Ramadan 2018
Ramadan,
Hadirmu membawa beribu rahmat
Menjadi bulan penghidup ibadah
Membakar jiwa ke jalan Yang Esa
Mendorong diri kepada takwa
Ramadan,
Bulan yang terbukanya pintu keampunan,
Mendidik kita menahan lapar,
dahaga,
dan juga diri.
Dalam bulan ini,
Adanya malam yang lebih baik dari seribu bulan
Iaitu
Malam Al-Qadr
Bulan penurunan Al-Quran Kareem,
Bulan yang boleh dilangsungkan ibadah Terawih,
Bulan yang membendung diri,
Kepada yang lebih baik.
Ramadan,
Usah pergi,
Hadirmu membawa rahmat yang melimpah,
Bagai perigi dipenuhi emas mencurah,
Bulan yang tiada sebarang tandingan.
Ramadan,
Cahaya mu meluluhkan jiwa ini.
Sinarmu menghapuskan kezulmatan sanubari
Hanya kau yang ditunggu,
Hanya kau yang dinanti.
Moga Ramadan kali ini bukan Ramadan terakhir kami.
Wahai tuhan yang Maha Esa,
Hanya engkau tempat memohon segala.
Rahmatilah kami,
Ampunkanlah kami,
Bersihkan jiwa kami,
Hancurkan segala dosa kami
Berkatilah usia kami
Ya Rahman
Ya Rahim
Nukilan : Nurul4Wadi - 28 Mei 2018
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro