Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Kaki Sara melangkah laju. iPhonenya berdering-dering minta diangkat lagi. Jemari tangkas 'slide to unlock'. Arghhh, nombor ni lagi, marah Sara.

"Dah lapan puluh lapan kali, mamat senget ni telefon. Masa macam ginilah, telefon ni tak lepas dengan peminat."

"You blocked my car!" sergah Sara walhal dia tahu salah dia. Yalah, tadi parkir lot yang ada, semuanya penuh. Dia pun, parkir ajelah mana yang boleh. Nombor telefon pun Sara dah letakkan kat atas dashboard kereta.

Sara dah beritahu kan, suruh sabar. Sabarlah sikit. Ngek! Hatinya terus membebel-bebel.

Si lelaki sudah panas hati. Dia ketap gigi tanda mengawal marahnya. Sebatang kayu kini tersedia rapi di depannya.

"Whoever the hell is talking right now, you are entirely blocking my driveways!"

Sara menggigit bibirnya. Berlenggang-lenggok dia berjalan. "Dear mister whoever the hell is talking right now, could you please give me five minutes? I am on my way. Dasar mat salih tak ada adab. Benci betullah!"

Si lelaki ternganga. "Oh, so tak sangka betul aku, yang kau kat sana tu, datangnya dari Indonesia ya, buk? Atau kau ni orang Malaysia? Brunei?"

Cis. Sara berdesit. Ingatkan mat salih manalah tadi. Disebabkan tahu, lelaki yang sedang mengamuk bukanlah penduduk di kawasan sekitar, makin panjang langkahnya. Beg galas dibetul-betulkan. Hampir terjatuh dia ketika melangkah pemisah bangunan.

"Aduh, bisa berani sungguh kamu mempersoalkan aku ini datang dari mana, ya pak?" Sara makin lantang mengeluarkan dialek sahabatnya, Si Anding. Ah, lantak!

"Lantas lok kenapa kamu mau ribut kalau gue ini dari Indonesia atau Malaysia? Mahu marahi gue aja, apa kamu enggak bisa sabarkah? Dasar lelaki!" Sara terkebil-kebil.

"Pak? Pak kau panggil aku? Cakap dengan kau ni, sampai esok pun tak habis. Boleh cepat sikit, tak? Dan boleh tak, kau tak payah nak berlakon sangat? Aku ada emergency ni? Faham tak? Emergency!"

Urgh. Sara bergegas lagi ayunkan langkahnya. Talian dia matikan. Dah banyak kali dia kena sergah dengan si lelaki. Tak reti-reti sabar ke? Sara membebel-bebel lagi.

Sampai di hujung blok, Jitender yang datang entah dari mana, tiba-tiba muncul menghadapnya. Dia hulurkan sebuah lukisan. Sara hembus nafas.

"Kat kelas tadi, kau tak nak bagi lukisan ni, kan? Masa nak cepat nilah, baru kau muncul, lepas sorang-sorang makhluk cari aku." Sara bulatkan biji mata. Marahnya dalam bahasa Melayu membuatkan Jitender terkebil-kebil.

"I'm sorry ha, Sara. Adik manis." Jitender meniru gaya Syamil yang selalu mengusik Sara. Kepalanya pula terteleng-teleng memerhatikan Sara.

"Hish... Adik manis, adik manis." Sara jegilkan biji matanya.

Syamil tiba-tiba mampir ke arah Sara. "Wei, Sara. Aku tak boleh datang kedai malam ni. Kau jaga sorang, ya?"

Sara mengambil lukisan yang diserahkan oleh Jitender. Jitender cepat berlalu merapati sekelompok pelajar lain. Selepas urusan dengan Jitender selesai, Sara ayunkan lagi kaki. Mulutnya terus memarahi Syamil. "Kau tu asyik mengular aje, kan? Tak bolehlah macam ni, sebab aku dah gajikan kau kerja dengan aku. Kalau kau ada, banyak benda kau boleh tolong aku. Hei, tak faham betullah dengan kau ni."

Syamil melangkah laju-laju menjejaki Sara yang sedang pantas berjalan. "Sorry ya, Sara. Sorry sangat-sangat. Tapi aku ada hal. Tiba-tiba Elly ajak aku keluar."

"Kau memang sesuka hati, kan. Bulan lepas Diana. Lepas tu, keluar dengan Su Ann, kemudian Si Mary. Sekarang, Elly. Eee... Menyampahlah!" Sara gigit bibir. Lukisan pemberian Jitender, dipeluknya. "Aku akan potong gaji kau. Aku dah tak boleh nak jadi baik."

"Satu hari aje, Sara. Esok aku datang jaga balik. Boleh, ya?" rayu Syamil.

Sara memaku kaki dan ketika itu matanya menyorot garang wajah Syamil. "Huh, suka hati kaulah. Aku nak cepat ni. Bye!"

"Eee, kau memang, kan! Dasar hati kering. Dasar hati batu dan memang tak boleh nak toleransi langsung dengan aku!" jerit Syamil.

Sara sudah jauh di depan. Berlari-lari anak bergegas ke luar kampus. Entah apalah yang dikejarnya, bisik Syamil. Gegendang telinganya cepat sahaja menangkap jeritan Si Sara. "Tak kira, aku potong gaji kau." Ketawa Sara di hujung sana umpama ketawa sang syaitan. Syamil ketap giginya. Eee... Sara ni!

Sara berlari lebih laju. Dan ketika itu telefonnya berdering minta diangkat lagi. Aduh. Waktu beginilah telefonnya bergendang minta diangkat lagi.

Hatinya terus memberontak. Ya-ya. Sabarlah!

Reza makin hilang sabar. Jemari yang sedang memegang kayu sebesar lengan dihentak-hentak ke tanah. Sudah penat dia menelefon tuan punya kereta minta dialihkan kereta. Saat genting macam inilah, ada kereta lain, sikit punya cantik block kereta yang disewanya. Si 'ibuk' ni katanya lima minit, ni nak masuk tiga puluh minit. Tiga puluh minit tunggu dan nanti, orang yang selama ini dia cari akan pergi begitu sahaja. Telefonnya makin berbip-bip dengan bunyi WhatsApp.

Hannah bila-bila aje boleh hilang. Baik kau cepat datang sini.

Mata Reza fokus membaca WhatsApp. Zahir attachkan location. Peta CBD Shepparton terpapar di skrin telefon pintar.

Ya. Masalahnya kereta aku dah kena block. Argh. Stres! Stres!

Aku nampak Izzat anak kau. Sama macam gambar yang kau WhatsApp. Nah, buktinya. Hannah dan anak kau.

Zahir attachkan gambar yang dia berjaya ambil.

Reza ke kanan dan ke kiri. Resah! Selama beberapa bulan mencari, akhirnya Hannah dan anaknya berjaya dijejaki. Dia memandang lama gambar yang diberikan oleh Zahir. Direnung tubuh anak lelakinya yang kini makin membesar. Hiba membalut jiwa sang lelaki yang bergelar ayah.

Ada lelaki lain juga dengan bini kau ni.

Tahu, suami dia kut. Tu bekas bini aku. 'Bekas' okey.

Emotion sedih daripada Zahir terpapar. Zahir is typing! Typing!

Dah bukan jodoh kau, Reza. Cepat sikit beb. Aku dah sakit pinggang tunggu kau ni.

Telefon pintarnya, dimasukkan ke dalam poket seluar jean. Reza mula hilang sabar. Dia sudah tak boleh nak sabar. Pak Cik Sabar pun tak akan sesabar dia hari ini. Akhirnya tangan kekar yang memegang kayu sebesar pemeluk itu, terus dihentak ke cermin sisi. Dia tak punya pilihan, sebab hanya dengan cara ini sahaja, dia boleh memecut cepat ke Shepparton. Reza jadi lebih berani pun, sebab si pemilik kereta yang tinggalkan nombor telefon di dashboardnya ialah perempuan. Perempuan okey. Kalau lelaki, taubat lahom la aku nak hentak cermin dia ni. Hatinya makin parah memarahi empunya kereta.

Prang! Cermin sudah retak seribu.

Jemari berayun lagi. Lebih kuat daripada tadi.

Demi Izzat, dia terpaksa. Demi anaknya, yang sudah berhari-hari dia cari! Reza terus membelasah si cermin yang tidak bersalah. Yang penting, dia boleh turunkan handbrake dan kereta si perempuan tiga puluh minit ini akan ditolak ke tepi.

Kali ketiga, kayu dihentak dengan jiwa membara. Pergh, kalah abang long kawasan! Cermin akhirnya berderai-derai.

Pecah seribu.

Berterabur.

Dan... Sara yang baru saja sampai, (sedang memegang cawan berisi kapucino yang tadi sempat dibelinya sambil berlenggang kangkung di kafe) memaku kaki. Mata Sara terbelalak besar empat kali ganda.

Sob sob sob.

Sara terkedu. Hatinya menjerit kuat, cermin kereta aku!

Reza yang tadi rakus menjadi samseng, turut sama tersentak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro