
Teaser 9
Saat Harus Memilih
"Jika begini lebih baik aku pergi..."
Bab 9
"Kenapa ibu tak bincang dengan Sya dulu? Ibu kena tanya Sya dulu kan? Ini soal hidup Sya. Masa depan Sya. Ini bukan soal main-main, ibu!" Tertunduk hiba Aisya di depan ibunya.
"Yalah! Tak ada siapa yang main-main. Ini kenyataan." Puan Kalsom memutarbelitkan cerita berhasil membuat gadis itu terkedu. "Buruk sangat ke si Ayie tu sampai dah tak boleh nak terima cadangan keluarga? Atau kamu dah berkenan dengan siapa?"
"Ibu!"
"Sudah, jangan nak melawan cakap ibu, ya? Ikut saja cakap ibu!" Puan Kalsom meninggalkan Aisya dengan persoalan yang belum terungkai.
Ibunya sendiri yang memberi cadangan dan kata putus. Aisya tidak diberi pilihan. Kolam mata Aisya bergenang. Dia dituduh melawan cakap ibunya.
Kurang ajarkah aku jika menolak permintaan mereka?
Aisya mengusap air mata yang mula menitis. Saat itu dia perasan Ayie sedang memerhatikannya dari jauh. Aisya bingkas bangun dan menuju ke bilik. Di bilik dia memencilkan diri. Tinggallah Ayie terpinga-pinga di luar seorang diri.
Sampai hati ibu. Inikah tujuan sebenar kunjungan keluarga ini? Kenapa Abang Ayie yang ibu pilih? Macam mana hendak aku layannya nanti sebagai suami? Aku tak pernah sukakan dia. Jauh sekali untuk ada perasaan cinta!
"Kalau tak nakkan si Ayie tu, Aisya nak harapkan siapa? Jangan cakap kamu tunggu si Dhani tu! Ingat, dia tu banyak buat masalah. Cerewet dan kedekutnya minta ampun. Kalau kamu kahwin dengan dia, makan pasir la kamu tu jawabnya." Aisya terkedu. Itulah bebelan Puan Kalsom sebelum meninggalkannya tadi.
Sampai hati ibu cakap Abang Dhani macam tu. Hina sangat ke kalau Abang Dhani tu cerewet? Buruk sangat ke kalau Abang Dhani tu kedekut? Semua orang boleh berubah. Kenapa Abang Dhani tidak? Jadi, apa yang salahnya?
Aisya peluk bantal erat di dadanya. Sakit hatinya. Sesak nafasnya saat itu.
Kenapa pula ini dijadikan isu? Kenapa pula sengaja membutakan mata hendak menafikan hak Abang Dhani yang dia juga boleh berusaha untuk berubah?
Mungkin Abang Dhani hina di mata ibu kerana dia tidak bekerja jadi pegawai besar macam Abang Ayie. Mungkin itu yang cuba diperkatakan oleh ibu. Kasihan Abang Dhani!
Kalau dia tahu hinaan ibu, tentu dia berkecil hati. Betapa mudahnya seseorang itu menilai sesuatu pada zahirnya dan Abang Dhani yang menjadi mangsa itu.
Kalau begini sikap ibu kepada Abang Dhani, kenapa ibu menyuruh aku menghantar kuih ke rumah pemuda itu hampir setiap petang? Apakah maksud dan muslihat ibu yang sebenarnya?
Apakah ibu nak menyindir Mak Cik Zah ke? Atau saja nak menyakiti hati Abang Dhani? Apa salah Abang Dhani pada ibu?
Saat itu, timbul pula rasa menyesal di hatinya kerana turut sama mengunjungi rumah Pak su Rahim itu. Puas berfikir, Aisya keluar semula dari biliknya...
Tekan link yang tertera dibawah. www.wasap.my/60175816031/saatharusmemilih/penerbitanilhamsantai
😲😲😲
Berminat? Wasap 0175816031
arenayidin
20 Jun 2020
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro