Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

61 - Penulisan Naratif

Assalamualaikum, selamat pagi.

Penulisan naratif bersifat - mencerita, menerang atau mengisahkan sesuatu perkara, atau peristiwa.  Sama ada dalam bentuk, si penulis yang bercerita, atau watak.

Jika watak yang bercerita, ia akan berbentuk dialog panjang yang menjelaskan.

Bagi diri saya sendiri, saya cenderung menulis dalam bentuk naratif tetapi saya tidak mengenepikan penulisan ringkas yang disampaikan secara terus juga.

Kadang-kala, menulis dalam bentuk naratif ini sangat memenatkan.  Saya, kalau tiba mood malas, saya hentikan penulisan sesebuah manuskrip dan mula menulis cerita lain yang santai. Tak jaga bahasa. Tak main segala metafora, personifikasi, bidalan semua itu. Tulis ikut jiwa yang 'gila-gila'. Mencampur bahasa juga.

Di antara cerita yang saya tulis bersahaja adalah, sebuah cerpen berjudul, 'Jangan Ikut.' Genre seramedi.

Cerita lain, seperti, 'Hans dan Nur'. 

Cerita berjudul 'Kawan' juga pada saya tidaklah berbentuk naratif sangat. Ia seakan naratif kerana ditulis menggunakan POV1.  Tiada permainan bunga bahasa pada cerita ini. Santai-santai sahaja.

Jika hendak melihat contoh cerita yang ditulis dalam bentuk naratif yang sangat berjaya, boleh baca karya Hamka, Pramoedya Ananta Toer dan Eka Kurniawan.  Ketiga-tiga tokoh ini menulis dalam bentuk naratif.

Ramai lagi yang menulis dalam bentuk naratif, tapi tiga orang nama besar ini memang menjadi rujukan saya dalam penulisan.

Bagi penulisan bukan naratif, saya amat meminati cara penulisan 'Hlovate'.  Penulisannya ringkas, tapi masih memberi kesan dalam hati. Sentap. Tersentuh. Dan, sangat santai dibaca ketika kita menginginkan satu escapism untuk merehatkan minda.  Atau, dengan kata lain, 'malas nak fikir sangat'.

Karya 'Hlovate', banyak ilmu yang disampaikan secara santai.  Cari karyanya berjudul, 'Contengan Jalanan'.  Memang best.

Sebagai penulis, membaca banyak karya daripada penulis lain itu sangat penting.  Kita belajar daripada setiap seorang daripada mereka.

Jika ada duit lebih, belilah buku-buku penulis daripada berbeza genre dan gaya penulisan. Bukan hanya baca cerita, tapi baca juga cara cerita itu dibawa.

Menulis juga memerlukan pelaburan.  Cuba sisihkan duit sedikit dan target untuk membeli buku yang penulisannya membantu kita meningkatkan kemahiran menulis. Jangan hanya baca, tapi kaji.

Selamat menulis dan membaca. Saya sedang baca buku 'Lelaki Harimau', karya Eka Kurniawan.

*Maaf, panjang bebelan saya pagi-pagi ini 😆.   Bebel untuk diri sendiri yang semakin malas huhuhu ...
.
.

#norsamilasamsudin

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro