Lelaki Teragung محمد - Maulidur Rasul
Seorang lelaki,
yang sentiasa dirindui
Baik budinya
Elok pekertinya
Mengharungi aral bagi insan sejagat
Tabah jiwanya
Cekal dirinya
Kala yang lain lena diulit mimpi,
Baginda khusyuk berdoa kepada Ilahi
Tangismu untuk kami, wahai Nabi yang dirindui
Engkau mengeluarkan kami dari zulmat yang diselubungi dosa,
Menghapus seteru yang durjana
Hanya buat kami semua
Ya Rasulullah,
Ya Habiballah,
Wajahmu ingin kutatap
Dirimu sentiasa kurindu
Selawat dan salam hanya buatmu
Wahai Akhirulkhatimul Anbia,
Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib,
Jasamu membawa ke aspirasi, menuju destinasi
Wahai Sang Pencipta,
Syukur ke hadrat Mu,
Kerana pengutusMu,
Membawa 1001 makna.
🌈🌸Allahumma solli 'ala Saidina Muhammad
wa 'ala alihi Muhammad🌸🌈😍
Nukilan: Nurul4Wadi - 3 Disember 2017
Walaupun tarikh Maulid dah lepas, Wajihah tetap nak update . 😂
• zulmat (gelap) - kata pinjaman Bahasa Arab .
Kezulmatan = kegelapan
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro