Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

B i n g k i s a n - Rawak

Lali diri ini menanti
Tidak terdaya diriku untuk terus mencari
Barangkali angkara
Lelah diherdik,
dibandingi
Mungkin belum tiba masanya
Belum tiba waktunya
untuk ku damba
cinta manusia
Kerana
Ini saatnya ku kejar
cinta Sang Pencipta. 💜



****

Keheningan hari ini ,
Mencuit segenap jiwa
Walaupun kelu,
sukma masih hanyut nun
saujana searus kepekatan zulmat ini.
Namun,
tiada siapa tahu.
Tiada siapa peduli.
Biar aku tanggung sendiri.

🍀







****

Tiada terdaya insan lain ,
untuk meloloskan dirimu
daripada kezulmatan .  ✨
Sesungguhnya ,
hasil aspirasimu ,
menandingi nilai kecekalan
lubuk sukmamu . 💜🍀






****





Ramai insan yang sering mendambakan
kasih daripada pihak di sana .
Tidak sedarkah kau ,
bahawa ada insan yang lebih baik
sedang menanti mu ?

Si penanti itu lebih setia ,
lebih teguh pendiriannya ,
turut luas pengetahuannya berkaitan mu .
Hanya engkau di dalam hatinya .

Masih cekal sang penanti itu melangkah .
Setiap langkahnya
diiringi kata semangat ,
buat dirinya sendiri.

" Kelak dia akan sedar pegorbanan serta penantian ku ini . "

Namun sedarkah
engkau sekarang wahai manusia
yang alpa ?

Engkau leka .
Barangkali cinta manusia yang sibuk kau pinta ,

Sedarkah cinta-Nya pada mu lebih agung daripada yang lain ?

@Nurul4Wadi - 13 April 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro