Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ajal

Ajal
Kau hadir tanpa diduga
Tiba kala bila masa
Datang dalam halus mahupun terserlah

Ajal
Tidak mengira usia
Tidak menunggu siaga
Tiada siapa tahu
Tiada siapa sudi menerima

Kau datang dan pergi begitu sahaja
Duhai yang berduka ,
Ingatlah!
Kullu nafsi za iqatul maut
Tiap- tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati

Wahai anak Adam
Ingatalah bahawa
setiap perkara itu ada hikmahnya

Walau di mana ,
Detik bila
Ajal tidak ditangguh
Tabahlah ,
Cekallah ,
Kuatlah ,
Kerana
Layukallifullahunafsan illa wus'aha ...
Allah tidak akan membebani kamu melainkan dalam kemampuanmu

Sampaikanlah berita-berita gembira kepada orang-orang yang sabar,
Iaitu
Mereka yang mengucapkan Innalillahiwainnailaihirajiun
Daripada Allah kita datang
dan kepada Allah juga kita kembali

Allahu rabbi
Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahuakbar

Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Nya
Maha Suci Engkau

Engkaulah pencipta,
Engkaulah pentadbir,
Engkaulah Yang Maha Pemurah,
Engkaulah Yang Maha Penyayang,
Engkaulah Yang Maha Menghidupkan,
Engkaulah Yang Maha Mematikan

Wahai Sang Pencipta,
Ampunkan dosaku
Hanya Engkaulah yang berhak disembah

_nukilan:Nurul4Wadi_

Al-Fatihah .

Buat arwah Mohd Nazar bin Zainal Abidin dan Allayarham Mohd Awang How, (bapa kepada rakan saya) yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Oktober 2017. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman dan beramal soleh ...😭😭😭😭😭😭 Aamiin💕

& untuk seluruh muslimin muslimat .

Al-fatihah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (1) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (3) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro