Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15 - Posthumous

Bila terbaca tentang 'penerbitan posthumous', saya rasa sedikit teruja. Kenapa? Sebab saya baru tahu tentang istilah ini.

Apa itu 'penerbitan posthumous'?

'Penerbitan posthumous' ialah karya yang diterbitkan selepas kematian pengarangnya yang mana belum pernah diterbitkan sebelum ini.

Mungkin ada yang sudah tahu dan pernah mendengar istilah ini. Tetapi, saya baru sahaja terbaca. Jadi, saya simpan ilmu itu di sini, sebagai rujukan santai.

Rujukan:
Kata pengantar yang ditulis oleh Sasterawan Negara, Dato' Dr. Anwar Ridhwan untuk buku Kumpulan Cerpen Bagai Sarang Burung di Ranting, karya Sasterawan Negara, Arenawati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro