Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Merdeka 🇲🇾 - Ikrar Legasi Kita

Tema : Sumpah Generasi Merdeka

Tajuk : Ikrar Legasi Kita

Merdeka,
Umpama terbang bebas di udara
Ikrar legasi kita kian membara
Melumpuh rentak petualang derhaka

Meski horizon kita berbeza,
Mayapada menggoncang sukma
Agar bangkit dari kelam nidera
Peranti yang diguna
Menjulang negara
Menindas tonil anasir durjana

Tersulam cinta,
pengorbanan jiwa
Gelombang kebangkitan bergelora
Raih pertolongan dari Yang Esa

Curahan kemodenan ada baiknya
Namun,
Hentam kromo membinasa cuma
Garapan perpaduan hindar sengketa
Selamanya generasi merdeka
Kukuh segala

Anak riang hingga ke tua renta
Teguh akan pendiriannya
Kezulmatan lalu berulang tiada
Kerana bersatu padu sudah ada

27 Julai 2021
(Pertandingan Mengarang Sajak Merdeka 2021)
@Nurul4Wadi
Wajihah Dahlan

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro