Bab 11
Khalyla masih terfikirkan bagaimana caranya untuk dia dapatkan bukti tentang hubungan Naufal dan Syafa. Hmmm Khalyla tak boleh berdiam diri macam ni aje. Biarlah Zaim sakit hati sekarang tapi jangan dia sakit di kemudian hari. Zaim baik orangnya, dia tak layak rasa apa yang aku rasa sebelum ni atas perbuatan Naufal. Cukup aku tengok dia terluka di saat kepergian daddy.
Tetiba Khalyla memetik jarinya !
" Hah ! Aku tahu macam mana ! " teriak Khalyla tiba-tiba.
Automatik pekerja Khalyla yang ada di kawasan tersebut tercengang.
" Cik Khalyla tahu apa ? "
Baru tersedar Khalyla yang kini dirinya sedang ada di kawasan bunga-bunga kedainya. Adehh ! Ingatkan dalam office tadi. Aduh malunya aku !
" Errr tak ada apa lah....Tak apa....teruskan kerja korang..." kata Khalyla seraya berpaling berlalu untuk ke dalam officenya.
Masuk-masuk sahaja ke dalam officenya, dia mencapai satu kertas dan sebatang pen. Dia mencatatkan sesuatu.
" Aku kena buat plan yang aku terlupa nak buat hari tu..." getus hati Khalyla.
Plan ? Plan yang mana yang Khalyla terlupa buat ?
Khalyla rasa satu-satunya cara sekarang adalah dengan tangkap banyak-banyak gambar keluar dating Naufal dengan Syafa banyak-banyak ! Pastu tunjuk dekat Zaim straight to the point. Baru dia akan percaya kalau ada bukti ! Wah-wah so brilliant otak kau ni Khalyla.
" Kau tunggu lah Naufal ! Semuanya akan ku bongkar ! Lantak lah dengan amaran kau ! Aku tak hairan ! " monolog sinis hati Khalyla.
Keesokkan harinya, Khalyla memulakan misinya seorang diri. Selain pergi kerja dia juga menyimpang pergi ke mall yang berdekatan. Khalyla memerhati setiap manusia yang keluar dan masuk ke dalam Aeon mall yang pernah dia datangi tersebut. Haish mana diaorang ni ? Tak date sini ke ?
Beberapa minit kemudian, Khalyla ternampak 2 figura yang dia nanti-nantikan. Hah tu pun diaorang ! Dalam diam Khalyla mengikuti setiap langkah Naufal dan Syafa. Hmmm macam biasa bermesraan di hadapan umum tanpa ada rasa malu itu merupakan rutin harian diaorang kalau date. Menyampah aku ! Dah lah Syafa tu berpakaian seperti tak cukup kain lagaknya !
" Siap kau Syafa ! Aku akan tunjukkan siapa kau sebenarnya bila dekat belakang Zaim ! " monolog hati Khalyla.
Seketika Khalyla dengan pantas menangkap beberapa gambar mesra Naufal bersama Syafa. Tidak lupa juga Khalyla untuk menangkap gambar Syafa yang berpakaian seksi seperti itu.
Setelah berpuas hati Khalyla menangkap beberapa gambar. Dia mula beransur pulang ! Tidak sabar dia hendak membongkarkan segalanya kepada Zaim. Harap Zaim dapat menerimanya dengan hati yang terbuka !
*************
Lepas selesai sahaja solat isyak apa semua, Khalyla terus mengwhatsapp nombor telefon Zaim. Dia meminta Zaim untuk menemui dirinya di tingkap bilik masing-masing.
Beberapa minit selepas itu mereka mula bersua muka. Zaim lagaknya kelihatan tenang sahaja.
" Ada hal penting apa yang kau nak bagitahu aku ni ? " tanya Zaim.
Khalyla menarik nafas dan menghembus nafasnya perlahan. Rileks Khal ! Kau mesti boleh beritahu Zaim segalanya.
" Okay macam ni...aku nak bagitahu dekat kau pasal.....girlfriend kau...Syafa Aqeera ? " kata Khalyla hati-hati.
" Hmm ? Pasal girlfriend aku ? Syafa Aqeera ? Kenapa pulak dengan dia ?"
" Hmm okay macam ni lah....First sekali aku harap kau boleh hadam dan terima baik-baik apa yang aku nak bagitahu kau ni....Aku just tak nak kau tertipu dengan lebih lama lagi.." kata Khalyla.
Zaim terdiam. Wajahnya sedikit berkerut.
" Aku ada terjumpa dengan Syafa dekat mall tempoh hari..."
" So ? Biasalah tu kalau dia ada dekat mall..."
" Ye memang lah biasa....tapi dia lain sangat....dia berpakaian lain sangat...Tak macam yang waktu dia datang majlis hari lahir aku...."
" Hah ? Apa maksud kau ? Aku tak faham lah Khal..."
" Hmmm macam ni...err maksud aku dia tak bertudung, dia free hair....Lepas tu dia pakai seksi-seksi....bukan baju kurung macam hari tu....and last aku nampak dia dengan lelaki lain.....siap berpegangan tangan lagi..." jelas Khalyla satu persatu.
Kelihatan riak wajah Zaim agak tenang.
" Aku rasa something dengan Syafa tu...means dia just nak permainkan kau...Aku harap kau boleh fikir masak-masak lagi pasal hubungan kau dengan Syafa...."kata Khalyla lagi.
Lama Zaim terdiam jadinya. Selepas itu tiba-tiba sahaja dia ketawa kecil.
" Hahahaha lawak ahh cerita kau ni Khal....Kau mamai ke ? Baru bangun tidur ke tadi ? " kata Zaim sebegitu rupa.
Khalyla sedikit tercengang ! Hah ? Zaim anggap semua ni lawak ? Heyyy ! Aku serious lah !
" Zaim aku serious ni...aku tak main-main....Kalau kau tak percaya cakap aku...Aku ada bukti untuk tunjuk dekat kau...."kata Khalyla.
Terhenti ketawa Zaim jadinya. Hah ? Khal ada bukti ?
" Ermm baik lah...mana buktinya ? "
" Kejap...." Kata Khalyla lalu membuka telefon bimbitnya.
Dia mencari gallery lalu dibukanya. Khalyla tercari-cari gambar yang ditangkapnya. Namun hampa semua gambar tu taka da ! Ehh ? Mana pulak hilang ni ? Setahu aku , aku tak ada padam apa-apa gambar pun tadi ?
Lama Zaim memerhati tingkah laku Khalyla yang seakan – akan gelisah mencari sesuatu.
" Mana bukti tu ? " tanya Zaim serious.
" Err...tadi ada tapi..sekarang...dah..."
" Dah hilang ? Macam tu maksud kau ? " pintas Zaim.
Khalyla sedikit terkelu. Seketika dia terus memandang wajah Zaim. Zaim kelihatan agak berkerut wajahnya.
" Apa ni Khal ? Kau tak suka ke aku ada girlfriend ? Sampai nak kena buat semua cerita macam ni ? Tak baik tahu kau tuduh orang tanpa bukti. Aku boyfriend Syafa, so aku lebih kenal soal dia....Kau tak payah sibuk-sibuk nak kesah pasal hubungan aku dengan Syafa....Aku boleh handle lah... Kau tu....lebih baik kau cari pasangan kau....Kau pun perlu teruskan hidup...."kata Zaim bernada serious.
Khalyla terkesima jadinya. Matanya mula berkaca. Tak Zaim aku tak tuduh ! Aku ada bukti tu tapi....
" Dah lah Khal...aku tak nak dengar lagi kau buruk-burukkan Syafa dekat depan aku...Please satu aje aku minta..doakan kebahagiaan aku dengan Syafa....Tu aje..." kata Zaim.
" Tapi Im...aku tak tipu..apa yang aku cakap tu..semuanya..."
" Hmmm dah lah aku dah tak nak dengar apa-apa lagi...aku masuk dalam dulu..bye..goodnight..." kata Zaim seraya terus menutup tingkap biliknya.
Khalyla terdiam sendiri jadinya di situ.
Zaim..tak semudah tu untuk aku cari pasangan kalau hati aku masih ada kau....
**************
*Flashback*
Sedang Khalyla bergerak hendak menuju ke keretanya tiba-tiba dia terlanggar dengan seseorang. Habis semua barang-barang dalam beg Khalyla jatuh bersepah. Kelihatannya ada 2 orang couple yang Khalyla terlanggar tu.
" Eh maaf Cik..saya tak sengaja....." kata Khalyla.
" Kau buta ke hah ? Lain kali jalan tu pakai mata..." marah gadis yang berambut panjang di hadapan Khalyla.
" Err ya...saya minta maaf Cik.." mohon Khalyla.
Sedang leka Khalyla meminta maaf kepada gadis itu , dalam diam si boyfriend gadis itu melakukan sesuatu pada telefon bimbit milik Khalyla.
Selepas tugasnya sudah selesai dia mula mengajak si gadis untuk beredar. Khalyla pula mula mengutip barang-barangnya yang jatuh bersepah itu.
*EndFlashback*
Naufal menggeleng-geleng kecil di balkoni biliknya. Dia ketawa sinis sendiri.
" Khalyla Najwa....Khalyla Najwa...aku takkan biarkan kau semudah tu untuk bongkarkan semuanya ! Nasib baik aku bertindak lebih pantas dari kau...." Kata Naufal sendiri.
Ya semua pelanggaran tersebut telah dirancang. Dua orang yang dianggap couple oleh Khalyla itu hanya lah orang upahan Naufal yang telah dibayar. Naufal telah bersiap sedia terlebih dahulu berbanding Khalyla. Dia tahu yang Khalyla akan mengambil gambar dia dengan Syafa yang bermesraan itu untuk dijadikan bukti yang hendak ditunjukkan kepada Zaim Asfar.
" Nampaknya kau tak takut langsung dengan amaran aku kan ? Tak berubah-ubah jugak perangai degil kau tu Khal....Its okay..will see apa yang akan jadi lepas ni..." kata sinis Naufal.
#Okay nah last chapter untuk minggu ni. Apa yang akan jadi dengan Khal ya lepas ni ? Nak tahu ? Stay tuned ya :) keep vote and comment please !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro