Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

"Okey tak?" Sara sandarkan tubuh tinggi lampainya di dinding bilik. Dia tundukkan kelopak mata. Selebihnya, biarlah Reza ini membuat pilihan. Sambil menanti Reza membuat keputusan, fikirannya menerawang jauh. Kalau Reza ni banyak songeh sangat, tidur tepi jalan ajelah.

"Kau tak bolehlah nak memilih sangat." Sara melihat jam di pergelangan tangannya. "Sekejap lagi aku kena pergi jumpa kawan aku. Dah dua bilik kau reject."

Bilik pertama – Tunggang-langgang bersepah yang amat!

Bilik kedua – Roommate dengan seorang lelaki entah dari negara mana. Tolak sahaja pintu bilik, roommatenya sedang berciuman dengan seorang... Hurm! Lelaki dengan lelaki, okey?

Reza menoleh dan retina matanya singgah ke wajah sang gadis. "Aku tak kesah sangat pun. Dapat tidur, mandi dan solat dalam bilik kecik macam ni... Dah kira okey."

Reza memerhati bilik kecilnya. "Nasib baik kau ingat, yang kat sini ada Malaysian Hall." Terbayang di matanya, aksi si lelaki bersama 'makwenya' (seorang lelaki) tadi. Nahaslah kalau dia duduk sekali dengan budak lelaki itu. Hei hai.

"Hurmmm... Yalah kau. Kau datang sini main aci redah aje, kan? Tak Google bagai, tak kaji itu ini. Asalkan hajat kau cari anak kau tu dimakbulkan. Yalah, Aussie ni kan kecik macam Melaka dan Perlis. Kan? Kan?" Sara memerli lagi.

Reza tersengih-sengih menahan malu. "Aku Google semua, wahai Cik Sara oi. Cuma aku hanya sempat cari bilik yang tadi saja. Tapi tak tahulah dan tak pernah pula aku terfikir benda-benda di luar jangkaan macam ni nak jadi kat aku."

Sara hulurkan beberapa keping not Australia Dolar.

"Nah. Guna dulu." Dia tengok jam. Lepas mereka mengambil kereta yang selesai dibetulkan dan berbincang dengan pihak Malaysian Hall, dapatlah Reza ni sebuah bilik yang comel dan kemas begini. Nasib baiklah Sara kenal sangat dengan Haji Rudie yang mengawal selia Malaysian Hall. Walaupun, dia sebenarnya wajib membuat tempahan enam bulan atau setahun dari tempoh perjalanan ke sini. Dan kebetulan pula, sebuah bilik kecil telah kosong kerana seorang pelajar pulang mengejut ke Malaysia.

Seminggu ini, bolehlah dia mencari bilik lain yang lebih murah untuk siri jelajahnya mencari Izzat. "Kalau bilik ni, memang tersedia kosong untuk kau duduk, pandai-pandailah kau bincang dengan Haji Rudie tu, ya." Sara sempat memberi nasihat.

Dia teragak-agak untuk mengambil wang kertas pemberian daripada Sara.

Duit direnungnya. Sambil memandang wajah Sara, dia menelan air liur. Sara memang betul-betul ikhlas membantunya. Sara ini yang sebelum ni dia gelarkan sebagai singa, makin mempamerkan sisi wataknya yang sebenar.

Segannya!

Malunya!

"Reza. Aku ada banyak kerja. Hari ni aje aku tak pergi kelas dan aku terpaksa postpone untuk jumpa Michael ke minggu depan. Kau jangan nak mengada-ada. Tak payah nak segan sangat dengan aku. Ambil cepat dan jangan lupa ganti atau aku simpan aje duit ni!" gertak Sara. Wang kertas masih diunjukkan untuk Reza.

Jemari Reza pantas mendahului. Duit pinjaman daripada Sara dengan segera diambilnya.

"Ni kunci kedai aku." Segugus kunci yang sudah dia keluarkan dari poket beg diserahkan kepada Reza.

"Syamil selalunya lewat. Kau buka dulu kedai dan buat apa yang patut. Kunci nombor tiga tu, kunci kotak petty cash. Buka dan duit dalam tu semua guna untuk tukar duit. Kira dan catat. Kalau kurang dan tiba-tiba tak cukup, kau kena ganti! Faham?" Sara sengetkan bibir. Dia terus pusingkan tubuh, jemari rakus menggalas beg dan kini jemari kanannya bersedia masuk ke dalam kocek jaketnya.

Reza terkebil-kebil dan duit yang diberikan oleh Sara diletakkan di atas sebuah meja.

"Kau lari, pasport kau, ada kat aku!" Sara sengetkan bibir. Dia terus ayunkan kaki, meninggalkan Reza yang terkulat-kulat memerhati segugus kunci berkenaan. Reza memerhatikan bilik kecil yang akan menjadi tempat istirahatnya. Beg yang sudah diletakkan oleh Sara di atas katil, direnungnya berkali-kali. Mata segera mencari tingkap dan kakinya cepat melangkah. Jemari menguak langsir dan dia makin asyik mencari tubuh sang gadis yang baru sahaja keluar beberapa minit dari biliknya ini.

Sambil merenung Sara yang sedang berdiri di luar bangunan, sedang menjawab entah panggilan telefon siapa, hatinya diketuk satu perasaan yang aneh. Kenapa kita bertemu sebegini? Kenapa kau hadir dan muncul dalam kamus hidup aku? Bagaimana kita; esok, lusa dan hari mendatang ya, Sara Nur Naila?

Reza... Kenapa kau perlu memikirkan semua ini sedangkan kau ke sini atas tujuan mencari Izzat sahaja? Kenapa, Reza?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro