zaim di dalam ambang bahagia. Langsung dia tidak memikirkan apa yang dirasakan oleh Khalyla mahupun mummynya sendiri. Suka atau tidak ke diaorang ? Sikit pun tidak di ambil perhatian.

Hmm Zaim , Zaim kau dah habis fikir ke nak berbini kan si Syafa tu ? Mati lah kau kalau lepas kahwin kau baru nak sedar Syafa tu macam mana orangnya.

Hari ni satu keluarga Zaim ada urusan masing- masing. Zaim pulak cuti kerja hari ni. Tinggallah dia seorang diri di rumahnya. Dia duduk di ruang tamu menonton cerita yang disiarkan di tv rumahnya. Seketika dia tersandar pada sofa rumahnya.

" Hmm bosannya...ni kalau keluar dengan Syafa best ni...hmm tapi tadi aku call dia cakap dia busy pulak alahai..." keluh Zaim sendiri.

Tetiba telefon bimbit Zaim berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Cepat - cepat dilihatnya dengan harapan si kekasih hati yang hantar. Namun hampa tapi nombor yang tak dikenali yang menghantar satu mesej.

" Nombor siapa pulak ni ? Mengacau aje..." getus Zaim.

Seketika dia membuka chatt tersebut. Tertera beberapa ayat.

Zaim ! ni aku Khal ! Help me ! Ada orang masuk rumah aku ! Aku ada dekat rumah sorang2 ni ! Please help me ! Aku perlukan kau sekarang !

Terbuntang mata Zaim dibuatnya ! Zaim sedikit cemas ! Dia terus bangun dari duduk santainya di atas sofa tadi. Lantas dia mula bergerak untuk menuju ke rumah Khalyla. Khalyla dalam bahaya ni ! Dia perlu selamatkan Khalyla !

Khal tunggu aku !

Sekelip mata Zaim sudah berada di hadapan pintu rumah Khalyla. Zaim menolak pintu rumah Khalyla perlahan- lahan. Pintu rumah juga tidak berkunci. Means memang rumah Khalyla kena pecah masuk lah ni.

Seketika Zaim mula melangkah perlahan-lahan. Cuba mencari di mana adanya Khalyla. Dia jugak berjaga-jaga takut si penjahat menyerangnya pulak secara tiba-tiba.

" Zaim ? "

Zaim terus menoleh ke arah empunya suara.

" Khal ? Kau okay ke ? " tanya Zaim.

Khalyla kelihatan tercengang !

" Kau buat apa kat sini ? Semua orang tak ada lah ..Mama papa pun tak ada..." kata Khalyla.

Terkejut jugak Khalyla melihat kehadiran Zaim tiba - tiba dirumahnya. Nasib baik masa dia turun tadi dia tergerak hati nak pakai tudung. Fuhh nasib baik lah.

Zaim menunjukkan riak pelik. Ehhh Khal kan yang mesej aku suruh datang tolong dia ? Kenapa dia pulak macam tak tahu apa- apa ?

" Im ? Kau kenapa ni ? " tanya Khalyla setelah Zaim tidak memberi respon.

" Hah ? Eh tak tadi kau yang..." kata Zaim namun terhenti apabila terdengar akan satu ketukan di pintu rumah Khalyla.

Tok ! Tok !

Khalyla dan Zaim serentak bergerak ke pintu rumah. Buka - buka sahaja pintu , terpapar wajah - wajah beberapa lelaki yang berkopiah.

" Assalamualaikum kami dari jabatan pencengah masiat...Kami telah mendapat aduan bahawa ada orang bukan mahram yang berkelakuan mencurigakan dekat rumah ni..."

Khalyla dan Zaim saling berpandangan sesama sendiri. Wehhh ! Apa ni ?

#Omg ? Keep vote and comment 💕😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro