JUTA-JUTA
orang sembang hutang juta-juta
kupasrah dengar ada
marhaen tak tahu apa-apa
kutahu hanya kerja
bos mahu sales juta-juta
bos besar kemaruk angka
macam tangan tak terkira
seorang berlipat tenaga
soal gaji kebajikan bisu suara
hanya mampu sajak baca
bukan prosa tebal buta
pulang nanti jatuh cinta
rajin tulis tak sangka
itupun nasib juga
kadang-kadang letih segala
dalam tulis lelap mata
inilah dunia juta-juta
lama-lama aku gila.
*geram aku
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro